omniture

Huawei Enterprise Business Group (EBG) Capai Pertumbuhan Mantap pada 2015 Didorong Permintaan untuk Memimpin ICT Baharu

Kumpulan itu menjana peningkatan hasil sebanyak 43.8% berbanding tahun sebelumnya bagi tahun 2015
Huawei
2016-04-13 11:27 381

SHENZHEN, China, 13 April 2016 /PRNewswire/ -- Huawei Enterprise Business Group (EBG) hari ini mengumumkan hasil kewangan 2015nya serta wawasan dan strategi 2016 di bawah tema "Memimpin ICT Baharu, Membina Dunia yang Lebih Terhubung" di Sidang Kemuncak Penganalisis Global Huawei (HAS) 2016.

David He menyampaikan ucapan dasar "Memimpin ICT Baharu, Membina Dunia Yang Lebih Terhubung" di HAS 2016.
David He menyampaikan ucapan dasar "Memimpin ICT Baharu, Membina Dunia Yang Lebih Terhubung" di HAS 2016.

Huawei EBG telah menjana hasil tahunan sebanyak CNY27.6 bilion (USD4.25 bilion) pada 2015, peningkatan sebanyak 43.8% berbanding tahun sebelumnya dan mengekalkan pertumbuhan mantap. Kemajuan Huawei EBG telah didorong permintaan pelanggan untuk solusi ICT baharu dan kumpulan itu kekal komited dalam usaha membina ekosistem menang-menang dan lestari dengan membangunkan platform yang terbuka, fleksibel dan selamat berasaskan teknologi inovatif untuk mendorong kejayaan pelanggan dalam era ICT baharu.

Huawei EBG Telah Mencapai Pertumbuhan Mantap dengan Menumpukan kepada Industri Bernilai Tinggi dan Berinovasi Bersama Rakan-rakan Niaga

David He, Presiden Jabatan Pemasaran dan Jualan Penyelesaian, Huawei EBG, mengulas, "Pada 2015, Huawei EBG telah mengalami pertumbuhan pesat dalam sektor-sektor keselamatan awam, kewangan, pengangkutan, dan tenaga. Dengan pembangunan ICT inovatif termasuk perkomputeran awan, data besar, Perangkaian Ditakrif Perisian (SDN) dan Internet of Things (IoT), model perniagaan pelanggan, senibina IT perusahaan, dan ekosistem industri sedang berubah dengan nyata. Untuk menangani cabaran dan tuntutan strategik pelanggan kami, Huawei bekerjasama rapat dengan rakan kerjasama kami untuk membangunkan inovasi bersama, yang dapat kami gunakan untuk membekalkan pelanggan kami dengan produk dan penyelesaian yang terulung dan terbeza untuk membantu mereka terus maju dalam era ICT baharu."

Penyelesaian Huawei Safe City telah digunakan oleh lebih 100 bandar raya di lebih 30 negara termasuk Timur Tengah, Afrika, dan Asia Pasifik, memberi khidmat kepada lebih 400 juta orang. Huawei telah berkolaborasi dengan lebih daripada 10 institusi kewangan tahap tertinggi dan vendor perisian bebas (ISV) di seluruh dunia untuk membangunkan infrastruktur IT generasi akan datang untuk bank-bank berasaskan perkomputeran awan dan data besar. Penyelesaian Awan Kewangan dan Data Besar Huawei telah diterima pakai oleh lebih 10 bank bersaiz sederhana dan besar, termasuk Industrial and Commercial Bank of China (ICBC) dan China Merchants Bank (CMB). Penyelesaian Rel Digital Huawei telah digunakan untuk lebih 100,000 kilometer landasan rel. Huawei telah berkhidmat untuk 15 daripada 20 syarikat tenaga terbesar dunia, merangkumi lebih 100,000 substesen alatubah dan 38,000km saluran minyak dan gas.

Membina Ekosistem Menang-Menang Berasaskan Teknologi dan Platform Terbuka

"Teknologi baharu termasuk senibina awan, IoT, data besar, dan SDN sedang membentuk semula sistem IT dan model perniagaan perusahaan. Huawei akan menyepadukan platform perisian dan perkakasan secara mendalam berasaskan pendekatan 'Awan-Saluran-Peranti' untuk membina ekosistem industri yang lebih terbuka, dan mengasaskan infrastruktur ICT baharu yang mengungguli industri, inovatif dan terbeza," kata WK Leung, Ketua Pegawai Teknologi Jabatan Pemasaran dan Jualan Penyelesaian, Huawei EBG.

76% daripada hasil jualan 2015 Huawei EBG telah dijana daripada saluran dan rakan kerjasama, peningkatan sebanyak 47% berbanding tahun sebelumnya. Huawei EBG telah membangunkan kerjasama dengan lebih daripada 300 pengedar dan rakan nilai tambah (VAP) dan lebih daripada 8,000 rakan saluran tahap 2. Antaranya, lebih 350 rakan kongsi telah membangunkan penyelesaian industri bersama Huawei melalui inovasi terkongsi. Huawei telah membangunkan permuafakatan global industri dalam bidang eLTE, SDN, Virtualisasi Fungsi Rangkaian (NFV), 5G, sistem operasi awan (OS), bandaranya pintar, dan platform kewangan terbuka. Huawei turut membentuk kerjasama strategik dengan pemain industri utama, seperti Honeywell, Accenture, SAP, dan Vodafone Global Enterprise (VGE).

"Selari dengan strategi 'bersepadu' kami, Huawei akan terus menyokong rakan kongsi kami dan membantu mereka berjaya dalam era ICT baharu dengan meningkatkan produk, jenama, logistik, perkhidmatan, perniagaan, dan sistem IT kami," kata Raymond Lau, Presiden Rakan Kerjasama dan Persekutuan Global, Huawei EBG.

Hank Stokbroekx, Naib Presiden Pemasaran Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Perusahaan Global, Huawei, telah memperkenalkan perkembangan terkini Huawei EBG dalam perkhidmatan. "Huawei membekalkan industri dan rakan saluran kami dengan perkhidmatan kitaran hayat penuh yang cekap, selamat dan andal untuk membantu mereka membina daya saing teras. Pada 2015, Huawei telah mencapai perkembangan signifikan dalam banyak bidang, seperti membangunkan siri serba baharu perkhidmatan profesional dan menggalakkan sepenuhnya pensijilan industri ICT untuk membantu rakan-rakan kerjasama beralih daripada model saluran kepada model kemampuan. Selain itu, Huawei telah meningkatkan pelaburan dalam platform automasi berasaskan perkhidmatan awan. Kami teruja untuk menyediakan khidmat lebih baik untuk klien kami dengan berkembang bersama rakan kongsi, dan menjadi rakan perkhidmatan paling dipercayai dalam industri," kata En. Stokbroekx.

Dengan prinsip panduan "Infrastruktur ICT Berpandu Perniagaan" (BDII), Huawei akan meningkatkan strategi "fokus terhadap infrastruktur ICT" dan "berciri bersepadu". Huawei komited untuk berinovasi bersama rakan kerjasama dan pelanggannya; memudahkan transformasi perniagaan merentasi pelbagai industri termasuk kerajaan, keselamatan awam, kewangan, tenaga, pengangkutan, pengilangan, pendidikan dan penyedia khidmat Internet (ISP); dan memimpin era ICT baharu melalui memperkasakan kejayaan perniagaan pelanggan.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160412/0861603253

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Earnings