omniture

Mudah Alih dan Sosial menjadi Pasport Pengguna Mendapatkan Tawaran Pelancongan Dalam Talian

BuzzCity Pte Ltd
2016-04-18 17:18 343

LONDON, 18 April 2016 /PRNewswire/ -- BuzzCity, rangkaian pengiklanan mudah alih global, hari ini mengeluarkan laporan suku tahunan terkininya tentang trend pelancongan pengguna. Kajian global pengguna mudah alih mendedahkan bahawa pengguna lebih cenderung menggunakan media sosial untuk mencari destinasi dan tawaran pelancongan berbanding melalui ejen pelancongan. Kebangkitan kuasa saluran sosial dan internet mudah alih juga jelas, dengan 45% daripada kita mencari maklumat pelancongan dalam talian.

Begitulah kenaikan penggunaan internet mudah alih yang hampir satu daripada empat (22%) pengguna mudah alih tidak lagi menggunakan ejen pelancongan sama sekali untuk mengumpulkan maklumat percutian, sebaliknya bergantung kepada cadangan daripada halaman ulasan dan tawaran istimewa darpada syarikat pelancongan dan laman web resort. Penyelidikan ini juga mendapati bahawa 23% daripada kita mendapatkan maklumat perjalanan daripada rakan-rakan, keluarga dan media sosial.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif BuzzCity Dr. KF Lai berkata, "Kebangkitan internet mudah alih telah memberi pengguna keupayaan sama ada untuk menempah percutian mereka sendiri, membandingkan tawaran atau membawa maklumat ini kepada ejen pelancongan".

Dr. Lai menambah, "Industri pelancongan adalah salah satu daripada pengguna terawal internet dan ini telah mengubah sektor ini. Evolusi ini banyak dikaitkan dengan perubahan teknologi dan impaknya terhadap tabiat pengguna. Apa yang menarik tentang kajian kami adalah walaupun akses mudah kepada maklumat melalui internet, 78% daripada pelayar mudah alih bergantung kepada ejen pelancongan untuk memenuhi keperluan mereka. "

Laporan terkini BuzzCity meninjau 5,800 pelayar mudah alih merentasi 17 buah negara, dengan data yang dikumpul antara 15 Mac dan 3 April 2016.

Latar belakang BuzzCity

BuzzCity adalah rangkaian pengiklanan yang menawarkan pemilik dan agensi jenama dengan akses kepada rangkaian paparan global penerbit. Sebagai peneraju antarabangsa terkemuka, BuzzCity telah membangunkan pengetahuan yang mendalam tentang pengguna mudah alih dan memberikan pemasar dengan peluang-peluang yang jelas untuk mendekati audiens ini melalui program pengiklanan dan penerbitnya. Rangkaian ini juga menawarkan peluang kepada penerbit, pembangun dan pemilik harta media mudah alih untuk menjana keuntungan daripada trafik mereka melalui pengiklanan internet mudah alih.

Maklumat tambahan boleh didapati di www.buzzcity.com

Source: BuzzCity Pte Ltd
Related Links:
Keywords: Advertising Internet Technology Publishing/Information Service Social Media Travel Survey, Polls & Research