omniture

Huawei Anjur Sidang Kemuncak Kereta Api Asia Pasifik 2016 di Hong Kong bertemakan "Menerajui ICT Baharu, Membina Kereta Api Yang Lebih Terhubung"

Para eksekutif dari seluruh dunia berhimpun bagi membincangkan masa depan industri kereta api dalam era ICT
Huawei
2016-03-24 19:25 484

HONG KONG, 24 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Huawei menganjurkan Sidang Kemuncak Kereta Api Asia Pasifik 2016 di Hong Kong hari ini. Acara tersebut, bertemakan "Menerajui ICT Baharu, Membina Kereta Api Yang Lebih Terhubung" berjaya menarik lebih 100 pembuat keputusan dan golongan profesional daripada industri kereta api dari 10 buah negara bagi berkongsi amalan terbaik serta membincangkan trend dan juga cabaran yang membentuk perkembangan industri kereta api.

Dalam ucapan alu-aluannya, Yuan Xilin, Presiden Sektor Pengangkutan Enterprise Business Group, Huawei, mengulas tentang kesan perubahan terhadap teknologi dalam industri ini. "Teknologi baharu berserta pengkomputeran awan sebagai teras utamanya kini membawa perubahan dalam industri kereta api. Sehubungan itu, Huawei aktif menggalakkan pembangunan dan aplikasi teknologi terbuka ini bagi membantu industri kereta api mengubah peranan sistem ICT mereka daripada elemen sokongan kepada komponen pengeluaran utama," kata beliau.

Yuan Xilin menyampaikan ucapan alu-aluan
Yuan Xilin menyampaikan ucapan alu-aluan

Huawei yakin kejayaan sistem pengangkutan kereta api adalah berasaskan penyelarasan yang berkesan antara prasarana, kenderaan dan kakitangan. Oleh yang demikian, ketika industri kereta api terus berkembang, pengendali global perlu memikirkan cara baharu untuk mengurus sumber serta mempertingkat kecekapan operasi.

Ketika berucap di sidang kemuncak itu, Richard C S Wong. Felow Utama, Systems & Technology Group, Naib Presiden dan Ketua Sistem di Singapore Mass Rapid Transit (SMRT), memberikan pendapat beliau tentang bagaimana pihak pengendali boleh memanfaatkan teknologi bagi menangani segala cabaran ini. Beliau berkata, "Pada masa kini, perkhidmatan komunikasi wayarles semakin diguna pakai oleh industri kereta api memandangkan ia tidak memerlukan kerja-kerja pemasangan kabel yang rumit dan dapat mengurangkan gangguan isyarat dengan ketara kepada peralatan komunikasi. Sementara itu, komunikasi antara kereta api dan penentududukan kereta api boleh dibuat dengan lebih mudah melalui sistem isyarat kereta api wayarles dan dengan bantuan ICT. Ini menyediakan penumpang dengan ketersambungan sepenuhnya di dalam kereta api dan menjadikan perjalanan yang lebih selesa dan menyeronokkan."

Dalam era internet mudah alih, penumpang mahukan perkhidmatan maklumat, perniagaan dan hiburan yang komprehensif sepanjang perjalanan mereka. Mengulas tentang trend ini, Xu Shupeng, Pengarah Kanan, Kejuruteraan Mekanikal, Zhengzhou Rail Transport Company, mengutarakan pendapat beliau tentang kelebihan ketersambungan penuh, "Dengan penyediaan rangkaian eLTE, Zhengzhou Metro mampu menyediakan sistem pengawasan video berdefinisi tinggi pada masa sebenar di dalam kereta api. Ini bererti data trafik dapat dianalisis pada masa sebenar dan membolehkan kawalan yang lebih baik dilakukan untuk pengendalian kereta api serta keadaan di dalam kereta api," kata Xu. "Oleh itu, apabila berlaku kemalangan, kami mampu memberi tindak balas serta merta bagi memastikan keselamatan penumpang dan juga kereta api. Selain itu, eLTE menyediakan jaminan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada sistem maklumat penumpang yang membolehkan penumpang menonton video pada masa sebenar tanpa gangguan, seterusnya dapat menambah baik pengalaman perjalanan mereka. Perkhidmatan sedemikian juga menyediakan asas untuk pelaksanaan aplikasi misi kritikal pada masa depan seperti kawalan kereta api berasaskan komunikasi, penyaluran jalur lebar dan juga perkhidmatan internet berkelajuan tinggi yang dinilai tambah."

Sejak lebih 20 tahun, Huawei menjadi peneraju terkemuka dalam industri kereta api. Produk dan penyelesaiannya yang inovatif dengan aplikasi ICT memberi perkhidmatan kepada 100,000km landasan kereta api di dunia iaitu jarak lebih sekali ganda lilitan bumi. Syarikat tersebut ialah satu-satunya vendor dalam industri ini yang menyediakan penyelesaian GSM-R bagi menyokong perkembangan LTE yang lancar. Tidak hairanlah mengapa penyelesaian komunikasi operasi kereta api GSM-R Huawei menerajui pasaran tambahan selama empat tahun berturut-turut dan kini memberi perkhidmatan kepada landasan kereta api berjarak lebih 45,000 km di seluruh dunia.

Hasil daripada kejayaan ini, syarikat tersebut mengembangkan perkhidmatannya untuk industri kereta api di seluruh dunia. Contohnya, pada 30 Julai 2015, syarikat tersebut memenangi bidaan untuk projek pemodenan GSM-R yang ditawarkan oleh Deutsche Bahn (DB) di Utara Jerman. Meliputi kawasan seluas 12,000km atau 40 peratus daripada rangkaian DB, projek tersebut ialah projek pembinaan semua rangkaian GSM-R terbesar di dunia setakat ini. In project-completion news, Huawei successfully implemented an eLTE mass transit communications solution for Ethiopia's Addis Ababa Light Rail on September 24, 2015.

Menurut maklumat berkenaan projek yang telah siap, Huawei berjaya melaksanakan penyelesaian komunikasi alihan massa eLTE untuk projek Addis Ababa Light Rail di Etiopia pada 24 September 2015.

Sebarang maklumat lanjut tentang Sidang Kemuncak Kereta Api Asia Pasifik 2016, sila layari: http://enterprise.huawei.com/topic/asiapacificrail2016/index.html

Latar Belakang Huawei

Huawei ialah penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global yang terkemuka.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei dalam talian di www.huawei.com  

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160323/0861602497

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Railroads and Intermodal Transportation Telecommunications Telecommunications Equipment Transportation Trade show news