omniture

Al Jazeera Beri Tumpuan Khusus pada Oud ketika Asia Plantation Capital Memainkan Peranannya

Asia Plantation Capital
2016-04-08 16:19 455

HONG KONG, 8 April 2016 /PRNewswire/ -- Dalam satu siri program yang melibatkan paparan dokumentari, penyiar dan rangkaian berita antarabangsa, Al Jazeera, menumpukan perhatiannya kepada bahan ajaib yang dikenali dengan pelbagai nama iaitu agarwood, gaharu dan Oud.

Ladang Pokok Aquilaria Asia Plantation Capital di Thailand.
Ladang Pokok Aquilaria Asia Plantation Capital di Thailand.

Merupakan warisan dalam acara keagamaan dan budaya jutaan manusia, Oud terkenal dengan sifatnya yang menyihatkan, menghasilkan haruman yang mengagumkan dan berupaya memberikan ketenangan fikiran. Ini menjadikan ia sangat dicari-cari dan permintaan terhadapnya kini mengatasi bekalan sehingga menyebabkan berlakunya dagangan haram di pasaran gelap.

Keratan rentas Pokok Aquilaria yang dijangkiti.
Keratan rentas Pokok Aquilaria yang dijangkiti.

Asia Plantation Capital diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat ladang lestari yang terkemuka di dunia dan telah menyelamatkan spesies pokok Aquilaria (sumber bagi mendapatkan Oud) yang berada di ambang kepupusan. Asia Plantation Capital telah melaburkan jutaan dolar dalam penyelidikan dan pembangunan berkaitan yang telah mencipta teknologi proprietari untuk mengembalikan spesies tersebut ke habitat semula jadinya selain membangunkan perniagaan yang lestari dan beretika.

Gerard McGuirk, Pengarah Asia Plantation Capital Hong Kong, bercakap kepada Al-Jazeera dalam satu temubual.
Gerard McGuirk, Pengarah Asia Plantation Capital Hong Kong, bercakap kepada Al-Jazeera dalam satu temubual.

Dalam paparan dokumentari beliau, Ali Mohamed Al-Woozain daripada Al Jazeera membawa kita mengembara dalam satu penemuan yang digambarkan oleh beliau sebagai "gelap" dan "indah", menelusuri hubungan beliau dengan Oud sejak kecil. Dalam persembahan kewartawanan penyiasatan yang hebat ini, Ali menyelongkar aktiviti perdagangan yang bermula sejak beribu-ribu tahun dahulu yang kini menjadi mangsa aktiviti perdagangan yang tamak dan rakus.

Mesej yang disampaikan adalah amat jelas. Permintaan terhadap minyak Oud dan semua produk sampingannya adalah amat tinggi, manakala bekalannya semakin berkurangan. Keperluan untuk menangani keadaan ini menjadi sangat penting dan Asia Plantation Capital memperlihatkan komitmennya dalam menyediakan sumber minyak Oud yang beretika dan lestari kepada pasaran yang sentiasa menanti-nantikannya.

Dokumentari oleh Ali Mohamed Al-Woozain memaparkan keadaan semasa industri yang bernilai berbilion-bilion dolar yang diselubungi mitos dan misteri. Berasal dari Qatar, Oud sentiasa menjadi sebahagian daripada hidup Ali dalam upacara kebudayaan dan keagamaan, namun beliau mengakui hanya mengetahui sedikit sahaja tentang sumbernya. Kembara pencarian yang membuka mata dan mengetuk pintu hatinya itu membawa beliau menjelajah ke seluruh dunia, termasuk Malaysia, dan ke salah sebuah ladang Asia Plantation Capital. Penjelajahan inilah yang dikongsikan bersama-sama para penonton.

Dengan lebih 100 buah ladang di serata dunia, Asia Plantation Capital memberi jaminan minyak Oudnya 100% tulen, semula jadi dan berkualiti tertinggi selain diperoleh daripada sumber yang diketahui. Asia Plantation Capital mengetahui dengan pasti sumber Oud tersebut memandangkan syarikat itu menanam sendiri pokok tersebut di ladang yang dimiliki dan diurus sendiri, dengan bertunjangkan kesedaran alam sekitar dan tanggungjawab sosial korporat yang sudah seharusnya menjadi sebahagian daripada amalan perniagaan moden.

Perkara yang terpenting sekali ialah semua Oud yang dihasilkan oleh Asia Plantation Capital mendapat pengesahan rasmi oleh pelbagai pihak, termasuk CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Fauna dan Flora Liar). Pokok Aquilaria berada dalam senarai spesies terancam CITES sejak akhir abad ke-20, namun dengan adanya Asia Plantation Capital, pokok tersebut tumbuh subur dalam keadaan yang terkawal dan dilindungi di ladang yang diurus dengan penuh kepakaran.

Asia Plantation Capital ialah sebuah syarikat yang merangkul pelbagai anugerah yang berbangga dengan kisah 'Dari Tanah, Menjadi Minyak, Untukmu' yang membekalkan minyak Oud istimewanya kepada syarikat minyak wangi Perancis Fragrance Du Bois serta pengguna industri yang lain.

