DUBAI, UAE, 5 April 2016 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Pelanggan Global 2016 IBS Software dirasmikan hari ini di Ritz-Carlton, Dubai. Hampir 200 perwakilan yang mewakili lebih 50 syarikat penerbangan akan turut serta dalam sidang kemuncak selama empat hari itu, bermula hari ini. Acara tersebut akan menyaksikan seramai 60 penceramah membincangkan isu-isu penting yang mencorakkan industri pengangkutan udara dan logistik global menerusi hampir 25 sesi. Tunggak utama industri, pakar teknologi dan para pemikir akan berkongsi pandangan tentang beberapa cabaran kritikal yang dihadapi oleh industri dan memberi tumpuan kepada isu bagaimana kemajuan teknologi dapat dimanfaatkan bagi mengoptimumkan kos pengendalian seterusnya meningkatkan kadar pulangan. Tema sidang kemuncak ini ialah 'Berinovasi dalam Dunia yang Inovatif.' Para penceramah terdiri daripada Shashi Tharoor, mantan Penolong Setiausaha Agung PBB & mantan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, India; Harish Manwani, Penasihat Eksekutif Global di Blackstone; William Cavendish, Naib Presiden Strategi Pengedaran - Jualan Global di Emirates Airlines; Flo Lugli, Pengasas dan Ketua di Navesink Advisory Group LLC; Rohit Verma, Pengarah Eksekutif Cornell Institute for Healthy Futures; Roger Liew, mantan Ketua Pegawai Maklumat dan Naib Presiden Kanan Orbitz Worldwide; Ali Sredar Yakut, Ketua Teknologi Maklumat dan Pegawai Transformasi Turkish Airlines; dan juga Pablo Castillo, Ketua Pegawai Maklumat di Hoteplan.
Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160404/798292
Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20121122/577929
Para penceramah daripada IBS ialah Pengerusi Eksekutif V K Mathews dan Ketua Pegawai Eksekutif Rajiv Shah. Sidang kemuncak ini dianggap sebagai salah satu perhimpunan perwakilan syarikat penerbangan yang terbesar bagi sebuah acara yang dianjurkan oleh syarikat teknologi individu.
"Kita berada dalam era digital dengan kepesatan perubahan yang sukar dijangka manakala cabaran perniagaan hanya dapat diatasi melalui peluang perniagaan yang wujud untuk syarikat-syarikat yang cukup tangkas berkembang dan beradaptasi terhadap teknologi yang inovatif dan kuasa pasaran yang mengendala. Pada masa yang sama, pelanggan dilihat semakin sofistikated dan inginkan lebih tumpuan diberikan terhadap kualiti serta penyediaan produk dan ini menyebabkan syarikat-syarikat peneraju memilih satu pendekatan yang lebih berfokuskan pelanggan, dalam masa yang sama terus memenuhi kehendak pihak berkepentingan," kata V K Mathews yang mengulas lebih lanjut tentang tema sidang kemuncak tersebut.
IBS yang baru-baru ini menerima pelaburan ekuiti persendirian bernilai $170 juta daripada Blackstone, berada di peringkat global dengan mempunyai hampir 3,000 ahli profesional di sembilan buah pejabat dan menyediakan produk perisian generasi baharu untuk beberapa syarikat penerbangan terbaik dunia, lapangan terbang paling sibuk, syarikat pelayaran terkemuka, pengedar pelancongan utama dan juga syarikat minyak & gas terbaik.
Maklumat lanjut tentang IBS disediakan di http://www.ibsplc.com
Sebarang pertanyaan media, sila hubungi
Bratati Ghosh
Ketua Pegawai Pemasaran, IBS
bratati.ghosh@ibsplc.com