omniture

Oil Insurance Limited (OIL) Isytihar Dividen $200 Juta dan Muktamadkan Penulisan Semula Pelan Pengkadaran & Premium

Oil Insurance Limited (OIL)
2016-04-05 13:35 383

HAMILTON, Bermuda, 5 April 2016 /PRNewswire/ --

OIL mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Pemegang Saham 2016 pada hari Khamis, 31 Mac di Fairmont Southampton Hotel serta melaksanakan semakan dan kelulusan untuk penyata kewangan tahunan 2015 serta pemilihan barisan pengarah.

Bagi tahun 2015, OIL memperoleh pendapatan underait sebanyak $56.7 juta. Selepas mengambil kira pendapatan pelaburan bersih dan perbelanjaan pentadbiran, pendapatan bersih OIL bagi tahun tersebut berjumlah $30.9 juta. Bagi mendapatkan maklumat tambahan tentang keputusan kewangan 2015 OIL, sila layari http://www.oil.bm untuk melihat penyata kewangan kami yang telah diaudit. Selepas menyemak kedudukan kewangan untuk akhir tahun itu, pihak pemegang saham meluluskan penyata kewangan tersebut dan melantik semula KPMG sebagai juruaudit untuk tahun fiskal 2016.

Selain itu, Syarikat melaporkan Lembaga Pengarah AGM telah mengisytiharkan dividen dalam jumlah agregat $200 juta kepada semua pemegang saham seperti yang dicatatkan pada 1 Januari 2016 yang perlu dibayar pada 16 Jun 2016 hasil daripada kejayaan kewangan berterusan OIL dan juga kedudukan kewangannya yang kukuh. Akhir sekali, pihak pemegang saham meluluskan perubahan yang ditulis semula dalam Pelan Pengkadaran & Premium termasuk pemansuhan Pelan Premium Retrospektif Legasi serta bahasa tunggal untuk perlindungan Kenderaan Air yang kini telah dihentikan.

Bertil C. Olsson, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, mengulas, "Oil Insurance Limited komited dalam memberikan nilai jangka panjang untuk setiap ahlinya dengan menawarkan had polisi yang signifikan dengan terma dan syarat yang luas, memberi lebihan pulangan balik melalui kredit premium serta dividen apabila wajar serta mempertimbangkan kemungkinan perlindungan tambahan bagi meningkatkan proposisi nilai keseluruhan sebagai seorang ahli."

George Hutchings, Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Operasi menyatakan, "Tahun ini menandakan selesainya transformasi yang bermula pada tahun 2006 terhadap usaha bersama dan pembaikpulihan cara kerja OIL. Usaha ini bermula dengan menyusun semula perlindungan terhadap ribut OIL dan merangkumi perubahan dalam hampir setiap aspek operasinya termasuk Perjanjian Pemegang Saham, Pelan Pengkadaran & Premium, rangka kerja Pengurusan Modal OIL, Polisi dan kaedah asas OIL dalam mempromosikan syarikatnya kepada kumpulan brokeraj serta industri tenaga. Bermula pada tahun 2016, Lembaga Pengarah dan Pengurusan OIL akan melengkapkan kitar Perancangan Strategik yang akan berfokus kepada cara terbaik bagi meningkatkan proposisi nilai keseluruhan syarikat itu untuk lima tahun akan datang."

Setelah AGM ditangguhkan, Lembaga Pengarah bertemu dan memilih Roberto Benzan sebagai Pengerusi Lembaga manakala Theo Guidry dilantik sebagai Naib Pengerusi.

Roberto Benzan, selaku Pengerusi yang baru dilantik mengulas, "Dividen sebanyak $200 juta itu memperlihatkan komitmen pihak Lembaga untuk mengembalikan nilai kepada pemegang saham OIL apabila tindakan sedemikian wajar dilakukan. Beliau terus menambah "OIL fokus terhadap keperluan khusus para pemegang saham, sambil mengekalkan kedudukan platform yang kukuh dan mantap bagi menyediakan produk dan juga perkhidmatan kami. Platform tersebut masih kukuh sepanjang 44 tahun sejarah syarikat."

Maklumat lanjut tentang perlindungan hartanah OIL dan nilai yang berkaitan, sila ke http://www.oil.bm.

Oil Insurance Limited (OIL) menginsuranskan lebih $2.9 trilion aset tenaga global untuk lebih lima puluh ahlinya yang memiliki had hartanah sehingga $400 juta yang berjumlah lebih $19 bilion bagi kapasiti hartanah bertaraf-A. Ahli-ahlinya terdiri daripada syarikat-syarikat tenaga awam dan persendirian bersaiz sederhana dan besar yang memiliki aset harta fizikal bernilai sekurang-kurangnya $1 bilion serta penarafan gred pelaburan atau yang setaraf dengannya. Produk yang ditawarkan termasuk Hartanah (Kerosakan Fizikal), Ribut, Pencemaran Tak Berperingkat, Kawalan Telaga, Keganasan, Siber, Pembinaan dan juga Kargo. Sektor industri yang dilindungi oleh OIL termasuk sektor Penemuan & Penghasilan Luar Pesisir dan Darat, Penapisan dan Pemasaran, Petrokimia, Perlombongan, Saluran Paip, Utiliti Elektrik dan sektor perniagaan tenaga lain yang berkaitan.

Sumber: Oil Insurance Limited (OIL)

Source: Oil Insurance Limited (OIL)
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Oil/Energy Utilities Dividends