omniture

Inter Lubric China 2016 bakal diadakan di Guangzhou mulai 20-22 September

INTEX Shanghai Co., Ltd.
2016-04-08 22:00 300

SHANGHAI, 8 April 2016 /PRNewswire/ -- Setelah kejayaan pamerannya di Shanghai pada tahun 2015, Inter Lubric China bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-17. Pameran Pelincir dan Teknologi Antarabangsa China (Inter Lubric China) kali ke-17 akan diadakan di Kompleks Pameran Import dan Eksport Guangzhou China bermula pada 20 hingga 22 September 2016.

Ditaja oleh SINOPEC Lubricant Company, PetroChina Lubricant Company dan CCPIT Shanghai, serta dianjurkan oleh Intex Shanghai, Inter Lubric China diadakan setiap tahun di Beijing, Guangzhou dan juga Shanghai sejak lebih 17 tahun lalu, berjaya menarik lebih 2,000 pempamer termasuk SINOPEC, PetroChina, ExxonMobil Chemical, Shell, Fuchs, Caltex, GS Oil, INEOS, G-Energy, BASF, Chemtura, Dow, Lubrizol, HUNTSMAN, Croda, Henkel, LUKOIL, ENI,SK, Afton, Valvoline, Total, WD-40, ENEOS, AMALIE, Emery, Petromin, Sephan Oil, SASOL, MicRos, LOPAL, HANDI, NACO, Jama dan LiuGong. Lebih 70,000 pengunjung profesional yang terdiri daripada pengeluar, peniaga, pengedar dan juga pengguna telah mengunjungi pameran tersebut. Inter Lubric China diiktiraf sebagai pameran jenama paling berwibawa, berskala besar, bertaraf antarabangsa dan profesional dalam industri pelincir.

Barang pameran terdiri daripada produk pelincir automotif dan produk penyelenggaraan bahan kimia automotif, minyak dan gris pelincir untuk industri, pelincir dan cecair kerja logam, bahan antikarat, bahan tambahan pelincir dan minyak asas, sistem pelincir dan jentera, pembungkusan, peralatan pengisian dan pencampuran untuk penghasilan bahan pelincir, perkhidmatan ujian, kawalan kualiti, kitar semula, teknologi penilaian dan peralatan untuk produk pelincir, pelincir peribadi, khidmat nasihat dan juga perhubungan media.

Inter Lubric China juga menawarkan pelbagai program sampingan yang berkualiti, berkaitan trend industri, teknologi dan pemasaran. Sejak 15 tahun lalu, terdapat lebih 80 seminar dan persidangan diadakan semasa pameran tersebut. Inter Lubric China 2016 akan membawakan lebih banyak acara premium:

  1. Persidangan Pelincir, Minyak Asas & Bahan Tambahan Antarabangsa China 2016
  2. Program Pemadanan antara Peniaga dan Pengedar Pelincir
  3. Pameran Usahawan Industri Pelincir 2016
  4. Forum Pembangunan Teknologi Kerja Logam China
  5. Kursus Latihan Pelincir Antarabangsa 2016

Latar Belakang Inter Lubric China:  

Pameran Pelincir dan Teknologi Antarabangsa China (Inter Lubric China) kali ke-17 akan diadakan di Kompleks Pameran Import dan Eksport Guangzhou China bermula pada 20 hingga 22 September 2016.

Hubungi Kami:

Miss Apple Gu
TEL: +86-21-6295-2132
FAKS:  +86-21-6278-0038
E-MEL: guyuan@intex-sh.com 
Laman Sesawang: www.interlubric.com

Source: INTEX Shanghai Co., Ltd.
Keywords: Auto Chemical Machinery Mining/Metals Trade show news