omniture

Miles Software Berada di Kedudukan #1 Bagi Kategori Penyelesaian Perbankan Swasta dalam Senarai Kategori Jualan IBS 2016

Miles Software Solutions Pvt ltd
2016-04-06 15:17 465

MUMBAI, India, DUBAI, UAE dan MAKATI, Filipina, 6 April 2016 /PRNewswire/ -- Miles Software, pakar teknologi dalam industri Pengurusan Kekayaan dan Aset, hari ini mengumumkan MoneyWare®, produk kebanggaannya untuk penyelesaian Pengurusan Kekayaan dan Aset berada di kedudukan pertama untuk penarafan sistem perbankan swasta tahunan dalam senarai Kategori Jualan IBS. Daripada 300 pelanggan di seluruh dunia, 27 kejayaan pengguna baharu dicatatkan bagi tahun 2015 manakala lebih 36 buah bank sudah pun menggunakan MoneyWare® untuk perniagaan pengurusan kekayaan dan pelaburan mereka.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160405/351747LOGO )

Senarai Kategori Jualan IBS tahunan ini adalah satu bahagian penting dalam IBS Journal dan diakui sebagai penanda aras untuk aktiviti jualan dalam sistem perbankan antarabangsa. Secara keseluruhannya, terdapat kira-kira 60 pembekal yang bersaing dalam tiga kategori iaitu Perbankan Universal, Perbankan Borong dan Perbankan Swasta. Setiap penyertaan telah diteliti untuk mengesahkan jika ia adalah jualan baharu dan jika pemilihan dibuat melalui bidaan yang kompetitif.

"Kami amat berbangga kerana berada di kedudukan teratas dalam senarai kategori ini ketika pertama kali tersenarai tahun ini. Kejayaan ini adalah satu pengesahan terhadap kegigihan dan komitmen kami terhadap kejayaan pelanggan di seluruh rantau ini. Penghargaan ini juga menjadi bukti terhadap usaha gigih kami bagi menjadi vendor teknologi pilihan dalam sektor perbankan swasta di seluruh dunia," kata Milan Ganatra, CEO Miles Software.

Latar Belakang IBS Intelligence dan Senarai Kategori Jualan IBS

IBS Intelligence dan produk kebanggaannya, IBS Journal ialah sumber penting untuk berita, penyelidikan dan analisis yang bebas serta mendalam bagi pasaran teknologi kewangan.

Senarai Kategori Jualan IBS (IBS Sales League Table) diiktiraf dunia sebagai penanda aras untuk aktiviti jualan dalam sistem perbankan antarabangsa. IBS membuat pengesahan bagi setiap penyertaan; pembaharuan dan pelanjutan lesen kepada sistem dalam bank tidak diambil kira.

Latar Belakang Miles Software Solutions Pvt. Ltd.

Ditubuhkan pada tahun 1999, Miles Software ialah pakar teknologi perkhidmatan kewangan untuk industri pengurusan Kekayaan dan Aset di seluruh dunia. Penyelesaian kami yang hebat dan luas membolehkan pelanggan digital kami mengembangkan hubungan, menawarkan perkhidmatan khusus pelanggan dan meningkatkan hasil serta Aset Di Bawah Pengurusan. Produk kebanggaan kami, MoneyWare®, menyediakan perkhidmatan kitar hayat yang lengkap untuk perniagaan Pengurusan Kekayaan dan Aset termasuk CRM, Pengurusan Portfolio & Hasil, Mobiliti dan juga Pelaporan.

Miles Software memperkasa lebih 300 pelanggan perkhidmatan kewangan yang berada di 17 buah negara dan penyelesaian kami membantu pelanggan menginovasi produk dengan pantas serta berkesan selain membantu menarik minat khalayak global.

Hubungan Media:
Cik Nithya Kalyani Mahesh
Penolong Naib Presiden -- Pemasaran, Saluran & Kerjasama
Tel: +91-22-66518478
E-mel: nithya.mahesh@milessoft.com 

Source: Miles Software Solutions Pvt ltd
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Survey, Polls & Research