omniture

Penarafan Subjek Universiti Terbesar Dunia

QS Quacquarelli Symonds
2016-03-22 05:00 302

LONDON, 22 Mac 2016 /PRNewswire/ --

Ahli akademik dan majikan senaraikan universiti terbaik dunia dalam 42 bidang

#QSWUR

Edisi keenam Penarafan Universiti Dunia QS mengikut Subjek, disiarkan hari ini melalui http://www.TopUniversities.com , menampilkan 42 bidang yang memecah rekod, menjadikannya penarafan terbesar yang pernah dibuat seumpamanya.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160318/345863LOGO )

Pendapat pakar seramai 76,798 ahli akademik dan 44,426 majikan memaklumkan keputusan tersebut, berserta analisis 28.5 juta kertas kajian dan lebih 113 juta pemetikan bersumberkan pangkalan data bibliometrik Scopus/Elsevier.

Harvard dan MIT terus menerajui kedudukan teratas, masing-masing menerajui senarai untuk dua belas subjek. Enam belas buah institusi berbeza berada di kedudukan teratas sekurang-kurangnya untuk salah satu subjek.

Daripada enam bidang baharu yang diperingkatkan, Harvard menerajui kedudukan untuk bidang Antropologi dan Dasar Sosial dan Pentadbiran manakala Cambridge menerajui kedudukan untuk bidang Arkeologi. Juilliard menerajui kedudukan untuk Seni Persembahan. Fakulti Perlombongan Colorado menerajui kedudukan untuk Kejuruteraan Mineral, manakala Universiti Pennsylvania menerajui kedudukan untuk bidang Kejururawatan. Carta di bawah menunjukkan senarai universiti yang memperoleh paling banyak kedudukan dalam senarai sepuluh terbaik.



Cambridge

36

Berkeley

35

Stanford

33

Oxford

33

Harvard

30

MIT

22

LSE

13

National University of Singapore

13

Princeton

12

ETH Zurich

11

Yale

10

Imperial College London

9

UCL

9

University of Copenhagen

8

University of Chicago

7

University of Hong Kong

6

Caltech

5

Columbia

5

The University of Tokyo

5

University of Michigan

5

UPenn

5

Australian National University

4

Karolinska Institute

4

NYU

4

Delft University of Technology

3

King's College London

3

University of Wisconsin-Madison

3

Ben Sowter, Ketua Unit Perisikan QS, berkata: "Walaupun AS dan UK kekal mendominasi, kedudukan kami yang paling inklusif menunjukkan pertambahan tahap kecemerlangan universiti luar yang lain. Negara-negara seperti Austria, Finland, Afrika Selatan, Brazil dan China berada pada kedudukan teratas dalam senarai kami. Kedudukan 100 teratas terbaharu kami untuk bidang Seni Persembahan mengiktiraf kecemerlangan akademik di 27 buah negara berbeza, manakala kedudukan 200 teratas kami untuk bidang Perniagaan & Pengurusan mengiktiraf kecemerlangan akademik di 33 buah negara."

Di benua Eropah, negara-negara yang memperoleh paling banyak kedudukan dalam kalangan universiti terbaik ialah: Switzerland (11), Belanda (8), Sweden (6), Perancis (3) and Itali (2). Di Asia Pasifik: Singapura (15), Australia (9), Jepun (7), Hong Kong (6), Tanah Besar China (5).

Brazil mendominasi Amerika Latin, dengan Universidade de São Paulo menduduki kedudukan ke-9 dalam bidang Pergigian. Afrika Selatan menerajui benuanya dengan Universiti Cape Town yang berada di kedudukan ke-9 untuk bidang Pengajian Pembangunan.

Di Timur Tengah, negara yang memperlihatkan prestasi terbaik ialah Arab Saudi, dengan KFUPM berada di kedudukan ke-46 dalam bidang Kejuruteraan Mineral.

Penarafan Universiti Dunia QS mengikut Subjek, dalam 42 bidang, boleh dilihat secara keseluruhan di sini.

Source: QS Quacquarelli Symonds
Keywords: Education Higher Education Survey, Polls & Research