omniture

Pameran Canton ke-119 Dibuka dengan Rasminya

Lebih 24,000 syarikat, lebih daripada 60,000 reruai dan hampir 1.2 juta meter persegi ruang pameran
Canton Fair
2016-04-18 10:06 313

GUANGZHOU, China, 18 April 2016 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China ke-119 (Pameran Canton) bermula secara rasminya pada 14 April, dengan persidangan akhbar pembukaan rasmi pameran untuk versi musim bunga bertempat di Guangzhou, China.

Susun atur am pameran dan peta yang terperinci itu didedahkan dan ruang pameran tahun ini akan merangkumi 1.18 juta meter persegi bagi menjadi tuan rumah kepada 60,233 reruai yang disediakan oleh 24,512 syarikat dari seluruh dunia.

Pameran Canton ke-119 ini meneruskan format pameran yang menggabungkan sektor import dan eksport. Astaka Kebangsaan mempunyai 59,243 reruai yang dibahagikan kepada 50 bahagian pameran dalam 16 kategori produk, manakala Astaka Antarabangsa akan disediakan dalam fasa pertama dan ketiga pameran tersebut. Terdapat 124 zon pameran khusus dalam 27 bahagian pameran, yang meliputi pelbagai industri daripada produk-produk baharu tenaga dan haiwan peliharaan hinggalah kepada spa luaran dan motosikal.

Selain pameran, Pameran Canton ke-119 juga akan mengehoskan 60 pameran, forum dan mesyuarat reka bentuk yang meliputi enam isu utama pasaran semasa. Astaka Antarabangsa juga akan mengehoskan pelbagai aktiviti pemadanan perdagangan dengan memberi tumpuan kepada topik yang sama, dalam usaha untuk meningkatkan pengalaman kepada kedua-dua pempamer dan pembeli antarabangsa di Pameran Canton.

"Pameran Canton bertujuan untuk menggalakkan interaksi dalam kalangan mereka yang mengambil bahagian, untuk menyediakan peluang perniagaan dan komunikasi dalam industri dan untuk membantu syarikat-syarikat untuk mempromosikan jenama mereka," kata Xu Bing, jurucakap Pameran Canton dan Timbalan Ketua Pengarah Pusat Perdagangan Luar Negeri China.

Beberapa acara di Pameran Canton ke-119:
Program ARNB yang sedang berlangsung dan lebih 70 pembeli baharu dari 75 negara telah memenangi kupon untuk digunakan di kedai-kedai makanan dan kafe. Kuantiti adalah terhad. Siapa cepat dia dapat.

Sila layari http://www.cantonfair.org.cn/en/ARNB/index.shtml

Mesyuarat Peminat Pameran Canton
* 17 April, petang, bilik VIP 2 (perkhidmatan rakan kerjasama luar negara), Ruang A. Hadiah hebat sedang menanti anda jika anda mengambil bahagian dalam aktiviti berkaitan.

Sidang Kemuncak Peralatan Rumah & Elektronik China

*16 April, petang, bilik persidangan No.8, aras B Ruang B

Forum Pasaran Antarabangsa Pameran Canton (Mesir)

* 17 April, petang, bilik persidangan No.8, aras B Ruang B

Inisiatif Lingkaran dan Laluan: Fokus terhadap India

* April 18, petang, bilik persidangan No.2, aras C Ruang B
 

Source: Canton Fair
Keywords: Banking/Financial Service Trade show news