omniture

'SANSIRI' rangkul Anugerah Lima Bintang untuk 'Setthasiri Ratchaphruek-Charan' sempena Anugerah Hartanah Asia Pasifik 2016-2017

Berserta 4 anugerah Terpuji
Sansiri Public Company Limited
2016-04-14 09:00 454

KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 April, 2016 /PRNewswire/ -- Sempena Anugerah Hartanah Asia Pasifik 2016-2017, En. Wanchak Buranasiri (kanan), selaku Ketua Pegawai Operasi dan En. Cobby Leathers (kiri), Ketua Perniagaan Antarabangsa Sansiri Public Company Limited, yang merupakan pemaju hartanah bersepadu penuh yang terkemuka di Thailand, dilihat menerima lima anugerah berturut-turut bagi pihak syarikat: Anugerah Lima Bintang serta empat anugerah Terpuji dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.

Sempena Anugerah Hartanah Asia Pasifik 2016-2017, En. Wanchak Buranasiri (kanan), selaku Ketua Pegawai Operasi  dan En. Cobby Leathers (kiri), Ketua Perniagaan Antarabangsa Sansiri Public Company Limited, pemaju hartanah bersepadu penuh terkemuka Thailand, dilihat menerima lima anugerah berturut-turut bagi pihak syarikat: Anugerah Lima Bintang serta empat anugerah Terpuji dalam acara yang diadakan baru-baru ini di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.
Sempena Anugerah Hartanah Asia Pasifik 2016-2017, En. Wanchak Buranasiri (kanan), selaku Ketua Pegawai Operasi dan En. Cobby Leathers (kiri), Ketua Perniagaan Antarabangsa Sansiri Public Company Limited, pemaju hartanah bersepadu penuh terkemuka Thailand, dilihat menerima lima anugerah berturut-turut bagi pihak syarikat: Anugerah Lima Bintang serta empat anugerah Terpuji dalam acara yang diadakan baru-baru ini di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.

Tiga daripada anugerah dalam kategori berbeza ialah:

  • Seni Bina -- Setthasiri Ratchaphruek-Charan: Anugerah Lima Bintang untuk 'Seni Bina Perkhidmatan Awam Terbaik Thailand' dan Narasiri Bangna untuk 'Seni Bina Kediaman Tunggal Thailand'
  • Pembangunan -- The Deck Patong: untuk 'Pembangunan Kediaman Thailand' dan XXXIX: untuk 'Pembangunan Kediaman Bangunan Tinggi Thailand'
  • Dalaman -- Town Avenue 60's: untuk 'Reka Bentuk Dalaman Rumah Contoh Thailand'

Selain itu, syarikat tersebut mengukuhkan lagi rekod prestasinya dengan kejayaan merangkul anugerah dengan menerima tiga lagi anugerah: Satu Anugerah Lima Bintang dan dua anugerah Terpuji:

  • Seni Bina --The Deck Patong: Anugerah Lima Bintang untuk 'Seni Bina Terbaik Berbilang Kediaman Thailand' oleh Somdoon Architects Limited
  • Seni Bina -- Autumn: untuk 'Seni Bina Landskap Kediaman Thailand' oleh Sanitas Studio
  • Dalaman -- Baan Plai Haad: untuk 'Reka Bentuk Dalaman Pangsapuri Thailand' oleh Steven J. Leach Jr. & Associates Limited

Anugerah berprestij ini merupakan pengiktirafan yang terbaik untuk Sansiri Plc. di Thailand serta di peringkat antarabangsa selaku jenama hartanah Thailand terkemuka yang menunjukkan prestasi kukuhnya melalui produk yang berkualiti serta memperlihatkan contoh dalam pembangunan reka bentuk menerusi pelbagai segmen kediaman.

Pada majlis gilang-gemilang ini, anugerah bagi empat kategori telah disampaikan kepada syarikat-syarikat hartanah dari 25 buah negara yang berada di Rantau Asia Pasifik. Beratus-ratus penyertaan dari rantau Asia Pasifik telah diteliti oleh jawatankuasa hakim yang terdiri daripada lebih 70 pakar global dan dipengerusikan oleh tiga orang ahli Dewan Pertuanan United Kingdom.

Latar Belakang Sansiri Public Company Limited 

Sansiri diiktiraf secara meluas sebagai pemaju terkemuka Thailand bagi rumah, rumah bandar dan kondominium berkualiti dan satu-satunya pemaju hartanah bersepadu penuh di negara tersebut. Memiliki tenaga kerja seramai 3,400 orang pekerja, Sansiri membangunkan lebih 300 projek di seluruh Thailand serta bangunan kediaman di London sepanjang 32 tahun sejarahnya, semuanya dengan memberi penekanan yang tinggi terhadap reka bentuk dan ciri boleh huni.

Sansiri memberikan perkhidmatan menyeluruh lebih daripada yang disediakan oleh pemaju biasa: perkhidmatan kerja rencam, pengurusan hartanah, brokeraj jualan dan sewaan tempat peranginan jangka masa panjang. Pada tahun 2015, pendapatan syarikat mencecah lebih US$1 bilion.

Latar Belakang Anugerah Hartanah Asia Pasifik 2016-2017 

Anugerah Hartanah Antarabangsa terbuka kepada golongan profesional hartanah kediaman dan komersial dari seluruh dunia. Anugerah ini meraikan pencapaian tertinggi syarikat-syarikat yang beroperasi dalam semua sektor hartanah dan industri hartanah. Anugerah Hartanah Antarabangsa ini ialah tanda kecemerlangan yang diiktiraf di seluruh dunia.

Anugerah ini dibahagikan kepada rantau yang merangkumi Afrika, Asia Pasifik, Arab, Kanada, Caribbean, Amerika Tengah & Selatan, Eropah, UK dan USA. Peserta menyertai pertandingan tersebut pada peringkat negara mereka yang berkaitan dan dihakimi oleh pasukan profesional yang amat berpengalaman yang merangkumi seluruh bidang hartanah.

Pemenang yang menerima skor tertinggi dari setiap rantau secara automatik menjadi penerima Anugerah Antarabangsa keseluruhan, yang akhirnya menentukan syarikat hartanah terbaik dunia.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Sansiri PLC
Kamonwan Prasitwuttivech (Joy) / Jirapha Rachasuthee (May)        
Tel: +66 (0) 81-750-8003 / +66 (0) 80-268-8228
E-mel: Kamonwan@sansiri.com / jirapha@sansiri.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160412/8521602353

Source: Sansiri Public Company Limited
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building Real Estate Residential Real Estate Awards