omniture

Omnicom Media Group Umumkan Maklumat tentang Rangkaian Ketiga

Omnicom Media Group
2016-04-09 14:43 124

NEW YORK, 9 April 2016 /PRNewswire/ -- Omnicom Media Group, bahagian perkhidmatan media Omnicom Group Inc. (NYSE: OMC) hari ini mengumumkan pelancaran rangkaian agensi ketiganya, Hearts & Science.

Hearts & Science diilhamkan oleh para pemasar yang mencari kelebihan perniagaan dalam dunia pemasaran digital tersuai khusus, di mana CRM (Pengurusan Perhubungan Pelanggan) dan saluran boleh alamat tertumpu, dan keputusan perlu dibuat dalam masa nyata untuk menentukan capaian berkesan dan menghantar pesanan yang betul pada masa yang tepat.  Direka untuk memaklumkan strategi jenama dengan maklumat terperinci masa nyata, Hearts & Science ialah agensi yang dipacu data dengan keupayaan perancangan media dan belian yang mahir, selain perkhidmatan lain termasuk pemasaran pembeli, inovasi pemasaran dan pengaktifan kandungan.

"Dengan penambahan Hearts & Science, Omnicom Media Group mempunyai tiga jenama agensi berbeza yang fokus dalam memacu hasil perniagaan pelanggan," kata Daryl Simm, Ketua Pegawai Eksekutif, Omnicom Media Group.  "OMD merupakan agensi media terbesar di dunia dan penerima anugerah yang paling kreatif; PHD ialah peneraju global dalam perancangan komunikasi; Hearts & Science akan sangat berfokus kepada pemasaran yang dipacu data.  Ketiga-tiga rangkaian agensi ini mendapat manfaat daripada skala penuh sumber pengaktifan dan pembelian Omnicom Media Group dan platform data dan analitik Annalect yang meneraju industri."

Hearts & Science memulakan operasi di Amerika Utara pada bulan ini dengan Procter & Gamble sebagai pelanggan sulungnya, dan Scott Hagedorn selaku Ketua Pegawai Eksekutifnya.

Hagedorn memegang tampuk kepimpinan di Hearts & Science selepas lima tahun berfungsi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pengasas Annalect.  Ketika memimpin usaha mengintegrasi data merentasi berbilang agensi rangkaian Omnicom, Hagedorn telah mula mereka visi Hearts & Science, sebuah perusahaan yang digambarkannya sebagai penghubung antara sains pemasaran dan perhubungan pelanggan."

 "Oleh kerana pemasaran dipacu data dan analitik amalan penonton dalam media massa telah beranjak daripada amalan sampingan kmenjadi amalan teras, industri ini tidak boleh mengenepikan kepentingan peranan kandungan dalam membina hubungan antara jenama dan pelanggan," kata Hagedorn.  "Hearts & Science direka untuk melindungi keseimbangan ini dan meningkatkan hubungan antara maklumat dan emosi, menggabungkan perancangan dipacu data dan amalan pembelian dengan rekaan kandungan, penghantaran dan pengoptimuman terancang merentasi semua titik sentuh."

Di Annalect, Hagedorn diganti oleh Slavi Samardzija sebagai Ketua Pegawai Eksekutif global dan Erin Matts selaku Ketua Pegawai Eksekutif Amerika Utara.  Samardzija dan Matts beralih ke jawatan mereka sekarang daripada jawatan masing-masing sebelum ini selaku Ketua Pegawai Analitik dan Ketua Pegawai Pemasaran Annalect.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Hearts & Science Kathleen Brookbanks yang menyertai agensi baharu itu daripada rangkaian bersaudaranya OMD, agensi ini akan memulakan operasi kemudahan Pusat Dagangan Dunia 7 dengan kakitangan seramai 175 orang, satu bilangan yang dijangka bakal meningkat kepada 300 orang menjelang suku ketiga tahun ini; pejabat baharu akan dibuka tidak lama lagi di Kanada dan Puerto Rico, diikuti dengan beberapa pasaran penting di luar Amerika Utara pada enam bulan terakhir tahun 2016.  Pelantikan eksekutif baharu, yang direkrut daripada syarikat-syarikat terkemuka industri teknologi, penerbitan dan agensi akan diumumkan pada minggu-minggu akan datang.

Latar Belakang Omnicom Media Group

Omnicom Media Group (OMG) merupakan bahagian perkhidmatan media Omnicom Group Inc. (NYSE: OMC), syarikat peneraju pengiklanan, pemasaran dan komunikasi korporat global, menyediakan perkhidmatan kepada lebih 5,000 pelanggan di lebih 100 negara. Omnicom Media Group merangkumi perkhidmatan penuh rangkaian OMD, PHD dan Hearts & Science; platform data dan analitik global Annalect; platform pembelian diprogramkan global Accuen; agensi prestasi pemasaran global Resolution Media; serta beberapa syarikat komunikasi media yang khusus.

Hubungi:

Isabelle Gauvry  
+1 917-435-6457  
isabelle.gauvry@omnicommediagroup.com

Source: Omnicom Media Group
Related Stocks:
NYSE:OMC
Keywords: Advertising Corporate Expansion