omniture

Giorgio Armani Berinovasi dengan Mewujudkan Sì Women's Circle

GIORGIO ARMANI Fragrances International
2016-04-06 20:37 256

PARIS, 6 April 2016 /PRNewswire/ -- Selepas kejayaan video digital The Courage to Say Sì, ruang dialog semakin terbuka untuk golongan wanita daripada segenap lapisan masyarakat di seluruh dunia yang terhubung apabila menemui kekuatan dalaman untuk mengatakan Sì kepada impian mereka, Sì kepada diri mereka sendiri serta mempunyai keberanian dan juga komitmen untuk menghidupkan nyalaan rasa dalam diri mereka.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/uk/7800051-giorgio-armani-innovates-si-womens-circle/  

Sì Women's Circle ialah platform dialog terbuka wanita yang memberi peluang kepada mereka untuk berkongsi kisah mereka serta "Sì" mereka antara satu sama lain. 

Bagi edisi pertama Sì Women's Circle's, 5 orang wanita dari serata dunia yang mengatakan "Sì", menceritakan kisah hidup mereka menerusi 5 buah video menarik yang disediakan melalui laman sesawang jenama tersebut, YouTube serta rangkaian sosial.

Giorgio Armani berikan ruang untuk bersuara kepada wanita masa kini.

Charlotte Ranson: Charlotte ialah seorang coryphée bersama Paris Opera Ballet. Beliau mula menari sejak berusia empat tahun dan menumpukan hidup terhadap minatnya. Beliau komited terhadap seni tari pada setiap saat dan setiap hari serta terus terdorong untuk mengekspresi diri beliau melalui gerak tari.

Cecile Schmollgruber: Cecile menetap di San Francisco dan ialah pengasas Stereolabs, perintis dalam membangunkan penyelesaian 3D yang telah mencipta kejayaan hebat dalam bidang pembikinan filem Amerika, selain turut digunakan dalam sektor perubatan dan barangan harian. Dalam dunia yang didominasi oleh golongan lelaki dan bersifat amat teknikal ini, tidak syak lagi, Cecile berjaya menempa nama.

Helena Rizzo: Helena, seorang wanita Brazil yang tinggal di Sao Paulo ditakdirkan untuk bekerja dalam bidang seni bina. Namun begitu, beliau menuruti minatnya terhadap seni kulinari dan kini memiliki restorannya sendiri. Dinobatkan sebagai Cef Terbaik pada tahun 2014, beliau berasa gembira kerana memilih untuk mendengar kata hatinya.

Kee-Yoon Kim: Berketurunan Korea yang dilahirkan di Berlin Korea dan memiliki kerjaya sebagai peguam yang berjaya di Paris, suatu hari, Kee-Yoon memutuskan untuk menjadikan impiannya satu kenyataan: iaitu menjadi seorang pelawak, menulis skrip pentas dan membuat persembahan. 

Yuja Wang: Seorang pemain piano berbangsa Cina yang tinggal di New York, Yuja mula bermain piano sejak berusia enam tahun.

Guru pianonya memberitahu tangan beliau terlalu kecil untuk beliau menjadi seorang pemain piano profesional. Namun begitu, Yuja tidak berputus asa dan kini merupakan seorang pemain piano luar biasa yang tersohor di seluruh dunia, yang meniti kehidupan dengan impiannya, melalui pelancongan dan muzik, sedari awal lagi. Beliau kekal menjadi diri beliau, amat meminati fesyen dan mengekalkan imej beliau ketika berada di atas pentas mahupun di luar pentas.

http://photos.prnewswire.com/prnh/20160401/350453

Source: GIORGIO ARMANI Fragrances International
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics Corporate Social Responsibility Women-related news