omniture

Program BOLA SEPAK UNTUK PERSAHABATAN Gazprom International Menang dalam Anugerah Gold Quill 2016

The International Children's Social FOOTBALL FOR FRIENDSHIP project press center
2016-04-18 09:25 338

MOSCOW, 18 April 2016 /PRNewswire/ -- Program Sosial Kanak-kanak Antarabangsa, BOLA SEPAK UNTUK PERSAHABATAN, yang dilaksanakan oleh syarikat Gazprom, diumumkan sebagai pemenang di Anugerah Gold Quill International Association of Business Communicators (IABC) 2016 dalam kategori Tanggungjawab Sosial Korporat. Program F4F telah dilaksanakan sejak 2013 dan kini meliputi 34 negara di Afrika, Asia, Eropah dan Amerika Selatan. Program ini dikendalikan oleh AGT Communications Group (Rusia) pada peringkat global.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160415/355825 )

BOLA SEPAK UNTUK PERSAHABATAN adalah program antarabangsa berskala besar yang berkembang dengan pesat. Semasa pelaksanaannya program ini telah mendapat lebih 250 000 penyokong dari seluruh dunia. Matlamat utama program F4F adalah mempromosikan nilai, yang penting bagi kesejahteraan mana-mana masyarakat. Kanak-kanak, peserta program ini, tidak hanya mempelajari nilai-nilai ini, tetapi menjadi duta muda, yang menggalakkan nilai-nilai tersebut dalam kalangan rakan-rakan sebaya dan kenalan mereka. Program F4F disokong secara aktif oleh UEFA dan FIFA, kelab-kelab bola sepak dunia, persekutuan sukan, organisasi awam, dan pihak berkuasa perbandaran dan persekutuan terkemuka di negara-negara yang berbeza.

"Selama beberapa tahun Gazprom telah membuktikan bahawa ia sebuah syarikat yang bertanggungjawab dari segi sosial. Kami sedang melaksanakan pelbagai inisiatif kemanusiaan, termasuk dalam bidang pembangunan sukan kanak-kanak dan belia. Antara program-program sosial tersebut, BOLASEPAK UNTUK PERSAHABATAN mendapat tempat yang istimewa. Dengan penglibatan aktifnya dalam bola sepak dunia, Gazprom mewujudkan satu platform yang unik untuk kanak-kanak dari negara-negara berbeza untuk bertemu, bermain, berkomunikasi, belajar nilai-nilai utama kemanusiaan melalui bola sepak, merasakan diri mereka sebahagian daripada bola sepak peringkat tertinggi. Ramai daripada ahli sukan terkenal, tokoh-tokoh budaya dan wakil-wakil pihak berkuasa menyokong program F4F di seluruh dunia. Dan menerima anugerah antarabangsa ini membuktikan sekali lagi betapa penting dan bermaknanya perkara yang kita lakukan," kata wakil rasmi Gazprom Sergey Kupriyanov.

"Program BOLASEPAK UNTUK PERSAHABATAN ini adalah satu inisiatif unik dalam bidang membina komunikasi berkesan antara perniagaan dan masyarakat Rusia di negara-negara yang berbeza. Semasa pembangunan program ini, ideologi asas, strategi komunikasi, alat boleh skala dan infrastruktur sumber dengan kehadiran tempatan telah diciptakan. Ini membolehkan kami untuk membina sebuah model komunikasi, yang mengambil kira kepelbagaian negara dan budaya yang berbeza dan menyediakan pelaksanaan yang cekap bagi program tersebut yang sentiasa berkembang meluas," tegas Pengerusi Lembaga Pengarah AGT Communications Group Vyacheslav Lashchevsky

Sumber: Pusat media projek Sosial Kanak-kanak Antarabangsa BOLA SEPAK UNTUK PERSAHABATAN

Source: The International Children's Social FOOTBALL FOR FRIENDSHIP project press center
Keywords: Sporting Events Sports Awards Children-related news