PARIS, 31 Mac 2016 /PRNewswire/ -- MAKE UP FOR EVER, jenama alat solek profesional untuk produk inovatif dan artistik yang dihasilkan untuk artis pentas profesional, jurusolek artis, dan penggemar alat solekan, mengumumkan satu kolaborasi artistik di seluruh dunia bersama bintang terkenal CHARLI XCX dan memperkenalkan kempen AQUA XL EYE PENCIL baharunya.
Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/7792251-make-up-for-ever-teams-up-with-charli-xcx/
Kemunculan pentas CHARLI XCX yang berani, artistik dan bertenaga mencerminkan semangat kreativiti MAKE UP FOR EVER serta persembahan koleksi AQUA XL. Pada tahun 2016, MAKE UP FOR EVER menyertai CHARLI XCX dalam semua persembahan serta hasil ciptaan artistiknya, bermula dengan konsert jelajah secara langsung serta karya seni solekan untuk klip video beliau. Menggunakan gandingan kata-kata dan bunyi yang luar biasa hebatnya, CHARLI XCX telah menulis beberapa lagu hit antarabangsa seperti "Fancy", "Boom Clap" serta "Break the rules", dan pernah menggubah lagu untuk artis terkenal seperti Iggy Azalea, Icona Pop dan Selena Gomez.
Rangkaian pilihan AQUA, yang telah lama digunakan oleh para artis dan jurusolek artis mereka, kini dikenali sebagai AQUA XL, menerobos kendala persembahan solekan dan membawanya ke tahap yang lebih tinggi. MAKE UP FOR EVER memberi nafas baharu kepada produk ikoniknya dengan formula berprestasi tinggi serba baharu: AQUA XL EYE PENCIL, rangkaian AQUA XL pertama dan dicipta khusus untuk keperluan para artis. AQUA XL EYE PENCIL sesuai untuk acara pementasan dan memberikan hasil solekan yang sempurna, kuasa pengekalan yang luar biasa dan keamatan warna yang tinggi. Selesa dan mudah diaplikasikan, formula AQUA XL EYE PENCIL yang mampu bertahan lama dan kalis air mampu bertahan untuk semua keadaan pentas dan amat sesuai untuk digunakan dalam kehidupan harian.
"Saya sukakan semangat kreativiti MAKE UP FOR EVER. Mereka mencipta produk yang membolehkan saya mencuba sesuatu yang baharu dan berasa bebas. Apabila saya mengenakan solekan, saya berasa seksi, sopan, klasik dan futuristik… perasaan yang berbeza-beza dirasai. MAKE UP FOR EVER bertenaga, bersemangat dan pelbagai. Saya boleh mengolah produk ini agar sesuai dengan mood saya. Itulah yang paling saya sukai." - Charli XCX
Latar Belakang MAKE UP FOR EVER:
Ditubuhkan pada tahun 1984 oleh jurusolek artis terkenal Dany Sanz, jenama ini menawarkan koleksi kegemaran golongan tertentu dengan warna yang terang dan berpigmen tinggi, bedak asas untuk muka dan tubuh yang mengagumkan serta formula artisan pakar untuk jurusolek artis profesional serta penggemar mekap di serata dunia. Jenama tersebut yakin "HIDUP INI PENTAS" dan setiap individu ialah artis dalam kehidupan mereka sendiri. Ketahui lebih lanjut: http://www.makeupforever.com
Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160330/349414
SUMBER MAKE UP FOR EVER