omniture

Buhler Group Hadiri Victam Asia 2016, Acara Pemprosesan Makanan Ternakan Paling Berpengaruh di Asia

Buhler Group
2016-03-29 20:56 343

BEIJING, 29 Mac, 2016 /PRNewswire/ -- Buhler Group serta beberapa jenama global berprestij lain mempamerkan teknologi dan peralatan peneraju industri mereka kepada pembeli profesional dan pengunjung dari rantau Asia Pasifik semasa Victam Asia 2016, pesta perdagangan dan persidangan industri makanan ternakan yang diadakan selama tiga hari dari 29 Mac hingga 31 Mac 2016 di Pusat Perdagangan & Pameran Antarabangsa Bangkok (BITEC). Pengunjung ke acara itu datang dari Thailand, Jepun, Malaysia, Vietnam, Myanmar, Korea Utara, Rusia, Filipina, Indonesia dan Australia.

Presiden China & Asia Tenggara Buhler Group serta ahli lembaga eksekutif Buhler, Dieter Voegtli, menghadiri acara itu, di mana beliau dipetik sebagai berkata, "Tidak syak lagi, Victam merupakan acara pemprosesan makanan ternakan yang paling berpengaruh di Asia dan ini kali kelima Buhler Group menghadirinya. Di Asia, produk yang dikeluarkan peralatan berjenama Buhler dilihat dan digunakan pengguna di seluruh rantau itu setiap hari, termasuklah beras, tepung, makanan haiwan peliharaan, dan makanan ternakan."

Acara itu menonjolkan rangkaian produk dan peralatan luas serta penyelesaian menyeluruh Buhler Group, termasuklah pengisar lintang AHZC66150, penggranul AHHD660, dan pengembang skru tunggal AHSK215, kepada pembeli profesional daripada syarikat pengeluar makanan ternakan, tepung, beras, dan bijirin makanan serta syarikat yang terlibat dalam pengangkutan bijirin, pengeluaran silo, dan kegunaan berkaitan.

Sebagai sebahagian daripada Victam Asia 2016, pakar yang bersekutu dengan Buhler Group membincangkan teknologi terkini mereka bersama profesional industri dalam beberapa sesi teknikal yang memfokus kepada makanan ternakan, pengisihan warna beras dan tepung serta pengangkutan bijirin.

Ditubuhkan lebih 150 tahun lalu, Buhler Group merupakan peneraju global dalam industri bijirin dan makanan. Dengan lokasi dalam lebih 140 negara, kumpulan itu menyokong berbilion orang dengan teknologinya setiap hari. Di rantau Asia Pasifik, Buhler Group mengekalkan pertumbuhannya dengan sokongan 10 kilang pengeluaran dan 30 pusat khidmat setempat. Pada 2015, Buhler Group mencapai jualan global sebanyak CHF 2.4 bilion, 33 peratus daripadanya disumbangkan daripada pasaran Asia, peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tahun 2014.

"Dalam industri bijirin dan makanan, 65 peratus daripada gandum seluruh dunia diproses menjadi tepung dengan peralatan pengisar kami. Pengeluaran dan pemprosesan bagi kebanyakan beras, coklat, dan bijirin sarapan di seluruh dunia bergantung pada peralatan dan teknologi Buhler," kata Dieter Voegtli. "Kami akan terus memenuhi permintaan harian untuk makanan dan makanan ternakan di rantau Asia Pasifik serta di seluruh dunia dengan teknologi dan penyelesaian pemprosesan kami."

Source: Buhler Group
Keywords: Agriculture Food/Beverages Trade show news