omniture

SPIEF di Forum Boao: "Pendekatan Baharu dalam Ekonomi Rusia: Penyetempatan dan Inovasi"

Roscongress Foundation
2016-03-24 23:09 362

BOAO, China, 24 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Pada 23 Mac 2016 , Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg mengadakan sebuah sesi panel bertajuk "Pendekatan baharu dalam ekonomi Rusia: penyetempatan dan inovasi" yang dianjurkan Yayasan Roscongress bersama Forum Boao untuk Asia, sebagai sebahagian daripada program acara luar negara.

Sesi tersebut memfokus kepada aspek pembangunan hubungan dua hala antara Persekutuan Rusia dengan Republik Rakyat China. China merupakan rakan perdagangan dan ekonomi terutama bagi Rusia. Perdagangan antara kedua-dua negara itu dari bulan Januari hingga bulan September 2015 berjumlah sehingga USD 50.03756 bilion, dengan eksport Rusia ke China merangkumi USD 24.82461 bilion, dan import pula sejumlah USD 25.21295 bilion. Eksport utama Rusia ialah bahan api mineral, minyak dan produk minyak, balak, logam bukan ferus, bahan kimia, dan bijih mentah.[1]

Arkady Dvorkovich, Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Rusia memaklumkan, "bagi membolehkan produk kami bersaing dengan produk asing dalam Rusia, kami perlu melakukannya di luar Rusia juga; jika tidak ia takkan menjadi persaingan terbuka, disebabkan urus niaga kami dikekang batasan yang diwujudkan dalam pasaran lain. Contohnya kos beberapa kumpulan barang dagangan adalah lebih rendah di sini berbanding di China. Selain daripada keterbukaan dan persaingan, pelaburan dan pengurusan yang lebih baik turut diperlukan."

Semasa acara itu, yang dihadiri wakil kerajaan dan ahli komuniti perniagaan serta pakar, isu berkenaan pembangunan pengeluaran domestik dibincangkan dengan mendalam. Para peserta menilai peluang perniagaan pada masa revolusi digital masa kini, dan mengkaji pendekatan baharu untuk merancang projek bersama. Perhatian khusus diberikan terhadap potensi yang semakin meningkat untuk berkolaborasi dalam sektor keusahawanan dan inovatif Rusia dan China. Dialog tentang perkongsian dua hala ini akan diteruskan semasa Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg ke-20, yang akan diadakan pada 16 Jun hingga 18 Jun 2016.

Mengulas tentang hasil acara ini, Anton Kobyakov, Penasihat kepada Presiden Persekutuan Rusia dan Setiausaha Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Forum Ekonomi St. Petersburg, berkata yang acara ini sangat membina, dan membawa kepada beberapa persetujuan yang dibuat bagi menggalakkan lagi perkongsian dengan wakil China semasa forum ekonomi terkemuka Rusia, SPIEF dan EEF. "Kami menjangkakan kehadiran ramai wakil delegasi China semasa forum ekonomi utama negara kami berlangsung. Rakan sekerja China kami menunjukkan aktiviti dan minat yang tinggi terhadap acara ini. Bagi pihak kami pula, kami juga menyasarkan perluasan perkongsian dua hala yang tekal dan berterusan dan pengukuhan hubungan Rusia-China, dalam keadaan pasaran baharu masa kini," kata Kobyakov mengakhiri temubual.

--------------------------------------------------

1. http://www.ved.gov.ru/exportcountries/cn/cn_ru_relations/cn_ru_trade/ (Bahasa Rusia)

SUMBER  Yayasan Roscongress

Source: Roscongress Foundation
Keywords: Banking/Financial Service Retail Economic news, trends, analysis