KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Di saat semakin banyak syarikat bergelut dengan persaingan global dan ekonomi yang lemah, kini mereka boleh mendapat manfaat daripada sebuah model transformasi kos yang direka bagi membantu mereka mencapai dan mengekalkan daya saing kos.
Model ini berperanan sebagai kerangka kerja kawalan, perancangan logik dan praktikal untuk menukarkan dan mengurus daya saing kos sesebuah perniagaan. Ia terdiri daripada satu set enam bidang yang saling bergantungan, dan apabila digabungkan sebagai satu set, ia dapat membantu organisasi mencapai dan mengekalkan daya saing kos jangka masa panjang.
Enam bidang ini adalah:
- Mewujudkan budaya mementingkan kos
Bagi pelaksanaan strategi pengurusan dan transformasi kos yang berkesan, orang ramai perlu sejajar dengan matlamat organisasi dan memberi tindak balas dalam cara yang dapat memastikan organisasi kekal tangkas walaupun menghadapi unsur yang menggugat kestabilan.
- Mengurus risiko yang sentiasa wujud semasa memacu daya saing kos
Walaupun perniagaan sudah pasti akan menghadapi risiko pasaran atau organisasi yang unik bagi perniagaan mereka, sesetengah risiko kepada daya saing kos mungkin akan lebih menonjol.
- Menghubungkan produk dengan keberuntungan
Walau apapun sifat sesebuah perniagaan, nilai yang dijana produknya kepada para pelanggan mesti dianalisis dan difahami. Jika pelanggan sasaran sesebuah perniagaan komersial tidak menghargai produknya, mereka akan sama ada membayar harga yang lebih rendah atau melakukan urus niaga mereka bersama syarikat lain.
- Menjana nilai maksimum melalui produk baharu.
Produk baharu mesti direka untuk mempunyai keanjalan yang bersesuaian bagi membolehkan penambahan atau penyingkiran ciri agar ia boleh padan dengan banyak pasaran tanpa perlu mengorbankan margin.
- Merangkumi kemampanan untuk mengoptimumkan keuntungan
Mengambil pendekatan mampan dalam seluruh model perniagaan (contohnya dalam penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran, pembungkusan, logistik, dan pemasaran) boleh membantu mengoptimumkan penggunaan sumber merentasi rantaian nilai.
- Memahami pemacu kos: Sistem dan proses perakaunan kos
Maklumat yang tepat penting dalam memacu dan memastikan kos kekal rendah sambil mengekalkan atau mempertingkatkan nilai pelanggan secara berterusan.
Model transformasi kos ini turut disertakan dengan tiga kajian kes yang meliputi industri elektronik, pembangunan harta tanah, dan pembungkusan keluli. Model ini telah dibangunkan Chartered Institute of Management (CIMA) dan American Institute of CPAs (AICPA) dan ia boleh didapati di www.cgma.org
Siew Lian
M. +6012 5023 985
E. chan.siewlian@cimaglobal.com