omniture

BookDoc Mara Ke Hadapan dengan Pemerkasaan Pasukan Pengurusan Utama dan Lembaga Penasihat

Mengukuhkan pasukan operasi bagi memenuhi peningkatan permintaan dan memperluas kehadiran mereka.
BookDoc
2016-03-23 21:06 284

KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 Mac 2016 /PRNewswire/ -- BookDoc, setelah menyelesaikan pusingan pembiayaan awal yang memecah rekod yang diterajui oleh ahli Keluarga Diraja Brunei, kini bersedia melaksanakan pelan tindakan untuk perkembangan teknologi serta peluasan pasaran dengan mengukuhkan lagi pasukan operasinya.

Anugerah Kecemerlangan Tahunan untuk Inovasi Teknologi Penjagaan Kesihatan Mudah Alih Asia Selatan oleh IAIR Awards
Anugerah Kecemerlangan Tahunan untuk Inovasi Teknologi Penjagaan Kesihatan Mudah Alih Asia Selatan oleh IAIR Awards

Baru-baru ini, International Alternative Investment Review (IAIR) memilih BookDoc sebagai salah satu Penerima Anugerah Korporat IAIR Edisi Tahunan VI untuk Teknologi Penjagaan Kesihatan Mudah Alih, menjadikan BookDoc sebagai satu-satunya syarikat baharu dalam kalangan penerima anugerah lain yang amat disegani seperti DHL Global Forwarding, China Telecom dan Hutchison Global Communications. Anugerah berprestij ini yang mengiktiraf syarikat-syarikat berdasarkan Kepimpinan, Kemampanan, Inovasi dan Kecemerlangan Kewangannya, merupakan pengiktirafan penting untuk BookDoc yang baru bermula 6 bulan lalu.

BookDoc telah meningkatkan tenaga kerjanya di rantau ini dan membawakan pakar profesional penjagaan kesihatan yang berpengalaman ke dalam syarikat bagi mengukuhkan pasukan ini.

Prof. Dr. Tay Boon Keng, seorang pakar perubatan berpengalaman yang amat disegani di Singapura, dilantik sebagai ahli Lembaga Penasihat BookDoc yang akan memberi nasihat kepada BookDoc dalam bidang strategik yang berkaitan dengan kandungan, etika perubatan serta hal ehwal pengawalseliaan semasa dan akan datang. Beliau turut menyertai ahli-ahli disegani yang lain dalam Syarikat itu termasuk Tan Sri Dato' Dr. M. Jegathesan, mantan Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia dan Mejar Jeneral Dato' Pahlawan Dr. Mohandas Ramasamy (Rtd), mantan Pengarah Besar Perkhidmatan Kesihatan Awam. Prof Dr Tay telah menyandang banyak jawatan profesional dan akademik di SingHealth, Hospital Besar Singapura, Universiti Kebangsaan Singapura, antara lainnya, dan kini merupakan Perunding Emeritus untuk Pejabat Kerjasama Antarabangsa SingHealth dan Perunding Emeritus Pakar Bedah Ortopedik di Hospital Besar Singapura.

Selain itu, Cik Leong Choy Fun, mantan CEO Pantai Ipoh (sebuah hospital di bawah pengurusan IHH Healthcare Berhad di Malaysia) turut menyertai syarikat ini sebagai Ketua Pegawai Operasi; Cik Poh Bee Kuan, mantan Timbalan Pengarah Hospital Besar Singapura sebagai Ketua Negara BookDoc Singapura; dan En. Lee Mean Yeit, mantan Ketua Pembangunan Strategi & Perniagaan Sime Darby Healthcare sebagai Naib Presiden Pembangunan Strategi & Korporat BookDoc.

Dato' Chevy Beh, Pengasasnya, menegaskan modal insan yang memiliki kepakaran industri yang tinggi adalah aset paling penting untuk sebuah syarikat teknologi yang beroperasi dalam bidang penjagaan kesihatan. "Kami akan terus merekrut dan mengukuhkan pasukan operasi agar dapat memenuhi peningkatan permintaan di rantau ini, selain berusaha memperluas kehadiran kami. Kami berhasrat untuk menembusi pasaran Thailand pada April 2016."

Hubungi:
Valerie Voon
+60-193-366-758
valerievoon@bookdoc.com

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160322/8521601886

Source: BookDoc
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Awards Corporate Expansion