omniture

XCMG Bakal Lancarkan Tiga Produk Baharu Semasa Bauma 2016 di Munich

XCMG
2016-03-22 16:02 226

MUNICH, 22 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Pengeluar peralatan pembinaan dan perlombongan terkemuka dunia, XCMG, bakal memperkenalkan produk mesin pembinaan terbaharu di Bauma 2016 mulai 11 hingga 17 April di Pusat Pameran Munchen Messe di Munich, Jerman.

XCMG bakal mempamerkan sembilan produk mesin pembinaan tercanggih di reruai FS1005/3, di mana kren untuk semua bentuk muka bumi XCA100_E, jentera angkut beroda LW1100KN, dan jentera pengorek XE35U bakal membuat kemunculan pertama di peringkat antarabangsa pada 11 April nanti.

"Jentera angkut beroda LW1100KN muatan besar sangat berkuasa dan menjimatkan minyak, ia dilengkapi kereta pemandu tersepadu baharu FOPS&ROPS XCMG yang luas, senyap, selamat, dan selesa, ditambah pula dengan teknologi boleh ubah peka muatan yang meningkatkan kecekapan bahan api secara signifikan sehingga 15%. Produk kami menyepadukan teknologi paling maju di dunia dan kami sentiasa berada di barisan hadapan industri ini," kata Wang Zhen, ketua pereka LW1100KN.

LW1100KN merupakan jentera pengeluaran yang sesuai untuk kegunaan pelabuhan, syarikat logistik, dan lombong besar kerana kestabilan, keselamatan, dan keandalannya yang hebat.

XCMG akan turut mempamerkan kren muka bumi kasar RT55E, jentera pengorek XE210C, rig penggerudian putar XR220DII, kren angkut SQZ200K serta jentera pengangkut beroda LW800K dan LW180K semasa Bauma 2016 kelak.

Pameran itu, yang kini memasuki tahun ke-31, merupakan pameran dagangan terbesar dunia untuk mesin pembinaan, mesin bahan binaan, mesin perlombongan, kenderaan pembinaan, dan peralatan pembinaan yang menampilkan lebih 3,400 pempamer.

"Bauma merupakan pameran penting dan terancang rapi yang dianjurkan setiap tiga tahun sekali dan menerima kehadiran ramai pengunjung seluruh dunia ke Munich. XCMG sudah menyertai tujuh pameran Bauma sebelum ini sejak tahun 1992 dan semua penyertaan tersebut sangat berjaya dan membuahkan hasil," kata Zhang Yanmei, naib pengurus besar XCMG Import and Export Company.

Kelebihan XCMG dalam penyelidikan dan pembangunan produk baharu telah meluaskan lagi bahagian pasaran antarabangsa syarikat itu dalam bidang seperti pembinaan, eksploitasi sumber, perlombongan, dan kejuruteraan sivil. Hasil tahunan syarikat itu semakin meningkat setiap tahun dan XCMG telah mengekalkan kedudukannya sebagai syarikat pengeluaran terkemuka selama 26 tahun berturut-turut.

Latar Belakang XCMG:

XCMG merupakan syarikat pengilangan mesin berat multinasional dengan sejarah selama 73 tahun. Kini ia berada pada kedudukan kelima dalam industri mesin pembinaan seluruh dunia. Syarikat itu mengeksport ke lebih 170 negara dan rantau seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: www.xcmg.com, atau laman XCMG di Facebook, Twitter dan YouTube.

Source: XCMG
Related Links:
Keywords: Auto Transportation New products/services Trade show news