omniture

Kumpulan Pakar Penasihat Strategik tentang Pengimunan Menyarankan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia Penggunaan Vaksin Denggi Sanofi Pasteur di Negara-negara Endemik

- Saranan oleh WHO SAGE mengiktirafkan manfaat kesihatan yang boleh diperoleh melalui pengenalan vaksin denggi, Dengvaxia® -
- Pemvaksinan denggi dijangka memainkan peranan yang kritikal dalam usaha bersepadu untuk mencegah penyakit bagi mencapai objektif WHO 2020 untuk mengurangkan morbiditi dan mortaliti denggi -
Sanofi Pasteur
2016-04-15 23:28 290

SINGAPURA, 15 April 2016 /PRNewswire/ -- Sanofi dan unit perniagaan vaksin global syarikat iaitu Sanofi Pasteur, mengumumkan hari ini bahawa Kumpulan Pakar Penasihat Strategik tentang Pengimunan (SAGE) menyarankan penggunaan vaksin denggi Dengvaxia® kepada WHO. SAGE menasihatkan negara-negara dengan kadar penjalaran denggi yang tinggi untuk menimbangkan pengenalan vaksin denggi ini sebagai sebahagian daripada strategi bersepadu dalam pencegahan penyakit termasuk kawalan vektor bagi mengurangkan beban penyakit ini secara berkesan. Pengenalan pengimunan denggi yang berjaya di samping usaha pencegahan yang lain seharusnya membantu negara-negara endemik mencapai objektif WHO untuk mengurangkan morbiditi denggi sebanyak 25% dan mortaliti denggi sebanyak 50% menjelang 2020.

"Kami mengalu-alukan saranan untuk mengenalkan penggunaan Dengvaxia® oleh SAGE, kumpulan penasihat vaksin dan pengimunan kepada WHO." kata Elias Zerhouni selaku MD, Presiden R&D global di Sanofi. Dengvaxia® sudah diluluskan di empat negara termasuk Mexico dan Brazil di mana ia berada di bawah pengawalseliaan yang diiktiraf oleh WHO. Saranan oleh WHO SAGE ini menambahkan kebolehpercayaan nilai-nilai saintifik dan perubatan Dengvaxia® dan turut menghantar maksud yang jelas kepada negara-negara endemik tentang manfaat kesihatan yang boleh diperoleh dengan memperkenalkan vaksin denggi dalam usaha-usaha bersepadu mereka untuk menguruskan dan melawan penyakit denggi."

Vaksin Dengvaxia® dijangka akan memberi kesan yang ketara dalam pengurangan penyakit demam denggi setelah terbukti berkesan untuk mencegah 8 daripada 10 penghospitalan untuk denggi dan sehingga 93% kes denggi yang teruk termasuk demam denggi berdarah, dalam peserta-peserta kajian yang berumur 9 tahun atau lebih, seperti yang ditunjukkan dalam kajian keberkesanan fasa III sepanjang 25 bulan masa susulan. [1]

Penyaranan oleh SAGE dibuat selepas mengkaji data klinikal daripada 25 kajian klinikal yang dikendalikan di 15 negara endemik dan bukan endemik di serata dunia dan melibatkan lebih daripada 40,000 peserta kajian.

Mengenai Dengvaxia®

Setakat Mac 2016,  Dengvaxia® telah dilesenkan di Mexico, Filipina, Brazil dan El Salvador untuk mencegah denggi dalam keempat-empat jenis serotip bagi individu-individu berumur antara 9 hingga 45 tahun yang tinggal di kawasan-kawasan endemik. Proses semakan berperaturan untuk Dengvaxia® terus dijalankan di negara-negara lain di mana denggi merupakan masalah kesihatan awam yang berat. Pemvaksinan awam mahupun secara sendirian telah bermula di Filipina dan perbincangan sedang berjalan untuk mendapatkan kelulusan negara-negara lain yang dijangka pelancarannya pada akhir tahun nanti.

Vaksin Sanofi Pasteur adalah hasil usahasama dan inovasi yang memakan lebih 2 dekad untuk disempurnakan, di samping usaha oleh 25 kajian klinikal di 15 negara di serata dunia. Lebih 40,000 peserta sukarela menyertai program pembangunan vaksin denggi Sanofi Pasteur (fasa I, II dan III) di mana 29,000 peserta sukarela telah menerima vaksin tersebut. Kajian keberkesanan Dengvaxia®  berskala besar termasuk fasa susulan selama 25 bulan telah dilengkapkan dengan jayanya pada 2014. [2],[3]

Penyepaduan kecekapan terkumpul dan analisis keselamatan yang dijalankan dalam kajian keberkesanan Fasa III selama 25 bulan masa susulan, diterbitkan dalam talian di The New England Journal of Medicine pada 27hb Julai 2015 untuk mendokumenkan keberkesanan vaksin yang konsisten serta profil keselamatan yang bertempoh lebih lama bagi peserta kajian berumur 9 hingga 16 tahun. Analisis keberkesanan terkumpul bagi kumpulan umur ini mendapati bahawa Dengvaxia®  berkesan untuk mengurangkan demam denggi yang disebabkan oleh keempat-empat serotip dalam dua pertiga daripada jumlah peserta kajian, di samping mencegah 8 daripada 10 penghospitalan dan sehingga 93% kes denggi yang teruk.1

Dengvaxia®  adalah vaksin pertama di dunia yang dilesenkan untuk mencegah demam denggi. Vaksin ini dihasilkan di tapak pengeluaran khusus di Perancis dengan keupayaan pengeluaran berskala penuh sebanyak 100 juta dos vaksin dalam setahun.

Maklumat tambahan mengenai vaksin denggi Sanofi Pasteur tersedia di www.dengue.info.

Contacts:



Global Media Relations

Investor Relations

Alain Bernal

Sébastien Martel

Tel. +33 (0)4 37 37 50 38

Tel. +33 (0)1 53 77 45 45

alain.bernal@sanofipasteur.com

ir@sanofi.com   

www.sanofipasteur.com


 

[1]

Hadinegoro SR, et al. N Engl J Med 2015; 373:1195-206

[2]

Capeding MR, et al. Lancet 2014;384:1358-65.

[3]

Villar L, et al. N Engl J Med 2015;372:113-23.

Source: Sanofi Pasteur
Related Stocks:
EuronextParis:SAN NYSE:SNY OTC:SNYNF
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals OTC/SmallCap IRW New products/services