omniture

Fragrance Du Bois Bersinar di Majlis Diraja

Fragrance Du Bois
2016-04-08 15:57 1295

KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 April 2016 /PRNewswire/ -- Fragrance Du Bois berbesar hati kerana diberi peluang menjadi sebahagian daripada sambutan ulang tahun perkahwinan ke-25 bagi Tuanku Sultan Pahang dan Tuanku Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom. Acara gilang-gemilang ini diadakan pada hari Isnin 14 Mac 2016, bertempat di Mayang Sari Ballroom, di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur.

Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Mu'adzam Shah dan Sultanah Hajjah Kalsom binti Abdullah.
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Mu'adzam Shah dan Sultanah Hajjah Kalsom binti Abdullah.

Acara ini dianjurkan jenama barang kemas mewah, CERES, serta rakan kongsi elit lain seperti Tourism Malaysia, YTL Corporation, Altelia Amani, Wedding Ministry, The Wee Folk dan Rosy Ahluwalia. Sesuai dengan temanya 'Ziryab Musiqa', para tetamu menikmati malam penuh gilang gemilang gabungan budaya, dan dihangatkan dengan persembahan Timur Tengah dan Bollywood yang memukau.

Fragrance Du Bois gembira kerana dapat mempersembahkan minyak wangi Oud mewah mereka kepada 520 tetamu jemputan yang hadir, termasuklah pasangan diraja ulang tahun perak itu, Sultan Haji Ahmad Shah dan Sultanah Hajjah Kalsom binti Abdullah. Turut berkenan untuk mencemar duli semasa acara gah ini ialah Yang Amat Mulia Tunku Dara Tan Sri Naquiah Tuanku Jaafar dan Yang Amat Mulia Tunku Mudzaffar Tunku Mustapha, ahli keluarga diraja Pahang, serta Ratu Miss Universe Malaysia semasa, ratu kecantikan dahulu dan kini, serta ramai tetamu VIP lain.

Johanna Tabuyo, Pengarah Jualan & Pengendalian Fragrance Du Bois, bersama dua Tetamu Kehormat -- Yang Amat Mulia Tunku Mudzaffar Tunku Mustapha dan Yang Amat Mulia Tunku Dara Tan Sri Naquiah Tuanku Jaafar -- dan Steve Watts, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital
Johanna Tabuyo, Pengarah Jualan & Pengendalian Fragrance Du Bois, bersama dua Tetamu Kehormat -- Yang Amat Mulia Tunku Mudzaffar Tunku Mustapha dan Yang Amat Mulia Tunku Dara Tan Sri Naquiah Tuanku Jaafar -- dan Steve Watts, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital

"Kami amat berbesar hati kerana keluarga diraja berkenan mencemar duli untuk bersama-sama kami, dan kerana mendapat peluang untuk menyertai acara yang sangat berprestij ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital Malaysia, Steve Watts. "Minyak Oud sudah dikenali sebagai salah satu minyak pati paling mahal di dunia, dan sehingga kini, ia telah menjadi lambang budaya Islam di Malaysia. Keseluruhan rangkaian minyak wangi Fragrance Du Bois mengandungi minyak Oud yang mampan dan 100% tulen, dan juga bahan lain yang mewah dan disumberkan secara mampan. Secara dasarnya, semua ciptaan kami boleh digambarkan sebagai "minyak wangi untuk golongan diraja". Bagi pihak Fragrance Du Bois dan Asia Plantation Capital," akhiri beliau, "kami ingin merafak sembah tahniah kepada Tuanku Raja dan Permaisuri Pahang sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-25."

Hadirin mencuba wangian yang halus seni buatannya daripada Fragrance Du Bois
Hadirin mencuba wangian yang halus seni buatannya daripada Fragrance Du Bois

Fragrance Du Bois juga bertuah kerana berpeluang mempamerkan koleksi Shades Du Bois dan Prive mereka sepanjang malam itu, di samping jenama rakan kongsi lain yang kini boleh didapati secara eksklusif di Asia Tenggara. Tiga pemenang cabutan bertuah menerima minyak wangi Fragrance Du Bois eskpresi enigma, Oud Noir Intense, serta minyak wangi Oud Jaune yang optimis dan hebat, dan juga satu set lilin wangi yang cantik.

Nota kepada Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-

Zaahira Muhammad 
Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran Kanan, Malaysia
E-mel: zaahira@asiaplantationcapital.com
Pejabat: +60 122 035 344

Samantha Tham 
Eksekutif Pemasaran, Singapura
E-mel: samantha.tham@asiaplantationcapital.com
Telefon Bimbit: +65 9144 0933

Latar Belakang Fragrance Du Bois 

Fragrance Du Bois merupakan syarikat wangian Perancis yang dilahirkan daripada hubungan menakjubkan antara dua dunia; dunia perladangan kayu gaharu (Oud) yang mampan dengan kilang penyulingan di Asia Tenggara, dan juga dunia seni wangian Perancis yang tiada tolok bandingnya, yang mengekalkan warisan Grasse, Perancis.

Syarikat wangian nic ini kini boleh didapati di Paris, Singapura, Kuala Lumpur, Bangkok, dan Dubai – dan mempunyai perancangan untuk membuka cawangan di Doha, Geneva, dan London dalam bulan-bulan akan datang.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160317/8521601768-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160317/8521601768-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160317/8521601768-c

Source: Fragrance Du Bois
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail