omniture

Capella Hotel Group Asia Bakal Mengurus Warisan Mercu Tanda "Shikumen" di Shanghai

Capella Shanghai, Jian Ye Li, ialah tempat peranginan bandar yang dilengkapi vila sepenuhnya, terletak di kawasan kluster hartanah terbesar "shikumen" yang masih kekal dalam zon pemeliharaan budaya Daerah Xuhui, Shanghai.
Capella Hotel Group Asia
2016-04-19 10:00 577

SINGAPURA, 19 April, 2016 /PRNewswire/ -- Shanghai Hengfu Investment & Development Co., Ltd melantik Capella Hotel Group Asia sebagai pengurus Capella Shanghai, Jian Ye Li, yang bakal dirasmikan pada Mac 2017. Terletak dalam zon pemeliharaan sejarah dan budaya Hengfu di Daerah Xuhui, Capella Shanghai, Jian Ye akan menjadi satu-satunya tempat peranginan bandar dilengkapi vila sepenuhnya di bandar itu yang berada dalam kluster hartanah "shikumen" (pintu gudang berbatu) yang masih kekal, yang menjadi mercu tanda Shanghai pada tahun 1930-an. Capella Residences Shanghai, yang berada di dalam kawasan hartanah yang sama akan dirasmikan pada awal tahun 2017.

Capella Shanghai Jian Ye Li – Lorong Heritage Shikumen
Capella Shanghai Jian Ye Li – Lorong Heritage Shikumen

Asalnya dibina pada tahun 1930-an oleh sebuah syarikat hartanah Perancis, Fonciere et Immobiliere de Chine, hartanah Jian Ye Li terdiri daripada Capella Shanghai yang serba mewah, Capella Residences dan The Gallery, sebuah destinasi perniagaan untuk jenama-jenama gaya hidup. Hasil baik pulih yang teliti untuk pelanggan daripada golongan mewah, bangunan "shikumen" ini menggabungkan gaya tradisional penduduk Shanghai dengan seni bina Barat yang mula diperkenalkan pada tahun 1860-an. Hasil daripada pembangunan pesat di Shanghai, rumah-rumah "shikumen" asal semakin sukar dijumpai kerana tertegaknya bangunan pencakar langit yang bergemerlapan dan juga seni bina moden. Hartanah Jian Ye Li bakal memaparkan warisan kediaman Shanghai menerusi rumah-rumah halaman Cina dengan sentuhan gaya Paris.

En. Zhu Jingsong, Pengurus Besar Shanghai Hengfu Investment & Development Co., Ltd. berkata, "Selama sedekad, Capella Hotel Group Asia mengkhusus dalam pembangunan mercu tanda hospitaliti di dunia dan pemeliharaan seni bina bersejarah yang mempunyai nilai budaya. Kerjasama antara Xufang Group dan Capella Hotel Group Asia ini adalah satu kolaborasi antara rakan-rakan kerjasama yang mempunyai gagasan yang sama. Kedua-dua pihak akan memanfaatkan kehebatan satu sama lain dan seterusnya membangunkan warisan sejarah dan budaya yang hebat bagi struktur seni bina unik Jian Ye Li. Kami mempunyai matlamat yang sama untuk mengubah Jian Ye Li menjadi sebuah mercu tanda yang gah dan mengagumkan yang melambangkan pemanfaatan terpelihara seni bina bersejarah Shanghai yang menawan."

"Capella Hotel Group amat berbesar hati kerana dilantik sebagai penjaga hartanah "shikumen" Shanghai yang masih kekal ini selain memainkan peranan penting dalam warisan budaya Shanghai. Gandingan antara bandar pintu masuk yang kontemporari dengan warisan pada zaman lalu yang memukau menjadikan Capella Shanghai benar-benar unik. Kami akan menerapkan falsafah perkhidmatan Capella serta memanfaatkan kepakaran kami dalam segmen gaya hidup ultra mewah untuk mencipta ikon hospitaliti baharu bagi Shanghai," kata En. Horst Schulze, Ketua Pegawai Eksekutif Capella Hotel Group.

