SINGAPURA, 21 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Kongres Dunia FPSO Tahunan kali ke-17 mengumumkan lembaga penasihat untuk tahun 2016, ketika syarikat minyak global, kontraktor FPSO dan limbungan kapal bersiap sedia untuk berhimpun sekali lagi di Singapura pada 20-21 September 2016 sempena forum industri FPSO terbesar di dunia.
Anggota kehormat lembaga penasihat Kongres Dunia FPSO 2016 termasuk:
Dipacu oleh pihak berkepentingan industri FPSO dan dibangunkan dengan kerjasama lembaga penasihat, Kongres Dunia FPSO 2016 akan meninjau "Laluan Di hadapan: Mencari Peluang dalam Kemelesetan" ketika penggiat industri kanan menilai bagaimana untuk mengurangkan kos, melaksanakan projek dan mengkaji semula dari peringkat awal terhadap asas FPSO sebagai pilihan penyelesaian pembangunan luar pesisir yang berkesan kos, walaupun dalam keadaan harga minyak yang rendah masa kini.
Diiktiraf di peringkat dunia oleh industri ini sebagai platform definitif untuk golongan profesional FPSO bagi memperoleh penyelesaian risikan pasaran, rangkaian dan sumbang saran yang penting, Kongres Dunia FPSO kali ke-17 kekal sebagai tempat pertemuan terbesar di dunia untuk komuniti FPSO, meliputi setiap aspek kitar hayat FPSO dalam empat aliran yang berasingan selama dua hari: bermula dengan peluang pembangunan FPSO baharu, mengintegrasikan teknologi dan keringkasan reka bentuk bagi mengubah pelaksanaan projek dan menyampaikan FPSO yang berkesan dan menguntungkan, selain mengimbangi CAPEX dan OPEX dalam operasi serta penempatan semula FPSO sedia ada. Agenda dan senarai penuh penceramah akan disiarkan tidak lama lagi.
Bersedia untuk menarik lebih 600 delegasi dan 70 pempamer, Kongres Dunia FPSO kali ke-17 kekal sebagai tempat pertemuan terbesar di dunia untuk komuniti FPSO, meliputi setiap aspek kitar hayat FPSO dalam empat aliran yang berasingan selama dua hari.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi Rani Kuppusamy melalui rani.kuppusamy@fpsonetwork.com atau Tel: +65 6722 9399