omniture

ThinkandGo Buat Pertama Kali Memperkenal Skrin Terhubung Berbilang Pembayaran untuk Pasaran Asia di Cards Asia 2016 Singapura 20-21 April - Pusat Konvensyen Suntec Reruai #G04E

ThinkandGo
2016-04-06 15:05 99

MARSEILLE, Perancis, 6 April 2016 /PRNewswire/ -- Berikutan kejayaan pelancarannya di AS dan Eropah, Think&Go kini fokus terhadap Asia bagi memperkenalkan skrin pembayaran terhubung yang dirancang sempena acara Cards Asia yang bakal diadakan di Singapura.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160405/351625 )

Skrin pembayaran terhubung ialah hasil inovasi terkini yang mengubah skrin papan tanda digital kepada terminal titik jualan berbilang peniaga dan berbilang pembayaran yang sebenar bagi membuka saluran jualan serta pengedaran baharu di jalan-jalan, stesen kereta api, stesen Metro, Lapangan Terbang, pusat membeli belah… Pengunjung acara tersebut dapat merasai sendiri betapa mudahnya membuat pembayaran tanpa sentuh terus pada skrin, hanya dengan gerak isyarat mudah yang kurang daripada satu saat menggunakan telefon bimbit NFC mereka atau melalui kad bank tanpa sentuh, tanpa perlu memuat turun sebarang aplikasi. Kaedah pembayaran yang revolusioner ini juga dapat berfungsi untuk semua kaedah pembayaran mudah alih terkini termasuk Apple Pay, Samsung Pay dan juga Android Pay.

"Asia, dengan saiz kelompok pemasangan yang besar bagi papan tanda tanpa sentuh dan digital, merupakan satu peluang hebat untuk skrin pembayaran terhubung. Keperluan untuk berhubung dengan pengguna melalui imej pada skrin digital menjadi semakin penting. Bahkan, sejak 20 tahun lalu, penggunaan skrin tradisional belum berkembang maju: ia menonjolkan imej berdefinisi lebih tinggi, namun skrin kekal pasif dengan hanya sedikit atau tanpa sebarang interaksi dengan pengguna. Melalui skrin terhubung pertama ini, kami memperkenalkan teknologi terkini yang pertama yang dapat mengubah dan memudahkan seluruh pengalaman pengguna. Dengan skrin generasi baharu yang mengintegrasikan kaedah pembayaran tanpa sentuh, kita melangkah ke dimensi serba baharu: Dagangan melalui skrin (#SCREENCOMMERCE)," kata Vincent Berge, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Think&Go. "Kaedah pembayaran pada skrin menjadikannya saluran jualan ketiga selepas Mudah Alih dan Internet yang mengubah seluruh tabiat membeli belah pengguna berasaskan gerak hati: ia bakal merevolusikan perdagangan dan juga e-dagang," tambah beliau.

Video skrin pembayaran terhubung: https://vimeo.com/channels/connectedscreens/148032072

Latar Belakang Think&Go: Diasaskan pada tahun 2010 dan beribu pejabat di Marseille, Perancis selain mempunyai pejabat di Singapura, Think&Go ialah pencipta skrin terhubung (2 paten dan 15 anugerah Antarabangsa). Pada tahun 2015, ThinkandGo menjalinkan perkongsian dengan Ingenico Group bagi melancarkan Skrin Terhubung Berbilang Pembayaran, Berbilang Peniaga iaitu teknologi terkini yang dapat merevolusikan aktiviti perdagangan dengan menjadikannya lebih mudah dan lebih sesuai berbanding sebelum ini yang membolehkan pengguna membayar produk mereka melalui kad bank tanpa sentuh serta telefon bimbit.

Hubungi        

contact@thinkandgonfc.com                              

http://www.thinkandgonfc.com    

Source: ThinkandGo
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology New products/services Trade show news