omniture

Pesta Canton Perkenal Tawaran Istimewa Bagi Pembeli Global

Canton Fair
2016-03-23 19:02 375

GUANGZHOU, China, 23 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Pesta Import dan Eksport China Ke-119 (Pesta Canton) telah mengumumkan beberapa acara istimewa termasuk Ganjaran Pengiklanan untuk Pembeli Baharu (ARNB), Ruang Lounge VIP dan platform layan diri dalam talian Alat E-Khidmat Pembeli (BEST) untuk pembeli global.

ARNB merupakan program istimewa di mana pembeli baharu akan menerima kupon selepas membuat pendaftaran. Pembeli boleh memilih sama ada 24 kupon makan tengah hari dan kopi yang boleh digunakan semasa di Pesta tersebut, atau pun dua kupon hotel bagi tempahan bilik di hotel dan resort Starwood termasuk di The Westin Pazhou, The Westin Guangzhou, W Guangzhou, Sheraton Guangzhou Hotel, Four Points By Sheraton Guangzhou Dongpu, Aloft Guangzhou University Park, dan Sheraton Grand Guangzhou Huadu Resort.

Untuk melihat maklumat hotel, sila lawati: http://www.starwoodhotels.com/index.html?&language=en_US&localeCode=en_US

"Kelab ARNB dan VIP merupakan ciri yang penting bagi khidmat sokongan kami," kata Encik Liu Quandong, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Luar Pesta Canton. "Kelab-kelab itu dikhaskan untuk menawarkan faedah kepada para pelanggan kami. Pesta Canton bukan sekadar pesta perdagangan biasa; ia merupakan platform komunikasi untuk pembekal dan pembeli global menikmati pengalaman mencari peluang perniagaan dan perkongsian. Matlamat utama kami adalah untuk memberikan pengalaman yang lebih beraneka, bukan sahaja untuk pembeli setia kami, tetapi kepada rakan-rakan baharu juga."

Pesta Canton juga turut memperkenalkan ruang lounge VIP bagi pembeli yang telah mengunjungi Pesta itu sebanyak 15 kali atau lebih. Ruang lounge itu menawarkan makanan ringan dan minuman, kupon makan tengah hari dan kopi, perkhidmatan seperti akses percuma untuk ke seminar, serta pertemuan ramah-mesra korporat.

Melalui platform BEST, pembeli juga akan mendapat peluang untuk memohon kad jemputan dan kad pembeli, mencari pempamer dan produk, dan menempah khidmat jurubahasa, perkhidmatan perniagaan, serta perjalanan.

Selain daripada khidmat tersuai khusus bagi pembeli setia dan peserta baharu, Pesta itu menggalakkan para pembeli mengajak ahli baharu melalui platform BEST dengan insentif termasuklah penginapan hotel lima bintang, kupon makan tengah hari, dan Apple Watch.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran istimewa ARNB sila lawati:
http://www.cantonfair.org.cn/en/ARNB/index.shtml

Untuk maklumat lanjut tentang khidmat VIP sila lawati:
http://www.cantonfair.org.cn/en/vip/index.shtml

Latar Belakang Pesta Canton

Pesta Import dan Eksport China, juga dikenali sebagai Pesta Canton, diadakan dua kali setiap tahun di Guangzhou pada setiap musim bunga dan musim luruh. Pertama kali diadakan pada tahun 1957, Pesta itu merupakan pameran menyeluruh dengan sejarah terlama, taraf tertinggi, skala terbesar, serta bilangan produk terbanyak dan juga taburan pembeli global paling meluas dan kadar pusing ganti perniagaan yang tertinggi di China.

Source: Canton Fair
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services Trade show news