BEIJING, 14 April 2016 /PRNewswire/ -- LexisNexis dan Institut Hal Ehwal Perundangan Korporat China (CICLA) bersama-sama menerbitkan "Laporan Tinjauan 2015-2016 tentang Perusahaan China ke Peringkat Global" (klik di sini untuk memohon E-salinan Laporan).
Pada 16 Januari 2016, "Laporan Tinjauan 2015-2016 tentang Perusahaan China ke Peringkat Global" telah diterbitkan secara bersama oleh LexisNexis, penyedia maklumat perundangan sedunia, dan Institut Hal Ehwal Perundangan Korporat China (CICLA) di Beijing.
Initiating the survey in August 2015, LexisNexis and CICLA spent five months in sending out questionnaires to hundreds of enterprises and selecting representative enterprises for in-depth interview. A total of 120 questionnaires were collected and most of the respondents were legal managers or above from enterprises or relevant institutions, including general counsels and general managers from the legal departments of nearly 40 large central SOEs. Thomas Tang, senior consultant of JunZeJun Law Offices, authored the report.
Memulakan tinjauan pada Ogos 2015, LexisNexis dan CICLA menghabiskan lima bulan dalam mengedarkan soal selidik kepada ratusan perusahaan dan memilih perusahaan perwakilan untuk temubual terperinci. Sejumlah 120 soal selidik telah dikumpulkan dan kebanyakan responden merupakan pengurus perundangan atau lebih tinggi daripada perusahaan dan institusi berkaitan, termasuk kaunsel dan pengurus besar dari jabatan perundangan hampir 40 SOE pusat yang besar. Thomas Tang, konsultan kanan di JunZeJun Law Offices, telah mengarang laporan tersebut.
Laporan tinjauan itu menampilkan analisis latar belakang ekonomi dan politik makro serta data dan kes-kes korporat mikro untuk merumuskan laluan dan ciri perusahaan China ke peringkat global, menimba pembelajaran dan pengalaman, serta menyediakan panduan untuk perusahaan yang ingin ke peringkat global.
Semasa sidang akhbar itu, Margaret Fung, Pengurus Negara LexisNexis menyatakan bahawa tinjauan itu memulakan eksplorasi perusahaan China ke peringkat Global. Hasilnya, LexisNexis dan Institut Hal Ehwal Perundangan Korporat China akan bekerjasama untuk mewujudkan platform perkongsian bagi perusahaan China ke peringkat global dan mengadakan siri forum tentang isu penting dan risiko tinggi yang dirumuskan dalam laporan itu.
Penerbit Laporan
Institut Hal Ehwal Perundangan Korporat China
Institut Hal-Ehwal Perundangan Korporat China merupakan platform penyelidikan tentang hal ehwal perundangan korporat yang ditubuhkan oleh Pejabat Legal Daily. The Legal Daily merupakan akhbar milik negara di bawah seliaan Suruhanjaya Hal Ehwal Perundangan dan Politik Pusat dan diiktiraf sebagai medan pendapat umum bagi Parti Komunis China (CPC) dan pembinaan demokrasi dan sistem perundangan Negara, suara rasmi barisan hadapan perundangan dan politik CPC dan akhbar harian perundangan pusat tunggal yang diterbitkan di dalam dan luar negara.
Institut Hal Ehwal Perundangan Korporat China komited terhadap penubuhan platform perkongsian paling berpengaruh, platform kerjasama dan platform penyepaduan sumber dalam lingkungan hal ehwal perundangan korporat China, meningkatkan status strategik jabatan hal ehwal perundangan dalam sesebuah syarikat, membina pasukan perundangan yang mantap, mengumpulkan sumber, membawakan peranan platform yang berfungsi sepenuhnya, menjalankan mod penyuntingan dan operasi, meningkatkan nilai jenama dan memperoleh keuntungan yang pelbagai.
LexisNexis® Legal & Professional
LexisNexis® Legal & Professional merupakan penyedia utama global bagi penyelesaian teknologi dan kandungan yang membolehkan ahli profesional dalam organisasi perundangan, korporat, cukai, kerajaan, akademik dan tanpa untung untuk membuat keputusan bermaklumat dan mencapai hasil perniagaan yang lebih baik. Sebagai perintis digital, syarikat itu merupakan yang pertama membawa maklumat perniagaan dan perundangan ke dalam talian dengan perkhidmatan Lexis® dan Nexis®. Kini, LexisNexis® Legal&Professional menggunakan teknologi tercanggih dan kandungan berkelas dunia untuk membantu profesional bekerja dalam cara yang lebih pantas, mudah dan berkesan. Melalui kerjasama rapat dengan pelanggannya, syarikat itu memastikan organisasi dapat memanfaatkan penyelesaiannya untuk mengurangkan risiko, meningkatkan produktiviti, meningkatkan keuntungan dan mengembangkan perniagaan mereka. LexisNexis® Legal & Professional, yang memberi khidmat di lebih 175 negara dengan 10,000 pekerja di seluruh dunia, merupakan sebahagian daripada RELX Group PLC, penyedia ulung dunia bagi penyelesaian maklumat untuk pelanggan profesional merentasi industri.
HUBUNGI:
LexisNexis, 400 600 8680