omniture

Lanson Place tawarkan pengalaman hidup baharu di Two MacDonnell Road

Lanson Place Hospitality Management Limited
2016-04-13 19:18 306

HONG KONG, 13 April, 2016 /PRNewswire/ -- Lanson Place Hospitality Management Limited ("Lanson Place"), dengan bangganya mengumumkan penambahan koleksinya di Two MacDonnell Road di Mid-Levels Hong Kong.

Two MacDonnell Road terletak di kawasan kediaman tenang bersebelahan Hong Kong Park dan Taman Botani Hong Kong, menawarkan pemandangan gunung dan taman yang menakjubkan. Ia berhampiran kawasan kewangan Pusat dan hab hiburan popular, Lan Kwai Fong.

Harta tanah ini menampilkan 213 studio berkelengkapan baik, apartmen satu dan dua bilik tidur, dengan keluasan 336 hingga 750 kaki persegi. Kemudahan dalam bilik termasuk dapur kecil, sambungan Internet Jalur Lebar Tanpa Wayar, TV Kabel dan Pemain DVD. Kemudahan seperti gimnasium, perkhidmatan bas ulang-alik yang memudahkan serta 'Cafe on 8' juga dapat dinikmati di Two MacDonnell Road.

En. Marc Hediger, Ketua Pegawai Eksekutif Lanson Place, berkata: "Kami teruja untuk memperkenalkan keselesaan dan pengalaman hidup gaya kami ke Two MacDonnell Road. Ciri khusus pengalaman gaya hidup dan perkhidmatan tetamu kami akan menjadikan Two MacDonnell Road kediaman luar biasa di mana tetamu benar-benar dapat beristirehat. Bersama Lanson Place Hotel kami di Causeway Bay, kami menawarkan dua pilihan penginapan hebat yang memenuhi keperluan dua daerah perniagaan dan beli-belah utama di Pulau Hong Kong."

Untuk maklumat lanjut tentang Lanson Place, sila kunjungi http://www.lansonplace.com.

Latar Belakang Lanson Place Hospitality Management Limited.

Lanson Place merupakan subsidiari milik penuh Wing Tai Properties Limited (Wing Tai), sebuah syarikat tersenarai awam di Hong Kong (kod saham HKEx: 369), yang kini menguruskan sebelas harta tanah di bawah jenama Lanson Place. Koleksi nic sedia ada terdiri daripada apartment servis kelas atasan dan mewah di Beijing, Shanghai, Kuala Lumpur dan Singapura selain hotel butik yang memenangi anugerah di Hong Kong.

Harta tanah Lanson place umumnya terletak berhampiran daerah perniagaan pusat selain kawasan beli-belah dan hiburan mewah. Lanson Place menyasarkan untuk menawarkan perkhidmatan penuh perhatian dan peribadi dengan kemudahan hotel mewah dan keselesaan dan privasi kediaman persendirian. Bersama pemilik dan rakan kongsi, kami bukan sekadar memberikan hospitaliti. Lanson Place menawarkan keselesaan kediaman sendiri di perantauan yang mempunyai model kejayaan terbukti dengan penginap ulangan yang setia, membolehkan jenama ini memberikan pulangan mantap dan hasil maksimum untuk  rakan kongsi kami yang dihargai. Lanson Place membawakan nama yang diyakini dan proposisi unik kepada apa jua bentuk pembangunan.

Kumpulan ini akan terus mengembangkan jenama Lanson Place secara strategik sebagai jenama pan-Asia dengan menerokai peluang pelaburan dan pengurusan untuk ketiga-tiga model perniagaan teras terutamanya di bandar raya pintu gerbang di rantau Asia-Pasifik.

Source: Lanson Place Hospitality Management Limited
Keywords: Commercial Real Estate Real Estate Travel