omniture

Projek BOLA SEPAK UNTUK PERSAHABATAN Kanak-kanak Antarabangsa Gazprom Musim Keempat Diumumkan

FOOTBALL FOR FRIENDSHIP Programme Global Press Center
2016-03-24 21:00 417

MUNICH, 24 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Hari ini, Gazprom, penaja rasmi Kejohanan Liga Juara-Juara UEFA, mengumumkan perasmian musim keempat projek sosial untuk kanak-kanak antarabangsa, BOLA SEPAK UNTUK PERSAHABATAN (FOOTBALL FOR FRIENDSHIP).

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160323/347544 )

Skop kawasan projek tersebut semakin bertambah dengan ketara setiap tahun. Pada musim kali ini, para pemain bola sepak muda dari Afrika dan Amerika Selatan turut mengambil bahagian dalam projek tersebut buat kali pertama yang menyaksikan pertambahan jumlah pasukan Asia. Jumlah keseluruhan bagi negara yang mengambil bahagian meningkat daripada 24 buah negara pada tahun lalu menjadi 32 buah negara, iaitu 4 kali ganda lebih banyak berbanding jumlah negara pada peringkat awal projek tersebut. Tahun ini, senarai peserta terdiri daripada pasukan dari Algeria, Argentina, Armenia, Austria, Azerbaijan, Belarus, Belgium, Brazil, Bulgaria, China, Croatia, Republik Czech, Perancis, Jerman, Hungary, Itali, Jepun, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Belanda, Poland, Rusia, Serbia, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Switzerland, Syria, Turki, Ukraine, United Kingdom dan juga Vietnam.

Beberapa acara tradisional akan diadakan sepanjang musim tersebut. Pada 25 April, negara-negara yang terlibat akan meraikan Hari Bola Sepak dan Persahabatan Antarabangsa. Pada 27-28 Mei, Milan akan menjadi tuan rumah Perlawanan Bola Sepak Jalanan Antarabangsa dan Forum BOLA SEPAK UNTUK PERSAHABATAN Kanak-kanak Antarabangsa.

Forum tersebut akan diakhiri dengan penyampaian Nine Values Cup - hadiah istimewa daripada projek BOLA SEPAK UNTUK PERSAHABATAN kepada salah satu kelab bola sepak  profesional dunia atas komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap nilai program. Para peserta akan menyaksikan Peringkat Akhir Kejohanan Liga Juara-Juara UEFA 2016 di Stadio Giuseppe Meazza (San Siro) di Milan setelah forum melabuhkan tirainya.

"Jumlah peserta yang terlibat dalam projek BOLA SEPAK UNTUK PERSAHABATAN serta negara-negara yang diwakilinya semakin bertambah setiap tahun. Kami yakin musim kali ini bersifat benar-benar global, memandangkan pemain bola sepak muda dari bahagian Hemisfera Barat turut mengambil bahagian dalam projek ini buat pertama kalinya. Projek BOLA SEPAK UNTUK PERSAHABATAN memberikan peluang terbaik kepada remaja yang mewakili pelbagai negara, budaya dan tradisi untuk belajar memahami serta menghormati antara satu sama lain walaupuan terdapat banyak perbezaan," kata Alexey Miller, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Gazprom.

"Nine Values Cup yang diberikan oleh peserta dalam projek BOLA SEPAK UNTUK PERSAHABATAN ialah arca seorang pemain bola sepak muda yang memegang Bumi berbentuk bola sepak. Saya berpendapat arca tersebut berjaya memperlihatkan idea dan nilai yang dipupuk oleh bola sepak dan sukan secara keseluruhan dalam kalangan golongan muda," kata Franz Beckenbauer, Duta Global bagi projek BOLA SEPAK UNTUK PERSAHABATAN.

Sumber: FOOTBALL FOR FRIENDSHIP Programme Global Press Center

Source: FOOTBALL FOR FRIENDSHIP Programme Global Press Center
Keywords: Sporting Events Sports