omniture

Total dan Kia Perbaharui Kerjasama

Total
2016-04-13 22:00 210

SEOUL, Korea Selatan, 13 April 2016 /PRNewswire/ --

Total Lubrifiants akan kekal sebagai rakan kongsi Kia yang disyorkan dan eksklusif bagi bahan pelincir automotif selama 5 tahun lagi.

Baru-baru ini, Kia Motors Corporation dan Total Lubrifiants memperbaharui perjanjian kerjasama strategik mereka. Selama 5 tahun lagi, Total akan kekal sebagai pembekal pilihan bahan pelincir selepas pasaran Kia Motors Corporation untuk kenderaan Kia. Bahan pelincir automotif jenama Total akan disyorkan secara eksklusif dan disediakan untuk pelanggan di seluruh jaringan perkhidmatan Kia yang terdiri daripada lebih 5,500 penjual di 180 buah negara, termasuk dalam pasaran Eropah Barat bermula pada 1 Januari 2017.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160401/350463LOGO )
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160401/350464LOGO )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160401/350465 )

"Steven Yoon, Naib Presiden Bahagian Perkhidmatan Luar Negara di Kia Motors Corp., dan Pierre Duhot, Pengurus Besar Bahagian Automotif di Total Lubrifiants, memperbaharu kontrak perkongsian global".

Lanjutan daripada kerjasama asal, bermula pada tahun 2011 menambah faedah kepada semua pemilik kenderaan Kia dan juga penjual kenderaan Kia. Jaringan Kia akan menerima minyak enjin Total Quartz berprestasi tinggi, yang khusus dihasilkan untuk mengoptimumkan prestasi enjin Kia, keandalan serta mempertingkat faedah ekonomi bahan api. Kia dan Total akan turut mewujudkan program perkhidmatan pemasaran bersama yang bertujuan untuk meningkatkan keuntungan kepada penjual kenderaan Kia, kesetiaan pelanggan; dan kepuasan pelanggan.

Melalui kerjasama ini, Kia dan Total Lubrifiants mengesahkan matlamat yang dikongsi bersama iaitu untuk mengukuhkan kehadiran mereka yang semakin meluas berkembang dalam pasaran global serta menggabungkan kekuatan masing-masing menerusi "Perikatan Kemahiran" bagi tujuan menghasilkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk pengalaman Khidmat Pelanggan Kia yang tiada tandingan.

"Kami amat berbesar hati untuk melanjutkan kerjasama global kami bersama Kia Motors Corp. Kerjasama yang diperbaharui ini mengesahkan komitmen kukuh Total membantu Kia Motors dalam tempoh jangka panjang dalam usaha perluasan di peringkat antarabangsa dengan jayanya dan untuk menyediakan bahan pelincir yang inovatif, kepakaran pemasaran Total yang diiktiraf dan program selepas jualan khusus untuk para penjual dan pelanggan Kia," kata Pierre Duhot, Pengurus Besar Bahagian Automotif di Total Lubrifiants.

"Sejak 5 tahun lalu, Total membuktikan ia memiliki liputan di seluruh dunia, keupayaan pemasaran yang kukuh serta teknologi pelincir yang berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan Rangkaian kami. Total bakal menjadi rakan kerjasama utama dalam strategi selepas pasaran global kami bagi meningkatkan kepuasan pelanggan dan penjual Kia," ulas Steven Yoon, Naib Presiden Bahagian Perkhidmatan Luar Negara di Kia Motors Corp.

Latar Belakang Total 

Total ialah pengeluar dan pembekal tenaga tersepadu global, syarikat minyak dan gas antarabangsa yang terkemuka serta pengendali tenaga suria kedua terbaik di dunia bersama SunPower. Seramai 100,000 kakitangan kami komited untuk menyediakan tenaga yang lebih baik iaitu tenaga yang lebih selamat, lebih bersih, lebih cekap, lebih inovatif dan mudah diakses oleh seramai mungkin pengguna. Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, kami fokus dalam memastikan operasi yang kami jalankan di lebih 130 buah negara seluruh dunia memberi faedah berterusan kepada ekonomi, sosial dan alam sekitar.

http://www.lubricants.total.com

Latar Belakang Kia Motors  

Kia Motors Corporation (http://www.kia.com) – pembuat kenderaan berkualiti untuk mereka yang berjiwa muda – ditubuhkan pada tahun 1944 dan merupakan pengeluar kenderaan bermotor paling lama bertapak di Korea. Lebih 3 juta buah kenderaan Kia dihasilkan setahun di 10 kilang pengeluaran dan pemasangan yang berada di lima buah negara yang kemudiannya dijual serta diservis melalui rangkaian pengedar dan penjual di 180 buah negara. Kini, Kia mempunyai lebih 50,000 kakitangan di seluruh dunia dan hasil jualan tahunannya mencecah hampir US$44 bilion. Kia ialah penaja utama Kejohanan Terbuka Australia selain rakan automotif rasmi FIFA, iaitu badan pengelola FIFA World Cup™. Slogan jenama Kia Motors Corporation, "The Power to Surprise" ("Kehebatan Memberi Kejutan") memperlihatkan komitmen global syarikat itu untuk membawa kejutan kepada dunia dengan memberikan pengalaman yang menarik dan menginspirasikan yang melangkaui jangkaan.

Sebarang maklumat lanjut tentang Kia Motors dan produk kami, sila kunjungi Pusat Media Global kami di http://www.kianewscenter.com.

Source: Total
Keywords: Auto Transportation Licensing/marketing agreements