omniture

Peralatan VR, UAV dan Kereta Konsep Elektrik Faraday Bakal Membuat Kemunculan Semasa Ekspo Teknologi Maklumat China 2016

China Electronic Exhibition and Information Communication Co., Ltd
2016-04-08 19:20 309

SHENZHEN, China, 8 April 2016 /PRNewswire/ -- Ekspo Teknologi Maklumat China Ke-4 2016 (CITE 2016) akan diadakan mulai 8 April hingga 10 April 2016 di Shenzhen di Pusat Pameran dan Konvensyen Shenzhen.  Dengan lebih 1,700 pempamer, Ekspo itu akan meliputi topik dalam generasi pembangunan teknologi maklumat dan keusahawanan baharu, mempamerkan keseluruhan rantaian maklumat elektronik dalam industri.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160407/352642

Salah satu produk yang paling dinanti-nantikan adalah kereta konsep elektrik pertama keluaran Faraday Future, syarikat automobil tenaga baharu yang berpejabat di California, sementara dalam sektor UAV pula, peneraju pasaran DJI, Flypro, dan AEE akan menawarkan pengunjung pengalaman yang lebih menyeluruh keluaran terbaharu mereka.

Antara sorotan lain pameran itu termasuklah realiti maya (VR), realiti luasan (AR), perkakas kediaman pintar, bateri litium, dan kenderaan tenaga baharu. Tambahan lagi, pameran itu akan mengadakan sesi perbincangan penting untuk menggalakkan pembangunan robot dengan kepintaran buatan.

Alibaba, Aispeech, LeTV, TCL, Hisense, Tencent dan Baidu hanya sebahagian daripada jenama terkemuka yang bakal menghadiri ekspo ini, dan mereka semua akan mempamerkan produk dan teknologi terkini mereka dalam bidang termasuk IoT (Internet Semua Benda), pengkomputeran awan, paparan panel rata, pengeluaran pintar, dan perkakas kediaman pintar.

"CITE merupakan pihak berkuasa utama dalam industri maklumat elektronik China," kata Encik Chen Wenhai, ketua setiausaha jawatankuasa penganjur CITE. "Matlamatnya adalah untuk mempromosikan produk dan teknologi inovatif serta membangunkan platform untuk paparan dan komunikasi yang boleh kami gunakan untuk menghubungkan industri maklumat elektronik China dengan dunia dan merangsang lebih banyak peluang perniagaan."

Selain itu, CITE 2016 akan mengadakan pelancaran produk, seminar dan forum industri, yang menghimpunkan pakar, usahawan, dan pegawai kerajaan.

Latar Belakang CITE

Sebagai pameran maklumat elektronik terbesar Asia, CITE (Ekspo Teknologi Maklumat China) dianjurkan Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MITT) China dan Pentadbiran Perbandaran Shenzhen.

Ekspo tahun ini akan meliputi topik seperti: Internet Semua Benda dan keselamatan maklumat; paparan panel rata termasuk LED dan skrin sentuh; pengeluaran pintar dan percetakan 3D; robot perindustrian dan sistem pintar; perkakas pintar; tenaga baharu seperti bateri litium dan kereta tenaga baharu, serta komponen elektronik.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: http://www.citexpo.org/en/

Hubungi

Jennifer Zhou
E-mel: zhoujuan@ceac.com.cn
Telefon: 86-10-5166 2329 samb. 37
Jawatankuasa Penganjur CITE/China Electronic Appliance Corp.   

Source: China Electronic Exhibition and Information Communication Co., Ltd
Keywords: Auto Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Transportation Trade show news