omniture

Nexen Tire Menduduki Tempat Keempat dalam Segmen Kereta Penumpang Menurut Kajian Kepuasan Pelanggan Tayar OE J.D. Power

- Nexen Tire berada pada kedudukan keempat daripada dua belas jenama tayar dalam segmen Kereta Penumpang
- Keputusan kajian menunjukkan pertumbuhan Nexen Tire yang memberangsangkan
Nexen Tire
2016-04-05 18:31 3957

SEOUL, Korea Selatan, 5 April 2016 /PRNewswire/ -- Nexen Tire, pengeluar tayar global terkemuka, mengumumkan yang syarikat itu menduduki tempat keempat daripada dua belas jenama tayar dalam segmen Kereta Penumpang untuk Kajian Kepuasan Pelanggan Tayar Peralatan Asli J.D. Power, seraya menandakan peningkatan yang banyak dalam kepuasan pelanggan berbanding tahun lepas.

 "Keputusan kajian ini menunjukkan pertumbuhan Nexen Tire yang memberangsangkan," kata Nexen Tire. Syarikat itu turut menambah yang, "Melalui pelaburan berterusan dalam penyelidikan & pembangunan, Nexen Tire akan terus memperbaiki kualiti dan teknologi produk agar dapat meningkatkan kepuasan pelanggan sedunia dan menjadi pemain global utama dalam kalangan pengeluar tayar."

Faktor utama berhubung dengan kepuasan tayar dalam kajian ini terdiri daripada 'Pemanduan Tayar', 'Cengkaman dan Pengendalian Tayar', 'Kehausan Tayar', dan 'Rupa Tayar'. Nexen Tire meningkat 82 mata dalam faktor 'Kehausan Tayar' daripada kajian tahun 2015, dan ini merupakan peningkatan signifikan. Faktor ini merupakan faktor terpenting bagi pelanggan berbanding semua faktor kepuasan tayar, yang membawa kepada peningkatan dalam kepuasan pelanggan bagi produk syarikat itu tahun ini.

J.D. Power merupakan syarikat perkhidmatan maklumat pasaran global, yang sangat dikenali untuk penyelidikan kepuasan pelanggannya dalam kualiti kereta baharu. Kajian Kepuasan Pelanggan Tayar Peralatan Asli A.S. tahun 2016 dibuat berdasarkan maklum balas daripada 31,977 pemilik asal untuk kenderaan tahun model 2014 atau 2015 dari Oktober hingga Disember 2015. Untuk maklumat lanjut tentang kajian itu, lawati http://bit.ly/1qgheKS. Objek kajian itu merangkumi 12 jenama tayar; Bridgestone, Continental, Dunlop, Firestone, Goodyear, Hankook, Kumho, Michelin, Nexen, Pirelli, Toyo, dan Yokohama.

Sementara itu, Nexen Tire kini memiliki empat kemudahan penyelidikan canggih di Korea, China, Amerika Syarikat, dan Eropah, dan tiga kilang pengeluaran; dua di Korea dan satu lagi di Qingdao, China. Pada Oktober 2015, syarikat itu memulakan pembinaan kilang pengeluaran tayar baharu di Zatec, Republik Czech, yang bakal mempunyai sistem pengautomasian yang paling maju serta teknologi mesra alam. Pengendalian komersil dijangka akan bermula pada 2018.

Latar Belakang Nexen Tire
Nexen Tire, ditubuhkan pada 1942, merupakan pengeluar tayar global yang beribu pejabat di Yangsan, Wilayah Gyeongsang Selatan, dan di Seoul, Korea Selatan. Nexen Tire, salah satu pengeluar tayar yang paling pesat berkembang di dunia, bekerjasama dengan 491 pengedar yang berada dalam 141 negara seluruh dunia (setakat Julai 2015) dan memiliki tiga kilang pengeluaran – dua di Korea (Yangsan dan Changnyeong) dan satu di Qingdao, China. Satu lagi kilang di Zatec, Republik Czech akan mula beroperasi pada 2018. Nexen Tire mengeluarkan tayar untuk kereta penumpang, SUV, dan trak ringan dengan teknologi canggih serta kecemerlangan rekaan. Syarikat itu turut memfokus kepada pengeluaran tayar UHP, berdasarkan teknologi maju. Nexen Tire membekalkan tayar OE kepada pembuat kereta global di banyak negara di seluruh dunia. Pada 2014, syarikat itu membolot 4 anugerah rekaan terpenting dunia untuk kali pertama dalam kalangan pelbagai pembuat tayar di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.nexentire.com.

Source: Nexen Tire
Related Links:
Keywords: Auto Transportation Survey, Polls & Research