omniture

Usaha Sama Diterajui CH2M Diumumkan sebagai Rakan Pelaksana Kejuruteraan Fasa Pertama HS2

CH2M
2016-03-24 18:36 199

LONDON, 24 Mac 2016 /PRNewswire/ -- CH2M milik pekerja, sebuah syarikat kejuruteraan dan pengurusan program global, dilantik sebagai sebahagian daripada sebuah konsortium bersama Atkins dan SENER selaku Rakan Pelaksana Kejuruteraan (EDP) yang bertanggungjawab menyiapkan projek Fasa Pertama High Speed 2.

Kontrak bernilai £350 juta itu dijangka berlangsung selama sepuluh tahun dan konsortium yang diterajui oleh CH2M itu akan bekerjasama dengan HS2 Ltd sebagai sebuah pasukan yang digabungkan bagi memacu kecekapan dalam tempoh jangka panjang untuk reka bentuk dan pembinaan laluan, termasuk pentauliahan bagi keretapi. 

Konsortium tersebut akan menyediakan kepakaran dalam bidang kejuruteraan, pengurusan program serta sokongan pengurusan pembinaan, selain membantu segala persediaan bagi perolehan kontrak sivil utama untuk fasa pembinaan laluan dari London ke Birmingham.

CH2M yang telah bekerjasama dengan HS2 Ltd sejak tahun 2012 sebagai Rakan Pembangunan Fasa Pertama, menyediakan kepakaran pengurusan program global manakala Atkins memberikan kepakaran dalam bidang kejuruteraan dan SENER pula memanfaatkan pengalaman dalam bidang kereta api berkelajuan tinggi antarabangsa.

Mengulas tentang kemenangan kontrak, James Rowntree, Pengarah Urusan Pengangkutan CH2M, Eropah, berkata: "Konsortium antara CH2M/Atkins/SENER berbesar hati kerana dilantik sebagai Rakan Pelaksana Kejuruteraan untuk Fasa Pertama HS2. Ini menandakan satu langkah penting ke arah penyediaan program prasarana yang penting ini, yang bakal menghubungkan ekonomi serantau di UK selain mencipta pertumbuhan ekonomi yang penting di seluruh negara. CH2M berharap dapat menjalin hubungan yang erat bersama HS2 Ltd, bermula dengan peranannya sebagai Rakan Pembangunan Fasa Pertama, selain turut bekerjasama dengan Atkins dan SENER untuk terus memajukan program ini."

CH2M ialah sebuah firma perkhidmatan profesional terkemuka yang menyediakan penyelesaian yang mampan untuk pelanggan yang terlibat dalam cabaran yang paling rumit di dunia. Kakitangan CH2M dapat membawa perubahan positif dengan menyediakan penyelesaian perundingan, reka bentuk, kejuruteraan dan pengurusan untuk prasarana dan sumber paling penting untuk pelbagai pelanggan daripada sektor awam dan swasta. Dengan hasil perolehan sebanyak $5.4 bilion, hampir 25,000 kakitangan firma tersebut beroperasi dari pejabat yang berada di 50 buah negara melalui lima segmen perniagaan: air; alam sekitar dan nuklear; pengangkutan; minyak, gas dan bahan kimia; serta persekitaran perindustrian dan bandar, termasuk acara peringkat dunia seperti Sukan Olimpik London 2012. CH2M berada dalam senarai Syarikat Paling Beretika di Dunia oleh Ethisphere; menduduki tempat pertama bagi perundingan alam sekitar dan pengurusan program oleh Engineering News-Record; serta tersenarai dalam kalangan pemimpin kemampanan oleh penganalisis bebas, Verdantix. Pada tahun 2016, CH2M dipilih bagi menerima Anugerah Pingat Emas oleh Pusat Alam Sekitar Sedunia, manakala pada tahun 2015, ia meraih Anugerah Industri Air daripada Institut Air Antarabangsa Stockholm yang merupakan anugerah tertinggi kerana merintis usaha pemuliharaan air dan menggunakan semula teknologi. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang keunikan CH2M, kenali firma tersebut melalui http://www.ch2m.com; linkedin.com/company/ch2m; twitter.com/ch2m; facebook.com/ch2mhill; dan peluang pekerjaan di ch2m.com/careers

Source: CH2M
Related Links:
Keywords: Construction/Building Transportation Contracts Joint ventures