omniture

Care-Energy Offers Representation to E.ON and RWE Shareholders /"The Business Models of PLCs Must be More Closely Controlled by Specialist Expertise"

Care-Energy Menawarkan Perwakilan kepada Para Pemegang Saham E.ON dan RWE /"Model Perniagaan PLC Perlu Dikawal Lebih Ketat Oleh Pakar Berpengkhususan"
Care-Energy Holding GmbH
2016-03-25 08:00 442

HAMBURG, Jerman, 25 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Penyedia perkhidmatan tenaga Jerman yang terbesar, Care-Energy, sedang memperluaskan portfolio perkhidmatannya dan menawarkan perwakilan rasmi kepada para pemegang saham E.ON dan RWE serta saham tenaga lain. Pihak yang berminat boleh menemui maklumat dan membuat pertanyaan tentang Perkhidmatan Pemegang Saham Care-Energy baharu ini di laman web http://www.care-energymanagement.com

"Di peringkat dalaman, kami telah menggabungkan pengetahuan menyeluruh kami dalam bidang tenaga, perdagangan, teknologi, dan undang-undang bagi mempertingkatkan portfolio perkhidmatan tenaga kami. Dengan penubuhan perwakilan pemegang saham kami – Perkhidmatan Pemegang Saham Care-Energy – kami menawarkan suara yang mantap dan bertenaga bagi pihak pelabur berinstitusi seperti pihak berkuasa tempatan, bank dan dana pelaburan, dan terutama sekali pelabur kecil-kecilan dalam E.ON dan RWE," umum Martin Kristek, pengasas dan pemilik Care-Energy.

Semasa diminta memberi komen lanjut tentang polisi korporat E.ON dan RWE dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Martin Kristek berkata: "Pemegang saham dalam syarikat seperti E.ON dan RWE, contohnya, kehilangan 48.16% dan 68.16% daripada nilai pasaran dalam masa 5 tahun lepas. Dividen pelabur yang dahulunya selamat kini mengalami kemerosotan nilai dan ahli lembaga yang dilantik tidak berjaya menstabilkan keputusan kewangan mahupun reputasi syarikat yang suatu masa dahulu merupakan syarikat utama dalam industri Jerman, walaupun pada peringkat rendah. Khususnya, pemegang saham individu dan pelabur berinstitusi yang tiada pengetahuan dalam pasaran tenaga menghadapi kesukaran untuk menilai keandalan perancangan korporat dengan betul dan mereka juga tiada pengaruh yang besar dalam syarikat kerana kedudukan mereka sebagai pemegang saham minoriti."

Sebagai penyedia perkhidmatan tenaga, Care-Energy dipertanggungjawabkan untuk mewakili kepentingan pengguna dalam pasaran tenaga, kata Kristek lagi. Ia merangkumi kepentingan semua pengguna yang melabur secara langsung atau pun tidak langsung ke dalam syarikat tenaga utama, contohnya melalui dana DAX atau portfolio pelaburan. "Kami akan sentiasa menilai keputusan dan ramalan dengan teliti demi kepentingan para pemegang saham. Walaupun dengan rancangan jimat cermat dikenakan ke atas tenaga kerja, eksekutif korporat dan ahli lembaga masih gagal membentangkan sebarang strategi lestari bagi mempertingkatkan pertumbuhan harga pasaran dan perolehan. Perkembangan negatif bagi para pemegang saham dan ekonomi Jerman secara amnya patut dibentangkan dan didebatkan secara terbuka. Masyarakat dan pasaran tenaga yang semakin berubah juga memerlukan pendekatan yang berbeza daripada apa yang dilaksanakan oleh E.ON dan RWE pada tahun-tahun lepas. Tanpa perwakilan daripada Care-Energy, keuntungan sebagai matlamat teras pelaburan dalam syer telah diabaikan selama ini. Kami berada di sini untuk mengubah keadaan itu."

Latar Belakang Martin Richard Kristek:

Martin Kristek, pemilik dan pengasas kumpulan perusahaan Care-Energy memiliki pengalaman dalam pasaran tenaga selama berdekad lamanya. Kristek merupakan pedagang bursa yang diiktiraf dan diperakui di bursa tenaga Eropah utama dan mempunyai latar belakang komersil dan juga teknikal yang diperlukan bagi membantu syarikat seperti E.ON dan RWE meraih kembali kejayaan kepada pemegang saham.

Butiran tentang persatuan-persatuan pemegang saham:

Persatuan pemegang saham merupakan persatuan berdaftar yang disertai para pemegang saham. Apabila mereka bersatu, persatuan-persatuan ini boleh memajukan kepentingan bersama pemegang saham dengan lebih berkesan. Persatuan pemegang saham boleh menggunakan Mesyuarat Agung mereka untuk menguar-uarkan rayuan, membuat permohonan, membangkitkan isu, dan melaksanakan hak mengundi yang diberikan oleh ahli mereka. Sebagai contoh, persatuan pemegang saham boleh mewakili pemegang saham kecil serta pemegang saham yang tidak dapat hadir sendiri ke Mesyuarat Agung Tahunan.

Kebanyakan persatuan pemegang saham mengehadkan aktiviti mereka hanya kepada syarikat yang sahamnya didagangkan di bursa saham. Namun begitu, persatuan pemegang saham secara amnya tidak mengkhusus dalam industri tertentu dan jarang memiliki pengetahuan industri dan pasaran berkaitan. Persatuan pemegang saham tradisional mempunyai pengalaman berdekad-dekad lamanya, biasanya mempunyai beberapa orang peguam dalam pasukan mereka, dan menyediakan nasihat menyeluruh daripada segi undang-undang. Dalam kes tuntutan kerosakan atau liabiliti pula, sesetengah persatuan pemegang saham turut menjalankan ujian kes bagi pihak ahli mereka.

Perkhidmatan Pemegang Saham Care-Energy

Care-Energy memperluaskan konsep tradisional persatuan pemegang saham dengan kepakaran pasaran dan kepakaran strategik terbukti dalam pasaran tenaga. Hasil yang lebih baik bukan sahaja dikaitkan dengan penggunaan pilihan yang mematuhi undang-undang, tetapi juga dengan menghubungkan pengetahuan ini dengan kepakaran strategik menyeluruh kepada semua aspek pasaran tenaga. Perkhidmatan Pemegang Saham Care-Energy membawa perwakilan pemegang saham ke tahap baharu dengan matlamat membetulkan haluan syarikat tenaga demi kepentingan para pemegang sahamnya. Perkhidmatan ini disasarkan kepada pelabur Jerman dan Austria serta pelabur Eropah dan bukan Eropah. Kedudukan Care-Energy sangat sempurna bagi tugas ini kerana, dengan cawangan antarabangsanya, komunikasi dengan para pemegang saham dipermudahkan.

Hubungan akhbar:
Care-Energy Holding GmbH
Dkfm Marc März
Dessauer Strasse 2-4
D-20457 Hamburg, Jerman
marc.maerz@care-energy.de
+49-151-42260332


Martin Richard Kristek
martin.kristek@care-energy.de
T.: +49-40-414-314-858-0
F.: +49-40-414-314-858-9
http://www.care-energy.de 

Source: Care-Energy Holding GmbH
Keywords: Banking/Financial Service Oil/Energy Utilities