Capella Shanghai terletak di dalam kawasan hartanah pemuliharaan warisan Jian Ye Li. Ia bakal menjadi satu-satunya tempat peranginan bandar dilengkapi vila sepenuhnya di Shanghai dengan 55 buah vila berserta kemudahan Capella Library yang menjadi legenda, Auriga Spa yang pernah merangkul anugerah, restoran kecil (brasserie) Perancis dan tempat acara yang selesa. Menjelang tahun 2017, Capella Residences akan beroperasi sepenuhnya dilengkapi 40 buah pangsapuri buat pelanggan yang amat teliti dalam mencari penginapan yang serba mewah. The Gallery, yang menjadi muka hadapan hartanah Jian Ye Li menghimpunkan jenama gaya hidup perniagaan yang khusus. 

Untuk maklumat lanjut tentang Capella Shanghai, Jian Ye Li, sila hubungi joleena.seah@capellahotelgroup.com

Latar Belakang Shanghai Hengfu Investment & Development Co., Ltd.:

Sebagai sebuah syarikat profesional yang dibiayai dan ditubuhkan oleh Shanghai Xufang Group, syarikat ini mengkhusus dalam perlindungan, transformasi dan pembangunan blok bersejarah serta bangunan bersejarah termasuk vila taman dan rumah yang dibaik pulih yang terletak di lorong-lorong. Syarikat ini turut mengkhusus dalam pemeliharaan dan transformasi komuniti bersejarah serta pembangunan perlindungan untuk rumah-rumah taman dan rumah-rumah di lorong-lorong. Hengfu Development bermatlamat untuk mewarisi sumber budaya dan juga memelihara komuniti bersejarah yang bernilai. Syarikat tersebut komited terhadap pemeliharaan dan pembangunan seni bina bersejarah menerusi usaha yang berterusan serta hasrat baik terhadap pembaharuan dan dikenali dengan daya kesungguhan yang berkekalan. Hanya melalui usaha pengurusan dan penerokaan budaya yang terperinci, gabungan hebat antara seni bina dan budaya ini mampu tercapai.

Latar Belakang Capella Hotel Group:

Capella Hotel Group, beribu pejabat di Atlanta, Georgia, dengan beberapa buah pejabat di Asia dan Eropah, menawarkan perkhidmatan pengurusan hospitaliti untuk seluruh dunia menerusi empat model operasi yang berbeza: Capella Hotels and Resorts, sebuah konsep untuk hotel, tempat peranginan dan kediaman yang serba mewah, direka untuk pelancong yang amat teliti serta menawarkan perhatian peribadi menerusi lokasi-lokasinya di Dusseldorf, Singapura, Ixtapa, dan juga Saint Lucia selain beberapa buah hotel yang bakal dibangunkan di Orlando, Bangkok, Todos Santos, Shanghai dan Bali.

Solís Hotels and Resorts ialah himpunan tempat peranginan, hotel dan kediaman yang eksklusif, direka untuk pelancong dan perancang perjumpaan yang inginkan persekitaran dengan pelbagai pilihan global terhadap keselesaan gaya kosmopolitan, hidangan yang menyelerakan, spa bertaraf dunia yang terletak di Donegal, Ireland, Sochi, Rusia, serta Nanjing, China berserta hotel-hotel yang bakal dibangunkan di Bali, Atlanta, serta Orlando.

Independent Hotels and Resorts ialah hartanah tersendiri yang memanfaatkan kepakaran pengurusan dan budaya perkhidmatan Capella Hotel Group. Ia terletak di New Zealand, Bali, Rusia dan Amerika Syarikat, selain hotel-hotel yang bakal dibangunkan di Mexico, China dan juga Eropah.

Auriga ialah konsep spa kesihatan dan kesejahteraan bertaraf dunia, diinspirasikan oleh kitaran fasa bulan. Setiap rawatan khusus Auriga disediakan dengan amat teliti bagi mengambil manfaat daripada kesan kitaran fasa bulan yang berbeza ini terhadap kesejahteraan fizikal dan emosi kita.

Ketahui lebih lanjut di www.capellahotelgroup.com.

MAKLUMAT PERHUBUNGAN MEDIA:

Capella Hotel Group Asia
Joleena Seah
Pengarah, Pemasaran & Komunikasi
E-mel: joleena.seah@capellahotelgroup.com 
Telefon: +65 6887 9835 

Capella Shanghai Jian Ye Li – Laman turunkan tetamu
Capella Shanghai Jian Ye Li – Laman turunkan tetamu

 

Logo Capella Hotel Group Asia
Logo Capella Hotel Group Asia

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160412/8521602356-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160412/8521602356-b
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160412/8521602356-c

Source: Capella Hotel Group Asia
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Contracts