omniture

G2A.COM dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama hadir semasa Festival South By South West (SXSW) 2016 di Austin, Texas, Amerika Syarikat

G2A.com
2016-03-21 10:21 380

RZESZÓW, Poland, LONDON dan HONG KONG, 21 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Festival South by South West (SXSW) 2016 meraikan ulang tahun ke-30 dan ia disambut bersama penceramah utama seperti Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dan Wanita Pertama, Michelle Obama.

Michelle Obama memberi ucapan dasar perasmian berinspirasi di SXSW Music dengan bercakap tentang kepentingan pendidikan kepada anak gadis: "Di SXSW, barisan di atas pentas ini adalah kumpulan wanita yang mengambil berat tentang pendidikan anak-anak gadis 'Saya bangga menjadi sebahagian daripadanya." Beliau menambah: "Perubahan terjadi, dan ia berlaku di luar sana: dari masyarakat hingga kepada pemimpin"

Barack Obama memulakan ucapan Dasar Interaktif SXSW pada 11 Mac 2016 berkata: "Perhimpunan SXSW ini, mempertemukan mereka yang termaju."

G2A.COM bekerjasama dengan acara Anugerah Permainan SXSW yang akan berlangsung pada 19 Mac 2016 di Austin, Texas. Pembangun, penerbit, pasukan e-Sport dan personaliti dalam talian akan berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 21 kategori yang diundi oleh peminat mereka. Perwakilan daripada pelbagai profesional permainan menunjukkan hakikat iaitu Industri Permainan itu kini dikatakan bernilai lebih daripada $91 Bilion US.

Pengasas bersama dan CEO G2A.COM Bartosz Skwarczek berkata: "G2A teruja untuk menjadi sebahagian daripada SXSW, perhimpunan yang menghimpunkan ratusan ribu hadirin yang mempunyai minat yang mendalam dalam Muzik, Filem, Teknologi dan Permainan." Beliau menambah: "Ia benar-benar hebat, dan memberi inspirasi kepada G2A untuk melihat pemimpin-pemimpin dunia meluangkan masa mereka untuk menyokong dan membangunkan bakat muda." The Early History of G2A.

Dengan tujuan untuk menyokong kerja-kerja penerbit dan pembangun yang mengagumkan, G2A.COM menawarkan Kad Hadiah G2A yang ekslusif, juga dikenali sebagai 'Anugerah G2A' kepada semua hadirin Anugerah Permainan SXSW.

Majlis perasmian Anugerah Permainan SXSW akan dibuka kepada awam, dengan kehadiran G2A.COM dan jenama permainan lain. G2A baru-baru ini telah mengambil bahagian dan memberi sumbangan besar kepada 5 acara utama pada 2016 seperti: DICE, Casual Connect, Intel Extreme Masters Katowice, G2A kini di Katowice untuk Pertandingan Akhir Intel Extreme Masters (IEM) 2016 Gaming Istanbul (GIST), Ketua Pegawai Eksekutif G2A Rasmikan Pembukaan GITS Gaming Istanbul 2016 dan Pertunjukan Permainan Taipei. G2A Rasmikan Pembukaan Taipei Game Show 2016    

Ekspo Permainan SXSW akan menampilkan Kejohanan e-Sport "Battle of the Five Gods" yang akan menarik minat pemain-pemain utama Smash di seluruh dunia untuk bersaing bagi mendapatkan hadiah bernilai US $25,000. Hadirin juga boleh menghadiri perbincangan panel dan tarikan-tarikan lain secara percuma.

Bagi pemain-pemain yang tidak dapat menghadiri majlis penganugerahan, acara pembukaan keseluruhan akan boleh ditonton secara langsung dalam talian di: http://www.twitch.tv/sxswGamingawards.

Lawati: 
http://www.g2a.com 
http://www.facebook.com/G2Acom 
http://www.sxsw.com/interactive/awards/gaming
http://www.sxsw.com/news/2016/sxsw-announces-president-barack-obama-and-first-lady-michelle-obama  

Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160318/345905
Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160318/345906

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Internet Technology