omniture

Pioneer mempamerkan teknologi hiburan kereta bermaklumat di Pameran Motor Bangkok

Pioneer Electronics
2016-03-22 17:00 493

BANGKOK, 22 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Peneraju dalam hiburan kereta bermaklumat, Pioneer Electronics Asia Centre, bakal mempamerkan produk ekosistem komprehensif di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BMS) ke-37. Pengunjung bukan sahaja dapat melihat "produk wira" terbaharu syarikat ini, termasuk alat penerima, amplifier dan pembesar suara kereta, malah dapat juga menikmati hiburan generasi masa depan dan penyelesaian sambungan kereta melalui demonstrasi profesional.

AVH-X8850BT
AVH-X8850BT
Pioneer ARC
Pioneer ARC

"Kebanyakan produk kami di BMS 2016 melambangkan kemuncak maklumat hiburan dalam kereta moden, dan kemegahan beberapa teknologi dan inovasi terbaik masa kini.  Untuk pelanggan kami yang dihargai, mereka boleh mengharapkan yang lebih daripada Pioneer, daripada kualiti bunyi yang unggul sehingga integrasi telefon pintar yang lancar dan gabungan kandungan yang mengujakan," kata Encik Isao Nomura, Timbalan Pengurus Besar Bahagian Perancangan Perniagaan dan Pemasaran, Pioneer Electronics Asia Centre

RINGKASAN PRODUK WIRA

  • Alat penerima multimedia AVH-X8850BT – Model kemegahan terkini ini menjanjikan pengalaman pemanduan yang tiada tandingan. Lebih pintar dan kini serasi dengan aplikasi yang lebih popular seperti Spotify, gabungan Apple CarPlay dan proprietari AppRadio MODE dan AppRadioLIVE dari Pioneer.
  • Amplifier (amp) empat saluran GM-D9604 – Salah satu amp berkuasa tinggi berbilang saluran dan versatil daripada Siri Champion Pioneer, namun 50 peratus lebih kompak berbanding model konvensional di pasaran.
  • Pembesar suara komponen TS-D1730C dan TS-A1606C – Pakej pembesar suara premium ini disasarkan kepada pencinta muzik yang sejati. Pembesar suara TS-D1730C ini dibangunkan untuk menghasilkan semula bunyi menakjubkan yang lancar dan lunak, sementara TS-A1606C menonjol dengan julat dinamik yang tinggi. Kedua-duanya juga didatangkan dengan sepasang rangkaian silang bermutu tinggi.
  • Subwufer TS-W261D4 dan TS-WX120A – Subwufer TS-W261D4 adalah salah satu produk dari Siri Champion yang menawarkan pembinaan yang inovatif bagi mencapai bunyi bass yang lebih jelas dan lebih mendalam. Sementara itu, TS-WX120A adalah satu model ultra-kompak dengan kekuatan bunyi bass yang tiada tandingan.

DEMONSTRASI MESTI CUBA

  • Apple CarPlay – Cara lebih pintar, selamat dan menyeronokkan menggunakan iPhone® dalam kereta. Pengguna boleh menggunakan pengawal suara Siri® untuk menerima dan membuat panggilan, mengarang dan membalas mesej teks, mengakses Apple Maps untuk navigasi dan mendengar muzik dan podcast mereka.
  • Spotifyii – Nikmati lebih 30 juta lagu melalui perkhidmatan penstriman muzik dalam talian terbesar dunia. Tambahan pula, pengguna dapat melayari, mencari dan memilih tajuk secara langsung sama ada daripada penerima atau telefon.
  • Pioneer ARCiii Bagi pengguna telefon pintar iPhone dan Android, aplikasi percuma ini adalah satu penyelesaian hiburan yang lengkap dalam kereta, dioptimumkan untuk mengakses kandungan dari kedua-dua penerima dan peranti yang disambungkan dengan lancar.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi tapak D1 semasa Pameran Motor Antarabangsa Bangkok pada 22 Mac (hari liputan akhbar rasmi) atau antara 23 Mac dan 3 April. Pakar-pakar produk Pioneer boleh didapati di laman web untuk menyediakan panduan dan bantuan. Untuk lebih banyak berita dan liputan acara terkini, sila layari laman Facebook Pioneer Car Entertainment diwww.facebook.com/PioneerCarEntertainment.

