omniture

Quill City Mall Shop & Dine Fiesta Mall Mengumumkan Pemenang Fiesta

Quill City Mall
2016-03-22 20:38 245

KUALA LUMPUR, 22 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Quill City Mall dengan suka citanya mengumumkan pemenang untuk Shop & Dine Fiesta! Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Abang Zulkipli kerana memenangi BMW 218i Active Tourer!

Dato Ar. Michael Ong, Pengarah Eksekutif, Quill Group of Companies bersama Abang Zulkipli & keluarga, pemenang hadiah BMW218i Active Tourer.
Dato Ar. Michael Ong, Pengarah Eksekutif, Quill Group of Companies bersama Abang Zulkipli & keluarga, pemenang hadiah BMW218i Active Tourer.

Quill City Mall juga ingin mengucapkan tahniah kepada 39 pemenang bertuah lain yang memenangi Sistem Teater Rumah dan Televisyen Lengkung 55", Baucar Tunai AEON, Peti Sejuk, Tablet, Pakej Percutian, Sistem Teater Rumah & Televisyen 48", Baucar On the 6th, serta hadiah menarik lain yang ditawarkan dalam Shop & Dine Fiesta!

Shop & Dine Fiesta, yang berlangsung dari bulan Oktober 2015 hingga Mac 2016 merupakan keraian keseronokan membeli belah dan menjamu selera yang diadakan bersempena Ulang Tahun pertama Quill City Mall, di mana para pengunjung hanya perlu berbelanja minimum RM150 dalam 2 resit terkumpul, sertai pertandingan ini, dan berpeluang untuk memenangi Hadiah Utama berupa sebuah BMW 218i Active Tourer!

"Seperti yang diketahui umum, Quill City Mall, yang rasmi dibuka pada bulan Januari 2015, merupakan gabungan pengalaman membeli-belah dan menjamu selera yang menyeronokkan, dalam suasana menarik dan direka indah untuk memberikan lebih keriangan membeli belah, menjamu selera, dan kehidupan kota di Kuala Lumpur. Quill City Mall yang mewah namun terbuka untuk semua lapisan masyarakat terletak di nadi kota Kuala Lumpur, dan menawarkan sesuatu untuk setiap gaya hidup. Ruang membeli-belah setinggi lapan tingkat ini telah direka sebagai destinasi moden untuk orang ramai saling bertemu, berkumpul, dan beramah-mesra," kata Dato' Michael Ong, Pengarah Eksekutif, Quill Group of Companies.

Disemarakkan lagi dengan kejayaan penganjuran Shop & Dine Fiesta, beliau menyambung, "Kami melancarkan Shop & Dine Fiesta bersempena ulang tahun pertama Quill City Mall.  Inilah cara kami berterima kasih kepada para pengunjung dan rakan kongsi kami yang setia. Kami menganjurkan banyak aktiviti dalam dan luar talian yang berkisarkan pertandingan ini, termasuklah pertandingan selfie serta persembahan. Sambutan orang ramai terhadap Fiesta ini sangat memberangsangkan, dengan penyertaan ribuan pelanggan dalam pertandingan ini, pertandingan selfie dan juga kehadiran mereka di setiap persembahan serta aktiviti kami. Melihatkan kejayaan Fiesta ini, kami sudah pun merancang satu lagi aktiviti yang menarik, jadi ikuti kami dalam media sosial untuk mengetahui berita terkini tentangnya".

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160322/8521601868

Source: Quill City Mall
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Food/Beverages Restaurants Retail Travel