omniture

Vivo Lancarkan Telefon Pintar V3 dan V3Max bagi Menyediakan Pengalaman Audio-visual yang Lebih Lancar

Vivo
2016-04-06 18:30 485

MUMBAI, India, 6 April, 2016 /PRNewswire/ -- Jenama telefon pintar terkemuka, Vivo dengan rasminya mengumumkan pelancaran telefon pintar V3 dan V3Max di persidangan pelancaran produknya di Mumbai, India pada 5 April.

  • Operasi Lebih Pantas dengan 4GB RAM
  • Pengecasan sepantas lima minit untuk putaran lagu selama dua jam
  • Kerangka logam yang dipertingkat dengan reka bentuk senipis 7.55 hingga 7.58mm
  • Pembukaan kunci telefon dengan cap jari yang lebih pantas
  • Bunyi dengan kualiti Hi-Fi
  • Rakaman gambar yang amat pantas

Bagi melihat hebahan multimedia penuh, klik di sini: http://www.prnasia.com/mnr/vivo1604_my.shtml

 

 

Telefon Pintar Kemegahan Baharu Vivo V3 & V3Max: Kepantasan berganda
Telefon Pintar Kemegahan Baharu Vivo V3 & V3Max: Kepantasan berganda

Sebagai sebahagian daripada Siri V 2016 Vivo, V3 dan V3Max mempunyai reka bentuk selongsong telefon logam sepenuhnya yang bergaya, bukan sekadar menjamin ketahanannya, malah menjadikan telefon itu lebih nipis iaitu dengan ketebalan 7.55 hingga 7.58mm.

Selain daripada luarannya yang bergaya, telefon pintar baharu ini mensasarkan untuk memberikan pengalaman menonton video dan mendengar audio yang lebih cekap, lancar dan menarik buat para pengguna telefon moden di seluruh dunia.

V3Max menyediakan 4GB RAM dengan CPU Okta-Teras Snapdragon untuk mempertingkat kestabilan dan kepantasan prestasi yang 100% lebih baik berbanding versi sebelumnya. Kamera telefon mengambil masa hanya 0.7 saat untuk aktif dan menampilkan teknologi PDAF untuk memberi fokus pada objek dalam masa 0.1 saat. Gabungan skrin 5.5 inci yang lebih luas, kamera tersebut menawarkan pengalaman tontonan gambar dan video yang terbaik.

Selain itu, hasil daripada teknologi inovatifnya yang menjimatkan kuasa serta ciri-ciri pengecasan yang pantas, telefon pintar ini dapat memainkan lagu selama dua jam hanya selepas pengecasan selama lima minit. V3 dan V3Max ini kedua-duanya dilengkapi cip Hi-Fi AK4375 VIVO yang memberi kualiti audio Hi-Fi untuk fungsi main semula lagu dan video.

Siri V ini turut memperkenalkan ciri membuka kunci telefon dengan cap jari yang pantas dengan sistem pengecaman sentuhan cap jari 360 darjah yang amat pantas yang membaca cap jari dalam masa hanya 0.5 saat dan ini menjadikan telefon pintar tersebut berfungsi lebih pantas serta lebih bertindak balas, dan pada masa yang sama menyediakan dua tahap keselamatan serta privasi.

"Bermula dengan reka bentuk perkakasan hingga pengoptimuman perisian, kelebihan utama V3 dan V3Max ialah penggunaan yang lebih pantas, antara muka yang lebih lancar dan tahap keselamatan maklumat yang dipertingkat," kata Alex Feng, ketua pegawai pemasaran Vivo. "Pada masa yang sama, Vivo juga berusaha untuk memberikan pengalaman Hi-Fi yang menarik dan pintar buat pengguna telefon yang muda dan bertenaga."

V3 dan V3Max Vivo bakal dilancarkan di lapan buah negara: India, Malaysia, Thailand, Filipina, Vietnam, Myanmar, Indonesia dan China.

Latar Belakang Vivo

Sebuah jenama telefon pintar global yang berjiwa muda dan bertenaga, fokus dalam memperkenalkan kualiti bunyi yang sempurna dan reka bentuk menarik berserta teknologi terkini, Vivo menghasilkan produk yang dinamik serta bergaya untuk mereka yang berminda terbuka dan bersemangat.

Video -  http://static.prnasia.com/pro/media/201604/vivio/Video.mp4
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160406/0861602908

Source: Vivo
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications Wireless Communications New products/services