Untuk memuat turun imej produk beresolusi tinggi, lawati https://www.dropbox.com/sh/wtlalq8f3sxjsj5/AAB9PDCFOBQ57TFylcuFxE0pa?dl=0.  

Semua produk yang diketengahkan kini dijual di seluruh Asia, kecuali produk perdana alat penerima multimedia AVH-X8850BT baharu. Model ini boleh didapati di semua pengedar sah Pioneer dari bermula akhir bulan Mac. Ketersediaan produk sebenar berbeza mengikut negara, sila hubungi wakil Pioneer berikut atau pejabat Pioneer tempatan anda.

Negara

Wakil

Model Tersedia

Maklumat hubungan

Thailand

Weerapol Pakavarangkur

AVH-X8850BT, GM-D9604, TS-D1730C, TS-A1606C, TS-W261D4, and TS-WX120A.

(66) 2717 0777

weerapol_pakavarangkur@pioneer.com.sg

Singapura

Charlotte Tan

AVH-X8850BT, GM-D9604, TS-D1730C, TS-A1606C, TS-W261D4, and TS-WX120A.

(65) 6603 9008

charlotte.tan@text100.com.sg

Malaysia

Ryan Lee

AVH-X8850BT, GM-D9604, TS-D1730C, TS-A1606C, and TS-WX120A.  

(03) 2697 2920

ryanleeok@pioneer.com.sg

Indonesia

Max Adam Kamil

AVH-X8850BT, GM-D9604, TS-D1730C, TS-A1606C, TS-W261D4, and TS-WX120A.

(62-21) 632 1946 (6 talian)

(62) 812 86662777

adamkamil.max@hotmail.com

Filipina

Gina Cercado

AVH-X8850BT, GM-D9604, TS-A1606C, TS-W261D4, and TS-WX120A.

(63) 2 8526706

marketing.zamonyventure@gmail.com

Vietnam

Mr. Duc

AVH-X8850BT, GM-D9604, TS-D1730C, TS-A1606C, and TS-WX120A.

(84) 8 35162870*(306)

duc.nguyenquang@vtb.com.vn

Israel

Shay Sade

AVH-X8850BT, GM-D9604, TS-D1730C, TS-A1606C, TS-W261D4, and TS-WX120A.

(972) 3 6951538
(972) 52 3667478

shay@udt.co.il

Nota tambahan:

i. Apple CarPlay kini hanya boleh didapati di Singapura, India dan Thailand. Fungsi Apple Maps juga tidak disokong di India dan Thailand.
ii. Spotify kini hanya boleh didapati di Singapura, Malaysia dan Filipina.
iii. Pioneer ARC hanya diguna pakai bagi alat penerima CD Pioneer dan media digital terpilih.
iv. Android ™ adalah tanda dagangan Google Inc.
v. Spotify® adalah tanda dagangan berdaftar Spotify Group.

Latar belakang Pioneer Electronics AsiaCentre (PAC) Pte. Ltd.

Merupakan ibu pejabat serantau Pioneer Corporation sejak 1992, perniagaan teras Pioneer adalah dalam audio visual kereta. Pioneer berhasrat untuk menjadi peneraju pengeluar dan pembekal pasaran kedua jenama kereta terkemuka, membekalkan penyelesaian komprehensif maklumat hibur dalam kereta, dengan membangunkan peranti generasi masa depan dan perkhidmatan jaringan inovatif bagi pasaran kereta terhubung yang semakin berkembang. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.pioneer.com.sg.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160310/8521601571-a 
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160310/8521601571-b

Source: Pioneer Electronics
Keywords: Auto Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Transportation Trade show news