KARLSRUHE, Jerman, 8 April 2016 /PRNewswire/ -- Penerbangan berpemandu perdana dengan Multicopter dunia yang pertama diperakui, Volocopter VC200 e-volo ini, menandakan permulaan era baharu dalam mobiliti bandar. Volocopter adalah kenderaan udara peribadi yang begitu mudah dan selamat untuk terbang, sesiapa sahaja dapat mengendalikannya. Oleh kerana perejangan elektriknya, ia tidak mempunyai pelepasan paip ekor dan ia sangat senyap. Buat pertama kali, impian manusia untuk penerbangan peribadi sebagai rutin harian menjadi realiti. Oleh itu ia bukan sahaja menawarkan penggunaan yang lebih meluas dalam domain pesawat udara konvensional, tetapi membawa kita selangkah lebih dekat kepada perkhidmatan teksi udara dan keseluruhan sistem pengangkutan dalam dimensi ketiga.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160405/351793 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160405/351794 )
Volocopter VC200 menerima 'permit untuk terbang' sebagai pesawat udara ultraringan daripada pihak berkuasa penerbangan Jerman pada bulan Februari 2016. Dalam konteks program ujian yang dimulakan, e-volo telah mula menjalankan penerbangan berpenumpang. Penampilan perdana dunia penerbangan multikopter diperakui yang bersejarah ini telah dilakukan oleh pengarah urusan e-volo Alexander Zosel pada 30 Mac 2016 di sebuah lapangan terbang kecil di Selatan Jerman.
Dengan kawalan penerbangannya yang inovatif, pesawat udara berlepas dan mendarat menegak (VTOL) ini amat mudah untuk diterbangkan. Volocopter ini dipandu sebelah tangan dengan kayu bedik tunggal dan menyebabkan pengurangan ketara punca utama kemalangan maut menggunakan helikopter konvensional: kecuaian manusia. Bagi membuktikan ciri ini, Zosel melepaskan tangannya daripada kayu bedik untuk memberikan tepukan kepada pasukannya semasa penerbangan perdana, manakala Volocopter secara automatik mengekalkan kedudukannya. Konsep kelewahan komprehensif mengimbangi sebarang kegagalan disebabkan komponen kritikal termasuk kerosakan beberapa motor. Elemen ini telah ditunjukkan secara menyeluruh semasa proses pensijilan.
Jualan bagi Volocopter akan bermula pada 2018.
Untuk maklumat lanjut (termasuk rakaman yang berkualiti tinggi dan gambar-gambar percuma) lawati http:// press.volocopter.com, http://www.youtube.com/user/Volocopter dan http://www.volocopter.com.
Hubungi: Kathrin Mohr, +49721754000-0, kathrin.mohr@volocopter.com