Hasil ciptaan Fragrance Du Bois menjadi buah mulut dalam industri minyak wangi manakala butik utamanya di Singapura, Kuala Lumpur dan Bangkok semakin menarik minat yang tinggi daripada industri. Fragrance Du Bois pertama kali memperkenalkan rangkaian produknya yang hebat di Paris pada bulan Februari 2016 dan kini meraih kedudukan yang tetap di ibu kota haute parfumerie dunia. Aspek utama dalam model perniagaan Asia Plantation Capital ialah kolaborasi dan kerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa bagi menjamin pasaran serta mendapatkan saluran pengedaran produk untuk minyak Oud yang dihasilkannya. Ini membolehkan syarikat tersebut memaksimumkan pulangan kepada pihak berkepentingan, seterusnya menjana lebih banyak modal untuk membuat pelaburan semula.

Dalam satu laporan berita berkaitan nasib pokok Aquilaria di Hong Kong, Sarah Clarke daripada Al Jazeera melaporkan kegiatan pembalakan haram di salah satu kawasan terakhir ladang gaharu.

Mujurlah, sekali lagi, Asia Plantation Capital telah campur tangan dalam perlanggaran undang-undang itu, dan kini mengurus serta mengawal pokok-pokok tersebut yang memberikan namanya kepada Hong Kong ('Pelaburan Harum'). Pembalak haram sewenang-wenangnya menebang beberapa batang pokok yang tinggal, membawa kepada kawalan keselamatan yang dipertingkatkan untuk spesies berharga itu. Harapan baharu menjelma semula daripada campur tangan Asia Plantation Capital dan komitmennya terhadap usaha pemuliharaan.

Industri ini berprofil tinggi dan mempunyai impak dalam ramai individu pelbagai budaya berbeza di seluruh dunia, namun ia tidak begitu diketahui umum. Ia sesuatu yang sangat menggembirakan apabila Al Jazeera memilih untuk memberikan komitmen dalam mendidik orang ramai tentang salah satu bahan yang paling jarang ditemui dan paling ajaib di bumi ini. Sama seperti komitmen Asia Plantation Capital dalam peranannya untuk memastikan industri ini terus beretika dan lestari, serta minyak Oud pula akan terus wujud untuk generasi akan datang.

Tonton video daripada Al Jazeera di sini:

Wangian Syurga

Penyokong pemuliharaan Hong Kong gesa selamatkan gaharu

Nota untuk Editor:

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:

Zaahira Muhammad
Eksekutif Kanan Perhubungan Awam & Pemasaran
E-mel: zaahira@asiaplantationcapital.com
Pejabat: +60 122 035 344

Samantha Tham
Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran
E-mel: samantha.tham@asiaplantationcapital.com
Tel. Bimbit: +65 9144 0933

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Asia Plantation Capital Group ialah pengurus ladang lestari dan syarikat pengurusan yang merangkul pelbagai anugerah, dengan projek merentasi empat buah benua iaitu di Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Kemboja, Sri Lanka, Vietnam, Amerika Utara, Afrika serta Eropah dan mempunyai tenaga kerja global melebih 2,000 kakitangan.

Dengan memfokuskan projek ladang komersial dan perniagaan menegak bersepadu yang menawarkan kombinasi faedah antara komersial, alam sekitar dan masyarakat, ia merupakan salah satu pengeluar terbesar bagi minyak oud, kayu gaharu dan buluh masa kini – ia terbukti dengan pembukaan terkini kilang pemprosesan gaharu terbesar di Asia Tenggara serta pejabat yang baru ditubuhkan di Geneva, Switzerland.

Merupakan peneraju pasaran dalam industri ini, Lembaga Penasihat Saintifiknya terdiri daripada ahli akademik dan pakar terkemuka dari pelbagai negara (China, Thailand, Malaysia, India, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu) yang bersama-sama membangunkan dan mempatenkan teknologi serta sistem yang terunggul dalam industri ini.

Latar Belakang Fragrance Du Bois

Fragrance Du Bois ialah syarikat minyak wangi khusus dan mewah yang dilahirkan daripada inti pati alam semula jadi terunggul, menghasilkan minyak wangi yang diolah oleh pakar wangian generasi kelima sejak tradisi Perancis Grasse abad ke-17. Semua minyak wangi Fragrance Du Bois dihasilkan menggunakan minyak Oud 100% asli dan organik serta bahan-bahan daripada sumber lestari lain, daripada ladang yang diurus syarikat yang memenangi anugerah, Asia Plantation Capital.

Kini boleh didapati di Paris, Singapura, Kuala Lumpur, Bangkok, Dubai, Fragrance Du Bois merancang untuk berkembang ke Doha, Geneva dan London beberapa bulan akan datang

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160321/8521601824-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160321/8521601824-b
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160321/8521601824-c

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Cosmetics & Personal Care Entertainment Film & Motion Picture Household/Consumer/Cosmetics Publishing/Information Service