PARIS, 18 Mac, 2016 /PRNewswire/ -- Fragrance Du Bois mengumumkan kehadirannya di pentas antarabangsa dengan penampilan sulung Eropah yang gilang gemilang di butik Jovoy.
Mesra dikenali sebagai 'Kedutaan wangian yang luar biasa,' Jovoy amat teliti dengan jenama serta produk yang diwakili dan ditawarkan platformnya, dan penampilan Fragrance Du Bois di pusat letusan dunia wangian mencetuskan minat daripada media seluruh dunia.
Serentak dengan ulang tahun keempat Jovoy, hubungan yang baru terjalin antara Fragrance Du Bois dan Jovoy tidak lain tidak bukan pastinya membawa keuntungan.
Dedikasi Jovoy terhadap minyak wangi berkualiti tertinggi, yang dihasilkan oleh pembuat minyak wangi paling inovatif di dunia, telah menjadi iltizamnya sejak Francois Henin melancarkan jenama tersebut empat tahun lalu. Rangkaian produk Fragrance Du Bois kini berada sebaris dengan himpunan item luar biasa dan eksklusif, yang amat bertepatan dengan etos Jovoy; kualiti, kreativiti dan eksklusif.
Kolaborasi tersebut – yang baru berada pada tahap awal perkongsian yang dirancang dan berterusan antara dua jenama tersebut – ialah gabungan gagasan dan penyatuan budaya, dengan Fragrance Du Bois yang asal usulnya dari Asia manakala Jovoy mewakili tradisi terhalus dan paling dihormati dalam pembuatan minyak wangi Perancis. Kesemua produk Fragrance Du Bois dihasilkan dengan penuh kemahiran di Perancis, oleh sekelompok pembuat minyak wangi dan artisan yang berbakat, manakala bahan penting dalam semua hasil ciptaannya adalah eksotik dan oriental.
Setiap formulasi Fragrance Du Bois ialah minyak Oud yang 100% asli, semula jadi dan dihasilkan secara lestari – bahan yang amat dicari-cari oleh pembuat minyak wangi terbaik di dunia. Oud memberikan sifat keamatan dan ketahanan kepada minyak wangi dan walaupun terdapat banyak minyak wangi tiruan di serata dunia, minyak pati yang dapat digunakan oleh pembuat minyak wangi Fragrance Du Bois dalam hasil ciptaan mereka disanjungi dan dicemburui oleh industri ini.
Fragrance Du Bois memiliki ladangnya sendiri bagi menanam pokok Aquilaria yang menghasilkan minyak Oud. Ladang tersebut diuruskan oleh Asia Plantation Capital -- sebuah syarikat yang merangkul anugerah dan terkemuka dalam industri, yang teknik proprietari serta kepakarannya telah menyelamatkan spesies tersebut daripada mengalami kepupusan, serta mewujudkan model perniagaan bersepadu vertikal yang semakin menjadi lambang penting pada masa kini.
Wartawan yang hadir semasa pelancaran tersebut tertarik dan terpesona dengan kisah Fragrance Du Bois. 'From Soil, to Oil, to You' (Dari Tanah, Menjadi Minyak, Untukmu) mampu menggamit imaginasi penulis paling berpengalaman dan peminat industri yang sudah mulai jemu, sebagai sebuah kisah kelestarian, pemulihan, kesedaran terhadap alam sekitar dan tanggungjawab sosial korporat pada setiap hubungan dalam rantaian bekalan. Kisah tersebut membawa pengembara menjelajah kawasan yang ditanam dengan pokok-pokok tersebut, sehinggalah kepada produk akhir – dipaparkan dengan amat menarik pada majlis ini, di salah sebuah butik minyak wangi yang paling disegani di Paris.
"Kami memiliki nilai yang sangat khusus di Jovoy," kata Francois Henin. "Kualiti adalah penting, pastinya, namun kami juga mencari sesuatu yang agak berbeza. Pasaran minyak wangi global telah menjadi agak generik sejak beberapa tahun ini dan kami berbangga untuk memberi galakan kepada jenama yang memperlihatkan keaslian dan kreativiti. Kami berbesar hati kerana dapat memperkenalkan Fragrance Du Bois buat pertama kali di Paris di 'kedutaan' kami, memandangkan kami berkongsi etos yang sama. Kesemua produk harus menggunakan bahan terbaik, dihasilkan secara lestari dan diadun dengan formulasi terhebat yang dapat merangsang serta memberi inspirasi."
