omniture

Sedan Mewah GA8 GAC Motor Digunakan sebagai Kereta Perkhidmatan Rasmi G20 di Guangzhou

GA8 dijadualkan untuk keluaran am lewat April 2016
GAC Motor
2016-04-13 10:56 338

GUANGZHOU, China, 13 April 2016  /PRNewswire/ -- Beberapa bulan sebelum Perjumpaan Sherpa G20 Kedua, yang diadakan dari 6-8 April di Guangzhou, pengeluar automobil utama China GAC Motor telah menyerahkan 40 unit sedan GA8nya untuk digunakan sebagai kereta perkhidmatan rasmi semasa persidangan itu.

40 GA8 sedans were provided as designated service cars for the G20 summit
40 GA8 sedans were provided as designated service cars for the G20 summit

Sebagai sedan mewah terkini GAC Motor, GA8 telah diperkenalkan di Persidangan Parti Nasional (NPC) dan Persidangan Konsultatif Politik Rakyat China (CPPCC) di Beijing pada bulan Mac. Menampilkan rekaan asli, teknologi canggih, dan penarafan keselamatan yang tinggi, GA8 juga menjimatkan minyak dan mesra alam.

Dengan rekaan casis dan sistem kuasa dan elektronik bertaraf dunia, serta bahan berkualiti terbaik pada bahagian dalaman yang memberikan perjalanan dan pengalaman pemanduan paling selesa, ia telah disebut di peringkat antarabangsa sebagai perintis dalam pasaran automobil mewah di China.

Forum perdana bagi kerjasama ekonomi antarabangsa, G20 menghimpunkan pemimpin nasional dari seluruh dunia, yang kebanyakannya, termasuk menteri kewangan Saudi Ibrahim Abdulaziz Al-Assaf, telah meluahkan kegembiraan dan kekaguman mereka terhadap kualiti jenama China yang digunakan sebagai kereta perkhidmatan rasmi pada acara antarabangsa yang begitu berprestij.

"Kami amat bangga kerana GA8 telah dipilih sebagai kereta perkhidmatan rasmi untuk menyokong Perjumpaan Sherpa G20 Kedua serta mesyuarat-mesyuarat NPC dan CPPCC tahunan," kata Wu Song, pengurus besar GAC Motor. "Dengan membuat kemunculan mantap dalam pasaran kereta khidmat mewah, GA8 membuktikan GAC Motor berkemampuan penuh untuk membangunkan automobil terbaik untuk bersaing dengan jenama antarabangsa.

Sebagai jenama automobil paling pesat membangun di China, GAC Motor telah mengeluarkan beberapa kereta yang terjual laris dalam sejarahnya yang masih begitu singkat. Digelar Yahoo Finance sebagai 'Penetap Tanda Aras Baharu China' pada 2015, syarikat itu telah menggunakan antara teknologi terbaik dunia untuk membangunkan GA8, menyatukan semua sumbernya untuk mewujudkan sedan elit generasi baharu.

"Untuk meletakkan satu asas, penting bagi kami membangunkan beberapa produk mewah yang dapat bersaing dalam pasaran antarabangsa," kata Wu. "GAC Motor telah merintis jalan dengan menyempurnakan sistem pengeluaran khasnya -- dipanggil GPS -- sistem penyelidikan dan pembangunan global serta rantaian bekalan sedunia disamping terus mengejar kemajuan teknologi yang menyediakan kereta berkelas dunia untuk pengguna kami."

Setelah memberikan sokongan dengan jayanya untuk perjumpaan NPC, CPPCC dan G20 Sherpa, GAC Motor dijadualkan melancarkan model GA8 di pasaran hujung bulan ini.

Latar Belakang GAC Motor

GAC Motor merupakan syarikat subsidiari GAC Group yang tersenarai pada kedudukan ke 362 daripada 500 perusahaan terulung dunia. Syarikat itu komited untuk membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori auto berkualiti berkelas dunia. GAC Motor tersenarai pada kedudukan kelapan antara semua jenama dalam Kajian Kualiti Awal China 2015 oleh J.D. Power Asia Pacific, satu kedudukan yang tertinggi bagi semua jenama China untuk tahun ketiga berturut-turut.

Hubungi:
Alamat Emel:
sukie_gacmotor@126.com; liqi@gacmotor.com
Facebook, Twitter:  GAC Motor
Instagram: gac_motor
Lebih banyak gambar di: http://pan.baidu.com/s/1ge7X5Zl

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160412/0861603218

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation Trucking and Road Transportation New products/services