HUSKVARNA, Sweden, 18 Mac, 2016 /PRNewswire/ -- Hari ini, peneraju dunia bagi mesin rumput robotik melancarkan aplikasi Automower® Connect, iaitu aplikasi untuk Apple Watch™. Dengan sentuhan satu jari sahaja, Automower© Connect membolehkan anda memotong rumput laman anda dari pergelangan tangan sahaja melalui Apple Watch™, tidak kira sama ada anda sedang bekerja, atau sedang bercuti jauh dari kediaman anda.
Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/players/uk/7784651-husqvarna-launches-apple-watch-app/
"21 tahun lalu Husqvarna memasarkan mesin rumput robotik yang pertama, dan sejak itu kami telah menerobos sempadan teknologinya. Dengan Automower© Connect untuk Apple Watch™, Husqvarna membawa pengalaman pengguna ke peringkat lebih tinggi dan memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju inovasi dalam pasaran mesin rumput robotik yang semakin berkembang", kata Olle Markusson, pengurus kategori robotik di Husqvarna.
Aplikasi Automower® Connect boleh didapati untuk Husqvarna Automower®320, 330X dan 450X. Paparan satu sentuhannya menyediakan fungsi dalam aspek penting berikut:
Aplikasi ini boleh dimuat turut secara percuma serta boleh didapati di App Store yang disenaraikan dalam kategori kemudahan.
Latar Belakang Husqvarna Automower®
Mesin rumput robotik Husqvarna diperkenalkan pada tahun 1995 dan sejak itu ia telah berevolusi menjadi peralatan berprestasi sebenar yang boleh mengurus hampir kesemua laman. Lebih dua puluh tahun kemudian, mesin rumput robotik tersebut masih tangkas di laman, berfungsi dengan senyap dan cekap agar dapat menjimatkan masa anda untuk melakukan perkara lain.
Sejak dicipta, Husqvarna Automower® benar-benar telah berevolusi baik pada nama mahupun kemampuannya. Ia dikuasakan oleh tenaga elektrik dan boleh mendaki kecerunan 45%, berfungsi dalam sebarang keadaan cuaca, dan melakukan kerja pemotongan dengan senyap.
Teknik pemotongan rumputnya yang unik adalah menerusi bilah berpusing mesin rumput itu yang kecil dan tajam yang memotong rumput secara berterusan beberapa kali dengan corak rawak dalam sempadan yang anda tentukan. Apabila tiba masa untuk mengecas baterinya, mesin rumput itu akan pergi ke stesen pengecasannya, dan selepas itu akan kembali memotong rumput sehingga ia selesai.
Photo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160318/345669