"Ketika kami menubuhkan Fragrance Du Bois beberapa tahun lalu," kata Nicola Parker, Pengarah Jenama, Fragrance Du Bois, "saya mengimpikan untuk meletakkan produk kami di Paris. Impian tersebut kini menjadi kenyataan dan saya, secara peribadi, amat teruja. Jovoy melambangkan setiap ciri yang kami yakini sebagai sebuah jenama, dan perkongsian ini adalah satu bukti kejayaan kami sebagai sebuah syarikat. Ini adalah hasil usaha berpasukan; bermula dengan pekerja dan pengurus ladang Fragrance Du Bois - yang menjaga pokok kami begitu baik sekali - sehinggalah Lembaga Penasihat Saintifik kami yang memastikan minyak Oud kami adalah daripada kualiti terbaik, seterusnya pekerja di kilang penyulingan kami, dan akhirnya pasukan pembuat minyak wangi kami yang amat pintar dan memberi inspirasi yang mencipta minyak wangi yang menakjubkan. Nilai kami dikongsi bersama dan tulus di hati," Parker menyimpulkan, "dan hari ini kami amat berbangga dengan pengiktirafan yang diterima oleh kami. 'Menuju ke arah matlamat', saya akui, sebahagian daripada kepuasannya. Namun begitu, 'Berada di puncak', adalah lebih istimewa."
Menggunakan hanya bahan yang disumberkan dan dihasilkan secara lestari, Fragrance Du Bois mempunyai beberapa buah butik di Singapura, Kuala Lumpur dan Bangkok, manakala beberapa buah butik lagi bakal dibuka di seluruh dunia beberapa minggu dan beberapa bulan akan datang. Rangkaian produknya yang hebat kini boleh ditemui di Jovoy, Paris, sebagai jenama muda dan inovatif yang mencipta nama dalam dunia butik minyak wangi berkualiti tinggi dengan penggunaan hanya bahan semula jadi dan lestari semata-mata.
Nota untuk Editor:
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:-
Charlotte Medigue
Pengawai Pemasaran dan Pentadbiran
E-mel:charlotte.medigue@fragrancedubois.com
Tel: +41 22 707 7330
Latar Belakang Fragrance Du Bois
Fragrance Du Bois ialah sebuah syarikat minyak wangi Perancis yang dilahirkan daripada hubungan yang menakjubkan antara dua dunia; ladang Gaharu (Oud) yang lestari dan kilang penyulingan di Asia Tenggara, serta seni membuat minyak wangi Perancis yang tiada tandingan yang mewarisi tradisi terbaik Grasse, Perancis.
Dengan sepuluh pilihan Eaux de Parfums daripada rangkaian 'Shades' dan 'Privé, Fragrance Du Bois telah membuktikan reputasi dan kedudukannya dalam industri minyak wangi global yang amat kompetitif. Kisah 'From Soil, to Oil, to You' (Dari Tanah, Menjadi Minyak, Untukmu) dengan pantas menjadi lambang dalam dunia perniagaan yang moden.
Butik khas minyak wangi ini kini berada di Paris, Singapura, Kuala Lumpur, Bangkok, Dubai dan dirancang untuk diperluas ke Doha, Geneva serta London beberapa bulan akan datang.
Latar Belakang Jovoy
Butik Paris, lebih mesra dikenali sebagai 'Kedutaan wangian yang luar biasa', yang meraikan ulang tahun keempat di 4 rue de Castiglione pada 29 Februari 2016, mengukuhkan kedudukannya sebagai tempat terunggul untuk penggemar minyak wangi yang intim, direka khusus serta kreatif.
Francois Henin, individu berwawasan yang mencipta jenama ikonik ini, menemui dan jatuh cinta dengan seni membuat minyak wangi di Asia Tenggara, membina kilang penyulingan minyak pati di Vietnam, sebelum memperhalusi kemahirannya di Grasse, Perancis.
Jovoy memulakan strategi pemfrancaisan yang bakal meluaskan landskap industri minyak wangi global pada Abad ke-21, mempamerkan dan memperjuangkan minyak wangi khas yang menonjol berbanding jenama yang berada di arus perdana, namun masih terus berpegang pada prinsip penting dalam pembuatan minyak wangi Perancis terbaik. Beroperasi di Tehran, Iran, dan butik rintis di Le Mans di tengah-tengah Perancis, Jovoy kini turut mengesahkan pelancaran butik pertama di Doha, Qatar.
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160314/8521601644-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160314/8521601644-b
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160314/8521601644-c
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160314/8521601644-d