omniture

Lanson Place Lantik Alicia Too sebagai Pengurus Besar Hotel Lanson Place, Hong Kong

Lanson Place Hospitality Management Limited
2016-03-22 15:56 388

HONG KONG, 22 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Lanson Place Hospitality Management Limited dengan besar hati mengumumkan pelantikan Cik Alicia Too sebagai Pengurus Besar Hotel Lanson Place, Hong Kong. 

Cik Alicia Too, Pengurus Besar Hotel Lanson Place, Hong Kong
Cik Alicia Too, Pengurus Besar Hotel Lanson Place, Hong Kong

Sebelum menyertai Hotel Lanson Place, Hong Kong, Cik Alicia Too berpengalaman selama lebih 25 tahun bersama Mandarin Oriental Hotel Group, memegang pelbagai jawatan di Guangzhou, Macau, dan The Excelsior, Hong Kong dengan tugas daripada menguruskan Bahagian Bilik, Jualan & Pemasaran sehingga sebagai Pengurus Hotel di 3 bandar ini.

Terkini, beliau merupakan Pengurus Hotel bagi tempoh Pra-pembukaan Mandarin Oriental, Guangzhou dengan tanggung jawab pengurusan terhadap Kejuruteraan, Bahagian Bilik, Makanan & Minuman, Kulinari dan Keselamatan.

Encik Marc Hediger, Ketua Pegawai Eksekutif Lanson Place Hospitality Management Limited berkata "Alicia membawa pengalaman hotel-hotel mewah yang ekstensif kepada Kumpulan ini dan pengalaman ini sangat berharga dalam melengkapkan jenama dan kualiti perkhidmatan kami. Hotel kami baru menyambut ulang tahun ke-10 November lalu. Saya yakin Alicia akan membawa lebih banyak idea baharu dan inspirasi untuk hotel utama kami di Hong Kong. "

Cik Alicia Too ialah seorang yang berbangsa Portugis dan merupakan lulusan sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Royal Melbourne Institute of Technology. Alicia fasih berbahasa Portugis, Inggeris, Kantonis dan Mandarin. Beliau gemar bersukan dan pencinta haiwan, dan kerap menjadi ahli sukarela di Hong Kong Dog Rescue.

Latar belakang Hotel Lanson Place, Hong Kong

Hotel Lanson Place, Hong Kong menggabungkan keanggunan, gaya dan keselesaan. Hotel butik ini terlindung daripada kepesatan hab hiburan dan pusat membeli belah Causeway Bay, Hong Kong. Setiap satu daripada 194 bilik dan suit empernya dilengkapi dapur kecil, melambangkan penginapan mewah yang elegan dengan ciri-ciri ekslusif dan keselesaan seperti di rumah sendiri. Sebagai ahli pertama Small Luxury Hotels of the World™ di Hong Kong, hotel ini menyajikan para tetamunya dengan perkhidmatan yang meraih anugerah dan kemudahan yang lengkap di tengah-tengah bandar selama lebih satu dekad.

Latar belakang Lanson Place Hospitality Management Limited

Lanson Place adalah anak syarikat milik penuh Wing Tai Properties Limited (Wing Tai), sebuah syarikat awam yang disenaraikan di Hong Kong (kod saham HKEx: 369). Wing Tai kini menguruskan sebelas hartanah (Wing Tai mempunyai ekuiti dalam tiga daripadanya) di bawah jenama Lanson Place, terdiri daripada apartmen mewah terurus di Beijing, Shanghai, Kuala Lumpur dan Singapura, dan juga sebuah hotel butik di Hong Kong.

Hartanah Lanson Place secara amnya terletak berdekatan kawasan pusat perniagaan dan juga pusat membeli-belah dan hiburan mewah. Lanson Place berhasrat menawarkan perkhidmatan penuh perhatian dan terkhusus dengan kemudahan hotel mewah dan keselesaan seumpama rumah sendiri.

Kumpulan ini akan terus mengembangkan jenama Lanson Place sebagai jenama pan-Asia dan akan terus meneroka peluang pelaburan dan pengurusan terutamanya di bandar-bandar pintu masuk utama di rantau Asia-Pasifik.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160314/8521601645

Source: Lanson Place Hospitality Management Limited
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Personnel announcements