omniture

"Kelebihan Ahli" dengan Marriott Rewards melalui Penempahan Terus

Ahli Marriott Rewards menerima Wi-Fi, harga, dan mata terbaik merentasi portfolio jenama global
Marriott International
2016-04-07 11:12 595

HONG KONG, 7 April 2016 /PRNewswire/ -- Bermula April 2016, Marriott International akan memperkenalkan Kadar Ahli Marriott Rewards, kadar baharu yang dirangka eksklusif bagi memberi ganjaran kepada ahli setia yang menempah secara terus melalui Marriott.com, app kami yang mudah digunakan, melalui pusat panggilan, atau melalui profesional pelancongan korporat terpilih kami untuk mendapat menerima faedah secara automatik. Kadar Ahli Marriott Rewards digandingkan dengan faedah lain yang khas untuk ahli sahaja, termasuklah mata kesetiaan, pendaftaran masuk dan keluar mudah alih, dan Wi-Fi percuma merentasi portfolio pelbagai jenama seperti The Ritz-Carlton, JW Marriott, Renaissance Hotels, Marriott Hotels, Courtyard by Marriott, dan banyak lagi.

"Marriott Rewards sangat menghargai ahli kami yang setia, jadi untuk meningkatkan lagi pengalaman perjalanan mereka, kami kini menawarkan kadar eksklusif kepada ahli yang menempah secara terus," kata Peggy Fang Roe, Ketua Pegawai Jualan & Pemasaran, Asia Pasifik di Marriott International. " Kami juga ingin semua orang tahu yang anda tidak perlu melayari laman web pelancongan lain untuk mencari kadar yang terbaik bagi semua hotel kami. Untuk kadar yang terendah bagi semua penginapan dalam portfolio hartanah Marriott, anda hanya perlu menyertai Marriott Rewards dan membuat tempahan terus."

Tahun lepas, Marriott bermula dengan kempen perintis pendidikan digital -- It Pays to Book Direct – yang ditonton lebih enam juta kali di YouTube. Kadar Ahli Marriott Rewards membuktikan lagi yang membuat tempahan secara terus memang sangat berbaloi.

Kadar ahli ini, yang boleh didapati secara meluas mulai 11 April dan dengan akaun Marriott Rewards percuma, merupakan faedah terkini dalam siri ganjaran yang ditawarkan syarikat itu sebagai penghargaan untuk kesetiaan para ahlinya. Komponen lain program kesetiaan itu termasuklah:

Jaminan Kadar Terbaik: Semua pengunjung dapat menikmati faedah jaminan kadar terbaik syarikat itu. Jika pengunjung menjumpai kadar yang lebih rendah dalam masa 24 jam selepas membuat tempahan terus, Marriott akan menyamainya, malah memberikan lagi diskaun tambahan sebanyak 25%.

Daftar Masuk dan Keluar Mudah Alih: Semasa ahli menempah penginapan melalui saluran Marriott, mereka boleh mengambil kesempatan daripada app Marriott Mobile untuk mempercepatkan ketibaan serta dartaf keluar dengan hanya satu klik. App ini membenarkan ahli memilih masa ketibaan, menerima pemberitahuan apabila bilik mereka sudah sedia, mendaftar keluar dengan peranti mudah alih, dan banyak lagi.

Wi-Fi Percuma: Dalam dunia yang sentiasa hidup dan terhubung ini, Ahli Marriott Rewards yang membuat tempahan terus akan sentiasa menerima Wi-Fi percuma sepanjang penginapan mereka.

Akses dan Pengalaman: Selain itu, Ahli Marriott Rewards di Asia Pasifik akan menerima peluang untuk menghadiri acara eksklusif untuk ahli sepanjang tahun. Ini termasuklah majlis tertutup dengan pasukan semasa temasya NBA Global Games China, lawatan pengalaman aktiviti holistik untuk program kanak-kanak Marriott Rewards MAX!, demonstrasi masakan semasa Taste of Hong Kong, Festival Restoran Terhebat Dunia dan jemputan menghadiri Hong Kong Rugby Sevens Week.

Kadar Ahli Marriott Rewards dan faedahnya boleh didapati untuk penginapan hotel yang ditempah di salah satu daripada lebih 4,200 hotel yang menyertai di seluruh dunia. Kadar baharu ini juga ditawarkan melalui akaun korporat serta rakan kongsi ejen pelancongan terpilih.

Latar Belakang Marriott Rewards 

Marriott Rewards merupakan program kesetiaan Marriott International yang memenangi anugerah yang melibatkan 17 jenama dan lebih 4,200 hartanah seluruh dunia. Marriott Rewards boleh disertai secara percuma dan tidak mempunyai tarikh halang guna dan ahli boleh mengumpul serta menebus mata di hartanah Marriott International seluruh dunia dan di rakan kongsi mewah eksklusif Marriott Rewards, The Ritz-Carlton®. Ahli juga boleh menebus mata untuk mata penerbangan kerap, persiaran, sewa kereta, barangan, dan banyak lagi. Dengan menjadikan ganjaran mudah diakses dengan pendekatan yang moden dan mudah, Marriott Rewards terus mendahului industri ini. Marriott Rewards telah memenangi Anugerah Freddie untuk "Program Ganjaran Hotel Terbaik di Benua Amerika" selama lapan tahun lepas dan sudah dua kali memenangi Anugerah Perjalanan Kerap untuk "Program Ganjaran Hotel Terbaik." Selain itu, program itu telah diiktiraf sebagai program ganjaran hotel terbaik oleh para pembaca majalah U.S. News & World Report, About.com, Business Traveler, Global Traveler, Executive Travel dan BusinessWeek. Untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut tentang Marriott Rewards, para pengunjung boleh melawat MarriottRewards.com.

Latar Belakang Marriott International 

Marriott International, Inc. (NASDAQ: MAR) merupakan syarikat penginapan terkemuka global yang berpejabat di Bethesda, Maryland, AS, dengan lebih 4,400 hartanah di 87 negara dan wilayah. Marriott International melaporkan hasil sebanyak lebih $14 bilion dalam tahun fiskal 2015. Syarikat itu mengendalikan dan memfrancaiskan hotel serta melesenkan resort pemilikan percutian bawah 19 jenama, termasuk: The Ritz-Carlton®, BVlgari®, EDITION®, JW Marriott®, Autograph Collection® Hotels, Renaissance® Hotels, Marriott Hotels®, Delta Hotels and Resorts®, Marriott Executive Apartments®, Marriott Vacation Club®, Gaylord Hotels®, AC Hotels by Marriott®, Courtyard®, Residence Inn®, SpringHill Suites®, Fairfield Inn & Suites®, TownePlace Suites®, Protea Hotels® dan Moxy Hotels®. Marriott sudah sedia teriktiraf sebagai majikan yang terbaik dan kerana etika perniagaannya yang unggul. Syarikat itu juga mengurus program kesetiaan tetamu yang memenangi anugerah, Marriott Rewards® dan program The Ritz-Carlton Rewards®, yang memiliki ahli sejumlah hampir 55 juta orang. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila lawati laman web kami di www.marriott.com, dan untuk berita syarikat terkini, lawati www.marriottnewscenter.com.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160205/8521600770LOGO-a

Source: Marriott International
Related Stocks:
NASDAQ:MAR
Related Links:
Keywords: Advertising Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services