omniture

TalkTalkBnb: Rangkaian Sosial untuk Mengembara dan Belajar Bahasa

PERDEREAU LEXICA
2016-03-21 10:00 261

PARIS, 21 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Dilancarkan pada 1 Mac 2016, TalkTalkBnb ialah sebuah laman sesawang baharu, percuma dan kolaboratif. Ia membolehkan mereka yang ingin mengembara berhubung dengan mereka yang ingin belajar bahasa.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/7787651-talktalkbnb-network-travel-and-languages/

Pada masa kini, setiap orang perlu mengetahui sekurang-kurangnya satu bahasa kedua: murid sekolah, pelajar dan mereka yang bekerja. Untuk bertutur dalam suatu bahasa dengan baik, buku sahaja adalah tidak mencukupi. Anda perlu berlatih… bertutur! Ini bermakna anda perlu berbual dengan seseorang yang bertutur dalam bahasa ibunda, tetapi umumnya, kosnya adalah amat tinggi.

Tambahan pula, golongan belia di setiap negara sangat gemar untuk mengembara ke seluruh dunia, tetapi tidak mempunyai wang yang cukup.

Makanan dan penginapan sebagai ganti sebuah perkhidmatan 

Berdasarkan sistem barter, sebuah syarikat Perancis baharu TalkTalkBnb menawarkan laman sesawang komuniti percuma yang membolehkan "Tuan rumah" (mereka yang ingin memperbaiki kemahiran bahasa mereka) berhubung dengan "Pengembara" (kebanyakannya pelajar). Tuan rumah menawarkan Pengembara dengan makanan dan penginapan yang dibayar satu perkara: Pengembara bertutur dalam bahasa asal mereka sepanjang mereka berada di sana bagi membantu tuan rumah belajar.

Kembara yang berbeza   

Hubert Laurent, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif menjelaskan: "TalkTalkBnb ialah seperti Airbnb dengan pilihan bahasa. Pengembara tidak perlu membayar penginapan mereka dalam bentuk wang tunai, sebaliknya menawarkan tuan rumah mereka peluang untuk bertutur dalam bahasa asing bersama penutur asli, di rumah, secara percuma. Ia adalah situasi yang saling menguntungkan, satu kerjasama mengikut prinsip altruisme sepenuhnya."

Mudah, mesra & percuma 

Berbanding pilihan penginapan percuma di kediaman peribadi yang lain, dengan TalkTalkBnb, anda tidak terasa seperti mengganggu tuan rumah anda. Anda memberi sebanyak mana yang anda terima. Apabila anda mengetahui betapa mahal kos kursus perbualan, anda yakin tiada siapa yang akan rugi.

"Tambahan pula," kata pengasas laman sesawang itu, "Anda akan sering menemui tetamu yang menawarkan untuk menyediakan makanan  dari negara mereka atau memperkenalkan seni tempatan, manakala tuan rumah memberikan mereka panduan penting tentang destinasi mereka. Setiap budaya mempunyai banyak perkara untuk dikongsi."

Antara Couchsurfing dan Airbnb 

TalkTalkBnb muncul tanpa disedari dalam perkhidmatan penginapan asas yang percuma, seperti Couchsurfing dan perkhidmatan keselesaan berbayar, Airbnb.

Lebih 3,000 prapendaftaran dibuat 2 bulan sebelum pelancaran rasminya dan lebih 1,600 tanda Suka (Like) di Facebook mengesahkan terdapatnya permintaan yang tinggi terhadap syarikat pelancongan baharu bertemakan bahasa ini.

Ia juga menunjukkan, jika ia menjadi keperluan, lama kelamaan kesemua sektor daripada ekonomi kita akan mengguna pakai sebuah model yang kolaboratif.

Revolusi ini sedang berlaku, dan TalkTalkBnb adalah sebahagian daripadanya, tidak syak lagi.

Romain Luca : +336-34-530-730 / contact@talktalkbnb.com
Hubert Laurent : +336-34-530-730 / hubert@talktalkbnb.com

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160318/345765LOGO)

Source: PERDEREAU LEXICA
Keywords: Education Internet Technology Multimedia/Online/Internet Social Media Web Site