omniture

UnionPay International dan Lapangan Terbang di Malaysia Bergabung Memberi Ganjaran kepada Pembeli

Syarikat pembayaran global melancarkan promosi hadiah-dengan-belian di lapangan terbang Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Langkawi.
UnionPay International
2016-04-04 23:13 530

KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 April 2016 /PRNewswire/ -- Pemegang Kad UnionPay akan berpeluang memiliki cenderamata kemasan tangan yang kaya dengan warisan Malaysia apabila mereka membeli-belah di empat lapangan terbang di Malaysia dari 1 April 2016. Pemegang Kad dengan nombor kad bermula dengan "62" boleh menantikan produk piuter Royal Selangor percuma apabila mereka berbelanja melebihi RM500.

 

Pengurus Besar Kanan MAHB Encik Mohammad Nazli & Pengurus Besar UPI Asia Tenggara Encik Wenhui Yang melancarkan promosi lapangan terbang Malaysia
Pengurus Besar Kanan MAHB Encik Mohammad Nazli & Pengurus Besar UPI Asia Tenggara Encik Wenhui Yang melancarkan promosi lapangan terbang Malaysia

 

Para pembeli di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi hanya perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM500 untuk menerima hadiah ikhlas  pemegang chopstick piuter dari ikon piuter Malaysia, Royal Selangor. Pembeli di KLIA dan KLIA2 boleh mendapatkan hadiah ikhlas pemegang kad nama Royal Selangor dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM1,500.

Untuk menuntut hadiah mereka, pembeli boleh mengumpul sehingga tiga resit pada hari yang sama untuk menebus hadiah eksklusif ini di lapangan terbang berkenaan. Promosi hadiah-dengan-belian ini bermula dari 1 April 2016 sehingga 30 Jun 2016.

Mr Wenhui Yang, Pengurus Besar UnionPay International Asia Tenggara berkata, "Tahun lepas, kami bekerjasama dengan MAHB untuk promosi 3 bulan di KLIA2 dan ia amat berjaya dengan penggandaan jumlah transaksi berbanding tahun sebelum. Itulah sebabnya kami gembira untuk menjadikannya lebih besar dan lebih baik kali ini, meluaskan promosi untuk merangkumi KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. "

"Kempen tahun ini dilancarkan pada saat kita melihat lonjakan pelancong yang melawat Malaysia. Trafik penumpang di keempat-empat lapangan terbang sahaja mencecah 57 juta pada 2015," tambah Encik Yang.

Beliau menjelaskan sebab UPI memilih piuter Royal Selangor sebagai cenderamata. "Royal Selangor adalah pembekal piuter berkualiti yang terulung di Malaysia dan jenama yang diiktiraf di seluruh dunia. Jenama ini telah bekerjasama dengan nama-nama mewah antarabangsa dan kekal sebagai lambang kerja tangan Malaysia. Pelawat dan penduduk tempatan akan teruja menerima hadiah seperti ini. Kami di UnionPay berusaha untuk sentiasa memberikan yang terbaik kepada para pelanggan kami di negara-negara tempat kami beroperasi," kata Yang. 

Mr Yang percaya UPI dan pelancongan Malaysia juga mampu menjadi rakan kongsi yang baik. "Asia Pasifik- destinasi pilihan kedua di dunia, berpotensi besar untuk pertumbuhan seterusnya. Seiring dengan peningkatan kadar pelancongan Malaysia, bilangan pelancong yang gemar menggunakan UnionPay apabila melakukan pembelian juga turut bertambah. Kadar penerimaan kad UnionPay di ATM tempatan adalah melebihi 90%, dan kadar penerimaan peniaga dijangkakan meningkat tahun ini. ". "

Pengukuhan penerimaan kad UnionPay di Malaysia memantapkan kepentingan perkongsian ini, menjadikannya tepat pada masanya dan akan menjana pengalaman membeli-belah yang lebih menarik di lapangan terbang.

Latar belakang UnionPay International

UnionPay International (UPI) memberi tumpuan kepada pertumbuhan dan menyokong perniagaan global UnionPay. Dalam perkongsian dengan lebih 1000 institusi di seluruh dunia, UPI telah membolehkan penerimaan kad di lebih 157 buah negara dan wilayah di luar tanah besar China dengan pengeluaran di 40 buah negara dan wilayah. Lebih daripada 5 bilion kad telah dikeluarkan di seluruh dunia. UPI menyediakan perkhidmatan pembayaran merentas sempadan yang berkualiti tinggi, kos efektif, dan selamat. Sebagai pusat kad ahli terbesar di dunia, UPI memastikan perkhidmatan tempatan dengan akses mudah kepada Pemegang Kad dan peniaga UnionPay global yang semakin bertambah.

Di ASEAN, UPI telah membolehkan ATM, penerimaan POS dan pengeluaran kad merentasi semua 10 buah negara. UPI memulakan perniagaan di Malaysia pada tahun 2006. kad UnionPay diterima di lebih 90% ATM dan pada hampir 60% peniaga tempatan.

Latar belakang Malaysia Airports

Malaysia Airports menguruskan dan mengendalikan 39 lapangan terbang di Malaysia dan satu lapangan terbang antarabangsa di Istanbul, Turki. 39 lapangan terbang di Malaysia terdiri daripada 5 antarabangsa, 16 domestik, dan 18 padang terbang (STOL Ports). Ia juga menyediakan pengurusan lapangan terbang dan perkhidmatan teknikal bagi pembangunan, operasi, penyelenggaraan dan pengurusan di lapangan terbang antarabangsa di luar negara. Pada 30 November 1999, Malaysia Airports menjadi syarikat lapangan terbang pertama disenaraikan di Asia.

Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), lapangan terbang perdana baru-baru ini dipilih sebagai Lapangan Terbang Besar Tahunan di Anugerah Kecemerlangan CAPA dalam Asia Pacific Aviation 2014. KLIA juga tiga kali dipilih sebagai Lapangan Terbang Terbaik (15-25 juta penumpang setahun) dalam anugerah AETRA 2005, anugerah ACI-ASQ 2006 dan anugerah ACI-ASQ 2007 sementara Terminal Penerbangan Tambang murah (LCCT-KLIA) dinamakan Lapangan Terbang Tambang murah Terbaik CAPA pada Anugerah Kecemerlangan Penerbangan CAPA 2006. Malaysia Airports juga mempunyai menerima pelbagai anugerah yang mengakui komitmennya dalam perkhidmatan, penglibatan masyarakat, tanggungjawab korporat dan kecemerlangan organisasi.

KLIA telah mengambil langkah besar dalam merealisasikan usaha untuk menjadi hab bersepadu global dengan melancarkan konsep Hab Generasi Masa Depan, satu inisiatif yang bertujuan untuk menjadikan lapangan terbang ultra-moden sebagai hab lengkap untuk semua. Terminal KLIA2 adalah khusus untuk syarikat penerbangan tambang murah dan yang terbesar di dunia telah dibuka pada Mei 2014.

MAHB disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Malaysia").

Untuk maklumat lanjut mengenai MAHB, sila layari www.malaysiaairports.com.my

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160331/8521602101

Source: UnionPay International
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Licensing/marketing agreements New products/services