omniture

SMIT Holdings Limited Tersenarai di Papan Utama HKEx

SMIT
2016-04-01 16:56 551

HONG KONG, 1 April 2016 /PRNewswire/ -- Penyedia peranti keselamatan terkemuka untuk CAM seluruh dunia dan untuk mPOS di China, SMIT Holdings Limited ("SMIT Holdings" atau "Syarikat"), (kod saham: 2239), memulakan perdagangan di Papan Utama Bursa Saham Hong Kong Limited pada 30 Mac 2016.

Mr. Huang Xueliang ,Chairman of SMIT Holdings Limited at the listing ceremony at HKEx
Mr. Huang Xueliang ,Chairman of SMIT Holdings Limited at the listing ceremony at HKEx

SMIT Holdings memulakan jerayawara antarabangsanya pada 16 Mac. Seperti yang ditunjukkan daripada keputusan perumpukan semalam, saham didagangkan pada harga HK$3.78, menghampiri had atas julat harga tawarannya (HK$3.1-3.88 per syer). Untung bersih dianggarkan adalah sejumlah HK$251.6 juta. Permohonan untuk syer di bawah tawaran umum Hong Kong berjumlah kira-kira 18.51 kali bilangan syer asal yang tersedia untuk dilanggan di bawah tawaran awam Hong Kong, manakala tawaran antarabangsanya sedikit terlebih langgan.

SMIT Holdings Limited merupakan penyedia peranti keselamatan terkemuka untuk CAM seluruh dunia dan untuk mPOS di China. CAM (modul akses bersyarat) adalah peranti elektronik yang sekecil kira-kira saiz kad kredit, yang bertindak sebagai kunci untuk pengguna akhir membuka kandungan terenkripsi TV berbayar. mPOS (titik jualan mudah alih) adalah peranti pembayaran selamat yang membolehkan pengguna membuat urus niaga kad kredit serta debit dengan mudah menggunakan telefon pintar atau peranti pintar lain.

Syarikat itu memiliki kepakaran dan pengetahuan meluas dalam rekaan dan pembangunan cipset, algoritma, perisian, dan perkakasan keselamatan, selain kemampuan pengeluaran, pemasaran, dan jualan produknya. Oleh itu, Syarikat itu tersepadu secara menegak dan boleh membekalkan pelanggannya sendiri dengan peranti dan produk keselamatan menyeluruh yang memenuhi keperluan khusus mereka. Sejak ia mula-mula memasuki pasaran CAM pada tahun 2006 di Eropah Barat, Syarikat itu telah mengukuhkan kedudukan pasarannya dan berkembang pesat ke seluruh dunia.

Menurut Frost & Sullivan, Syarikat itu berada pada kedudukan pertama dalam pasaran CAM global pada tahun 2014 dengan syer pasaran sebanyak 48.7% mengikut jumlah jualan dan hasil; dan untuk separuh pertama tahun 2015, Syarikat itu berada pada kedudukan pertama dalam pasaran CAM global, dengan syer pasaran sebanyak 48.9% dan 49.6% masing-masing mengikut jumlah jualan, dan hasil. Pada Julai 2013, SMIT Holdings memasuki pasaran mPOS dalam PRC dan untuk mempelbagaikan serta memperluaskan perniagaannya dengan menggunakan kelebihan kepakaran dalam rekaan dan pembangunan cipset keselamatan untuk industri peranti keselamatan. Menurut Frost & Sullivan, SMIT Holdings merupakan pembekal mPOS kedua terbesar di China, dengan syer pasaran 6.6% dan 6.8% masing-masing untuk jumlah jualan pada tahun 2014 dan untuk separuh pertama tahun 2015.

Bercakap tentang masa hadapan, Pengerusi Smit Holdings, Encik Huang Xueliang berkata, "Kami benar-benar menghargai sokongan pelabur. Kejayaan penyenaraian ini merupakan pencapaian yang sempurna bagi proses tawaran global ini serta untuk permulaan baharu bagi kemajuan Syarikat ini pada masa hadapan."

Latar Belakang SMIT Holdings Limited

SMIT Holdings Limited merupakan penyedia peranti keselamatan terkemuka untuk akses penyiaran TV berbayar seluruh dunia dan untuk sistem pembayaran titik jualan mudah alih, atau mPOS, di China. Jenis produk utama Syarikat itu adalah CAM dan peranti mPOS. Menurut Frost & Sullivan, Syarikat itu merupakan penyedia CAM terbesar di seluruh dunia mengikut jumlah jualan serta hasil pada tahun 2014 dan untuk separuh pertama tahun 2015. Tambahan lagi, Syarikat itu merupakan pembekal mPOS kedua terbesar di China mengikut jumlah jualan pada tahun 2014 dan untuk separuh pertama tahun 2015.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Wonderful Sky Financial Group Limited

Connie Liu
Tel: (852) 3970 2290
po@wsfg.hk

Christina Hua
(852) 3970 2198
christinahua@wsfg.hk

Sindy Wong
(852) 3970 2257
sindywong@wsfg.hk

Faks: (852) 2598 1588

Penting:

