PETALING JAYA, Malaysia, 1 April 2016 /PRNewswire/ -- Dalam satu kenyataan hari ini, Pacific Mutual Fund Bhd, sebuah syarikat pengurusan pelaburan di bawah OCBC Group, dengan sumber dalaman untuk mengurus kedua-dua pelaburan tempatan dan global, menyatakan bahawa fokus pelaburannya kekal pada tema dividen dalam pemilihan saham.
Menurut ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai pelaburan dan pengarah eksekutif Pacific Mutual, Teh Chi-cheun, kebanyakan bank pusat dijangka mengekalkan dasar kewangan yang mengembang dalam menghadapi pertumbuhan global yang kurang memberangsangkan. Federal Reserve Amerika Syarikat telah menyemak semula arah panduan mereka di mana peningkatan kadar faedah kurang dari apa yang mereka gambarkan pada lewat tahun 2015.
"Dalam persekitaran kadar faedah yang rendah ini, dengan kadar negatif di beberapa negara, situasi mudah tunai yang kukuh hadir, dan ini menyebabkan pelabur cenderung terhadap pelaburan ekuiti. Kami tetap fokus pada tema dividen, terutamanya terhadap saham-saham yang mempamerkan kecenderungan pertumbuhan," kata Teh.
"Sentimen pasaran tempatan telah bertambah baik. Data yang lebih baik dapat dilihat dalam pendapatan korporat di mana bilangan pendapatan syarikat yang melepasi jangkaan melebihi bilangan syarikat yang pendapatannya tidak memenuhi jangkaan. Tambahan lagi, penurunan dalam perolehan saham (earnings per share (EPS)) telah memperlahan pada musim keputusan 4Q15. Matawang Ringgit telah mengukuh berbanding Dolar AS. Dalam aspek sektor domestik, kami memandang pada sektor pembinaan, utiliti dan sektor-sektor yang sahamnya cenderung membayar dividen seperti REIT (dana pelaburan hartanah) dan media," tambah Teh.
Dalam kenyataan yang sama, Pacific Mutual juga mengumumkan pengagihan pendapatan berjumlah RM38 juta untuk lima Dananya bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2016:
Pacific Pearl Fund |
- |
7.50 sen seunit |
Pacific Dana Aman |
- |
4.00 sen seunit |
Pacific Dana Murni |
- |
1.75 sen seunit |
Pacific Focus China Fund |
- |
2.00 sen seunit |
Pacific Cash Fund |
- |
0.40 sen seunit (agihan suku tahunan) |
PACIFIC MUTUAL FUND BHD adalah anak syarikat Lion Global Investors Limited (dahulu dikenali sebagai Lion Capital Management Limited), sebuah syarikat yang diperbadankan di Singapura pada tahun 1986. Kedua-dua Pacific Mutual dan Lion Global Investors adalah ahli OCBC Group. Pada akhir bulan Mac 2016, Pacific Mutual mengurus hampir RM1.5 bilion bagi pihak pelabur unit amanahnya dan pelanggan mandat persendirian.
HUBUNGAN MEDIA:
Cindy Leong 03 -- 7725 9877 sambungan 238 cindy@pacificmutual.com.my
Cindy Thean 03 -- 7725 9877 sambungan 226 cthean@pacificmutual.com.my