omniture

IGCF 2016: Komunikasi Kerajaan yang Berkesan Kunci Perlindungan Hak Asasi, Penglibatan Golongan Muda dan Pembinaan Keyakinan Dalam Kalangan Rakyat

IGCF 2016 (International Government Communication Forum 2016)
2016-03-22 15:01 294

SHARJAH, UAE, 22 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Mary Robinson, yang menyandang jawatan sebagai Presiden Ireland dan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, merasmikan hari kedua Forum Komunikasi Kerajaan Antarabangsa kali kelima (IGCF 2016).

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160321/346357 )

Robinson berkata: "Beberapa proses boleh disertakan kepada sebarang komunikasi kerajaan yang baik dan proaktif. Proses pertama yang penting ialah mengadakan semakan berkala. Laporan boleh diperoleh daripada setiap negeri, pihak berkepentingan serta NGO dan ia adalah proses yang baik kerana ia menggalakkan sumbangan daripada rakyat dan bukan sekadar daripada kerajaan."

Satu perbincangan panel tentang komunikasi ketika krisis berlaku menyaksikan para pakar menggariskan peranan komunikasi kerajaan apabila menghadapi bencana alam dan kemanusiaan, selain kepentingan maklum balas daripada pihak kerajaan dalam membentuk pendapat orang awam. Perbincangan tersebut mengetengahkan cabaran yang dihadapi dalam komunikasi kerajaan, langkah yang diambil selepas berlakunya krisis dan tanggapan orang awam terhadap persediaan menghadapi bencana.

Menurut David Miliband, Presiden Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa dan Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar Negeri di UK (2007-2010), komunikasi kerajaan harus membina dan meneguhkan keyakinan. Beliau menegaskan kerajaan tidak boleh memonopoli tindak balas sesebuah organisasi dan perlu menjalin kerjasama dengan pihak media serta pertubuhan bukan berasaskan keuntungan. Beliau berkata pendemokrasian maklumat dan kolaborasi antarabangsa yang lebih luas menjadikan kehidupan di dunia ini lebih bermakna.

Sesi kedua pada hari tersebut membincangkan "Komunikasi Kerajaan dan Perlindungan Struktur Sosial." Bercakap tentang bagaimana komunikasi kerajaan boleh disampaikan kepada rakyat secara berkesan, Shamma Al-Mazrouei, Menteri Dalam Negeri bagi Hal Ehwal Belia UAE, berkata: "Kita perlu mengubah unit komunikasi kerajaan kepada unit penglibatan kerajaan. Kita perlu mewujudkan lebih daripada satu laluan komunikasi dan komunikasi kerajaan hendaklah kepada golongan belia, daripada golongan belia."

Ndaba Mandela, cucu Nelson Mandela dan Pengasas Yayasan Kebangkitan Afrika, berkata: "Amat penting untuk pihak kerajaan berkomunikasi bukan untuk rakyat, tetapi kepada rakyat. Amat penting juga untuk memastikan rakyat yang menerima kesan daripada program kerajaan, sama ada golongan muda, warga tua atau orang kurang upaya adalah sebahagian daripada komunikasi tersebut."

T.Y.T. Sheikha Bodour bint Sultan Al Qasimi, Pengerusi Lembaga Pelaburan dan Kemajuan Sharjah, menambah: "Jelas sekali, peranan komunikasi kerajaan adalah amat penting dalam memupuk budaya dan identiti dalam kalangan generasi masa depan. Walau bagaimanapun, usaha diperlukan daripada peringkat kerajaan dan masyarakat dan betapa perlunya kedua-dua pihak berinteraksi antara satu sama lain."

Source: IGCF 2016 (International Government Communication Forum 2016)
Keywords: Advertising Publishing/Information Service Not for profit