omniture

AdAsia Holdings Mulakan Operasi Perniagaan Di Singapura

-AdAsia berhasrat untuk mempromosikan perniagaan pemasaran global dan pembangunan produk pengiklanan TV generasi akan datang
AdAsia Holdings
2016-04-07 10:00 504

SINGAPURA, 7 April 2016 /PRNewswire/ - Asia Holdings Pte. Ltd. (AdAsia), syarikat pengiklanan yang paling pantas berkembang di Asia, telah mula beroperasi di Singapura, menyediakan perkhidmatan pemasaran global dan pembangunan produk pengiklanan TV generasi akan datang.

Latar belakang tentang Permulaan Perniagaan

KDNK dan pasaran pengiklanan berkembang dengan pesat di kebanyakan negara Asia. Paling ketara, permintaan untuk penyampaian iklan ke China dan negara-negara Asia Tenggara dari luar negara juga meningkat. Selain itu, walaupun pasaran pengiklanan TV ini besar, peralihan kepada dunia digital memang dijangkakan dalam setiap pasaran.

Pada masa ini, terdapat sebilangan kecil syarikat yang boleh memahami pemasaran digital dan pasaran tempatan di berbilang negara, atau yang boleh merancang dan mengendalikan kempen pemasaran serantau yang berkesan. Keadaan ini telah membawa kepada penubuhan AdAsia Holdings, sebuah syarikat pemasaran global, yang bertujuan untuk membangunkan bukan hanya pengiklanan TV tradisional, tetapi juga produk iklan TV generasi akan datang.

Pembangunan Masa Depan

AdAsia membangunkan penyelesaian baharu secara berturut-turut dalam bidang pengiklanan digital di Asia dan berhasrat untuk menjadi pemimpin dan pemacu pertumbuhan pasaran pengiklanan di negara-negara di seluruh Asia. Syarikat itu mempunyai matlamat untuk disenaraikan di bursa saham dalam tempoh tiga tahun.

Latar belakang Kosuke Sogo, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas

Pada tahun 2012 Kosuke Sogo menyertai anak syarikat MicroAd Vietnam, MicroAd Vietnam Joint Stock Company, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Tiga tahun kemudian, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah MicroAd di enam negara, beliau menyumbang kepada penubuhan dan pertumbuhan perniagaan di negara-negara Asia Tenggara iaitu Singapura, Filipina, Indonesia, Thailand dan Malaysia.

Latar belakang Otohiko Kozutsumi, Ketua Pegawai Operasi & Pengasas

Pada tahun 2009 Otohiko Kozutsumi menyertai Nobot Inc., sebuah syarikat baharu rangkaian iklan telefon pintar, dan pernah terlibat dalam pengembangan perniagaan dan luar negara syarikat itu, dengan menyumbang kepada perolehan mediba Inc. Pada Disember 2013 beliau mengambil bahagian dalam perancangan MicroAd Vietnam dan sebagai Ketua Pegawai Operasi beliau telah menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan ini di Vietnam dan Asia Tenggara.

Profil Syarikat

Nama Syarikat:

AdAsia Holdings Pte. Ltd.

Ketua Pegawai Eksekutif:

Kosuke Sogo

Lokasi:

34F, 77 Robinson Road, Singapore 068896

URL:

http://adasiaholdings.com/

Butiran Perniagaan: Pembangunan perniagaan pemasaran global, Perniagaan pengiklanan internet dan pembangunan platform pengiklanan generasi akan datang

Pertanyaan Mengenai Siaran ini

Hubungi: Otohiko Kozutsumi
Emel: press@adasiaholdings.com
Nombor telefon: +65 6809 2111   

Source: AdAsia Holdings
Keywords: Advertising Internet Technology Publishing/Information Service Corporate Expansion