1. Siaran berita ini adalah untuk tujuan makluman sahaja dan bukan atau melibatkan mana-mana saranan atau jemputan atau tawaran untuk pemerolehan, pembelian, atau langganan sekuriti Syarikat ini dan ia bukan juga saranan jualan sekuriti, jemputan atau tawaran untuk pemerolehan, pembelian, atau langganan sekuriti. Pelabur mesti membaca Prospektus Syarikat untuk maklumat terperinci tentang Syarikat dan semua tawaran yang diusulkan sebelum memutuskan sama ada mahu membeli atau tidak mana-mana sekuriti Syarikat. Permohonan untuk melanggan syer yang dirujuk dalam siaran berita ini oleh mana-mana orang perseorangan mesti dibuat hanya berdasarkan Prospektus dan borang permohonan yang dikeluarkan oleh Syarikat pada 16 Mac 2015.

2. Tiada permohonan untuk melanggan syer Syarikat boleh dibuat oleh mana-mana orang perseorangan dan permohonan ini tidak boleh diterima tanpa mengisi borang permohonan rasmi yang dikeluarkan bersama Prospektus atau mana-mana prosedur permohonan yang dikeluarkan bersama Prospektus dan berkenaan syer Syarikat.

Bukan untuk diedarkan, secara langsung atau tidak langsung, secara keseluruhan atau sebahagian, dalam atau ke dalam Amerika Syarikat atau kepada mana-mana warga A.S.

Siaran berita ini bukan tawaran untuk menjual atau tarikan untuk tawaran bagi membeli mana-mana sekuriti SMIT Holdings Limited ("Syarikat") di Amerika Syarikat atau dalam mana-mana negeri atau negara di mana tawaran, tarikan tawaran, atau jualan ini tidak dibenarkan.

Siaran berita ini adalah untuk tujuan makluman sahaja dan bukan tawaran atau jemputan untuk memberi tawaran oleh mana-mana orang untuk memperoleh, membeli, atau melanggan sekuriti Syarikat. Pelabur berpotensi mesti membaca prospektus yang dikeluarkan oleh Syarikat pada 16 Mac 2016 ("Prospektus") untuk maklumat terperinci tentang Tawaran Global itu.

Siaran berita ini bukan, dan tidak boleh dianggap sebagai, tawaran untuk menjual atau jemputan atau tarikan untuk tawaran bagi membeli atau melanggan sekuriti Syarikat di Amerika Syarikat atau di mana-mana bidang kuasa di mana ia menyalahi undang-undang tertakluk. Sekuriti Syarikat tidak pernah, dan tidak akan, didaftarkan di bawah Akta Sekuriti Amerika Syarikat 1933, mengikut pindaan ("Akta Sekuriti A.S."). Sekuriti Syarikat itu tidak boleh ditawarkan atau dijual di Amerika Syarikat tanpa pendaftaran di bawah Akta Sekuriti A.S. atau pengecualian tertakluk daripada syarat pendaftaran Akta Sekuriti A.S. Tiada tawaran awam sekuriti Syarikat boleh dibuat di Amerika Syarikat atau dalam mana-mana bidang kuasa di luar Hong Kong. Sekuriti Syarikat ditawarkan dan dijual di luar Amerika Syarikat dalam urus niaga luar pesisir bergantung kepada Peraturan S di bawah Akta Sekuriti A.S. Sekuriti yang dirujuk di dalam ini tidak pernah dan tidak akan didaftarkan di bawah Akta Sekuriti A.S. atau mana-mana undang-undang sekuriti negeri atau di bawah undang-undang sekuriti tertakluk di Australia, Kanada atau Jepun.

Siaran berita ini mengandungi kenyataan masa hadapan dan anda dinasihatkan agar tidak meletakkan kebergantungan tidak munasabah ke atas mana-mana kenyataan masa hadapan yang terkandung di dalam ini. Kami tidak menjamin mana-mana kenyataan masa hadapan ini adalah betul. Jangkaan yang diberikan dalam kenyataan masa hadapan ini tertakluk kepada perubahan dan kami tidak bertanggungjawab dan tidak akan mengemas kini atau membetulkan mana-mana kenyataan masa hadapan yang dinyatakan di dalam sini. Sekiranya tidak ditakrifkan di dalam ini, istilah berhuruf besar dalam pengumuman ini mempunyai makna yang sama seperti yang ditakrifkan dalam Prospektus.

SMIT Holdings Limited Global Offering Press Conference. From left to right: President Mr. Shuai Hongyu; Chairman Mr. Huang Xueliang; CFO Mr. Loong Manfred Man-tsum
SMIT Holdings Limited Global Offering Press Conference. From left to right: President Mr. Shuai Hongyu; Chairman Mr. Huang Xueliang; CFO Mr. Loong Manfred Man-tsum

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160331/0861602836-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160331/0861602836-b

Source: SMIT
Related Stocks:
HongKong:2239
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer/Electronics Electronic Components High Tech Security